Friday, January 28, 2011

Konversional atau Islamic

Tajuk sangat ilmiah ye. Tapi isi cerita biasa2 je (tipikal). Sebelum2 ni mmg dah dengar ape tu Islamic dan konvensional tapiiii tak amik kesah pun. Takat ade saving account je mane aku nak heran mende2 lain pun kan (tipikal jgk). Makin dah lama keje, development pun kene lah menaik. Maksudnyerr, takkan ko nak tau satu perkara je walhal byk lagi perkara ptt diamik tau (bedah). Haaa mcm tu la lebih kurangnya.

Mula2 tau pasal akaun saving yg dah turn into Islamic system. Al-wadiah etc sume lah. Lepas tu tau plak pasal loan rumah samada Islamic atau konvensional. Kendian bile Al-Rajhi Bank muncul, baru tau kaedah Islamic di bank konvensional dan solely Islamic Bank. Padahal.....itu Bank Islam lama dah tercongok aku tak penah heran pun kan. Ok2 my bad. Dulu penah ade account Bank Islam. Bile keje dah merata2 sume main bukak bank baru je. Lebur la balance aku dkt situ. Tapi tak banyak pun. Hehehe anggap la sedekah jariah.

Meh sini ai cite ape beza diantara Islamic Bank dan Perbankan Islam. Jgn konfius sbb dkt Malaysia sekrg 2-2 ade. Islamic Bank sebagai contoh, Al-Rajhi, Bank Islam, Kuwait Finance House, Asian Finance Bank dan etc. Further list bole click NIH. Maksudnyer....teras dan asal usul bank tersebut didasari oleh sistem syariah yang tidak terikat dengan bank konvensional. Itu bole panggil solely Islamic Bank. Kalau perbankan Islam pula...contohnyer Maybank Islamic, CIMB Islamic, AmIslamic. Mmg dlm list atas tu bank negara letak sebagai Islamic Bank. Tapi perasankah kedudukan bank2 tersebut masih dibawah bank konvensional. Nampak beza? Bagus, bagus. Cepat pickup yeh.

Basically kite rasa mmg takde beza, tapi sebenarnyer ada. Mula2 dulu aku pun confius nih. Ape ke beza bank2 Islam dgn bank2 konvensional yg ade bank Islam. Rupenyer dari segi pengurusan mereka sendiri. Ni aku baca dari interview CEO KFH formerly die di RHB Islamic sebagai COO ke ape tah igt dah. Link interview tu tah mane letak. Kalau tak bole letak sinih. Berdasarkan interview itu, dpt disimpulkan bahawa kewujudan Islamic Bank yang berteraskan syariah pada awal penubuhan disifatkan lebih telus dan mencapai objektif. Oleh kerana akar umbi telah diarahkan kepada jalan yg benar (hahaha lawak plak ayat aku nih). Manakala perbankan Islam yang dijalankan oleh bank2 konvensional pula bukanlah tak telus dan tidak mencapai objektif syariah sebaliknya kedudukan mereka ade sedikit terkongkong kerana masih berpaksikan bank utama yg menjalankan sistem konvensional. Haaaa paham?

Konsep penubuhan kedua-duanya sama, kene ikut sistem syariah dan apply lesen dari bank negara. Tapi dari segi pelaksanaannya terpulang. Maksudnyer....katekan RHB Islamic, a part of RHB Bank Berhad kan. Ok, sesetengah keputusan pengurusan adakalanya kene mengikut bank asal la which is conventional bank. Jadi percanggahan isu dari segi ketelusan tu timbul. Sebab conventional bank is doing their business and to gain more profit and Islamic bank do the same thing. However, the term of where the fund should go and should come from. And where the money should been spending (investment) to. Kadang2 itu yg tak dpt nak identify. Kalau asing2 yes lah no doubt at all. Tapi kalau disekalikan. Di situlah maksud telus itu.

Cakap pasal mende ni tak bole main2, satgi aku kene saman kang. Dari temubual dgn CEO KFH tu, itulah kesimpulannya. Lain2 tu sebagai contoh saje. Mungkin pada ketika temubual itu, kebanyakkan bank konvensional yg ade perbankan Islam masih terikat. Akan dtg kite tak tau. Mungkin skrg mereka dah telus. Jadi persepsi kite sendiri jangan silap. Bukan tak halal. Cume mereka masih mengambil masa nak pecahkan kedudukan itu. Itu saja. As long as they do the syariah practise, no issue of halal or haram. Yang halal mmg tetap halal, cume yg haram tidak bole dihalalkan.

Bercakap pasal pelaksanaan sistem syariah, ni kalau masuk term....aku pun pening nak igt. To tell you the truth, mmg banyak such as bai al inah, ijarah, mudharabah, bai salam and etc. Tapi sebagai pengguna, kite tau maksud dan paham cukuplah. Tapi as for me yg jawab exam, hahahaha lintang pukang maksud dah bercampur2 pulak.

Lagi satu yg sangat2 sinonim bila sebut islamic bank. Kadar faedah, keuntungan dll yg tinggi. Islamic bank takde kadar faedah sbb......faedah related to bunga, interest which is riba. Yang hanya wujud adalah kadar keuntungan, upah perkhidmatan (ar-rahn) dll. Kalau nak cerita bab ni pun panjang. Tgg aku master bab ni nnt bole cerita lagik.

Haaa kenapa aku duk cite mende nih, sebabnyerrr aku dulu tak amik kesah pun pasal nih. Sikit pun tak kesah. Bile dah kene blaja subjek ni dkt uni, kendian inisiatif sendiri carik bahan utk baca, maka terbukak la mata dan minda ni sikit. Aku rasa ramai lagi yg blur2 (ke aku je?) pasal nih. Secara tak lgsg, aku pun buat rujukan utk aku sendiri nnt. Di masa akan dtg. Sapa tau kan.

Ikutkan ni baru surface punyer cerita je pasal Islamic dan conventional. Nak cerita detail sgt, ni bukan bidang aku. Setakat paham dan tahu bole la. Dan itulah yg bole dikongsikan. Buat permulaan....kite paham ape itu konsep Islamic Bank dan Konvensional Bank yg kite gunakan sehari2 ni dulu. Kalau ade info, aku cite lagik lah. Later mungkin pasal kredit kad Islamic.

Sekian.

*to those who are reading, kalau ade kesalahan atau kesilapan info di atas sila inform utk pembetulan ye . TQ

Tuesday, January 25, 2011

Badarsila

Badar Sila = Kain putih yang halus
(kamus dewan edisi keempat)

Bagaikan di lentur sutera, Mentari meminjam sinarnya, Bagaikan di suluh hatinya, Menetap di persada
Bagaikan diseru rindunya, Di awan tersembunyi wajahnya, Bagaikan di risik malunya, Tersingkap di hamparan... (indahnya)
Cahaya, Melingkar singgahsana, Badarsila, Bagaikan angin syurgawi, Melindungi cinta suci
Sampai keresahan, Dari jiwaku keliru, Moga dilimpahi, Rindumu selalu
Sinar menerangi, Terasa dingin bak salju, Lamaran nurani, Menyentuh hatiku
Suara kau bisikkanlah, Di langit tujuh ku berdiri, Rindumu menggamit jua, Merentang bagaikan pelangi
Suara kau dengarkanlah, Kesumaku merintih duka, Wasilah mu menyentuh jiwa, Restu mu bagaiku bermimpi, Resah... terungkai...
Titisan embun tersusun, Berangkai emas bertitik, Jalanan gundah gulana, Menghemburkan hujan
Naluri tersentuh, Dipandang ke langit nan ringan, (Sejambak) kasih menguntum, Genderang kehidupan
Kasih... melingkar keresahan, Cinta suci... bagaikan angin syurgawi...
Cahaya, Limpahkanlah sentuhan sinarnya, Seluruh alam
Kan kudaki merentasi menyusuri, Kepadamu tuan... indahnya
Cahaya, Melingkar singgahsana, Badarsila, Bagaikan angin syurgawi, Melindungi cinta suci
Sinarkan... Badarsila


tempo asal lagu ni adalah tradisional malay tapi dah dimasukkan elemen pop, jazz sume jadik menarik jgk. no offense....2-2 jenis tempo arrangement aku suke. on top of that, lirik lagu ni bg aku puitis. try jgk nak interpret maksud biasa masih gagal. ada sapa2 terror? kasi translate bole?

owh....aku mmg peminat siti nurhaliza (dayang nurfaizah juge), lagu lah. personal life die aku tak eran. time kasih.

Bila dah abis exam ape yang aku suke buat

Sila baca dlm senapas....phewwww. Bole tegang perut kejab. Yeke???

Kunun2 nyer aktiviti merelease tension bole dijalankanlah. Release lah sgt. Biasa je takde ape yg extraordinary pun. Bile dah terbiasa sibuk time weekend mesti rasa sangap plak. Pala otak aku ni dah byk pk ape nak buat. Padahal cuti bukan lama mane pun. Sebulan je pun yg bersamaan dgn 4 minggu dan 4 kali ahad dan sabtu. Lepas tu masuk balik rutin biasa yg hectic. Eh chop...bulan februari mane dpt 4 minggu....dah short 1 minggu. Verangan sgt nak buat mcm2 kan.

Okeh, lepas abih je last paper ahad lepas terus balik rumah konker pc. Aku nak melalak aka karaoke. Hahahhaha...nak pi red box ke green box ke hape nama sume tak minat. Layan dkt umah je pun dah best. Sesambil tu carik movie ape yg best tuk didownload. Aktiviti berlarutan smp ke malam. Bile dah bosan main game FB, nampak satu buku nih. Ohooooo buku tu aku baca separuh jalan. Belinyer taun lepas. Tak abih2 lagi aku baca. Hishhhh. Tu tak kire lagik buku yg ade dkt k.jana. Taun lepas gak aku ade beli buku cerita. Pun tak berusik. Takyah gado2 rebut2 dgn aku. Kalau bz stadi mmg le aku tak usik buku2 cerita tu sume.

Owh dah melalut. Ni nak cite buku yg aku baca separuh jalan tu lah. Nape aku baca separuh jln? sebab tu buku omputih. Hahahahha. Standard la kan. Nama aku sah2 melayu tidak ada mana2 kacukan malah keturunan banjar lagik...mane pulak fasih berbahasa omputih kan. Bile tak smbg baca, nak continue balik mcm bercinta je. Aku rasa bercinta lagi menarik kot. Haaa tu pasal lah. Hahahah gatal! Sebelum2 ni aku kurang ade minat nak membaca novel omputih sebab tebal satu hal, dah tu kene ade fokus. Bukan mcm baca buku melayu bole skip2. Dah le vocab aku kategori lemah jgk. Kene le baca betul2 baru ada paham. Tapi memandangkan aku gemar dgn cerita wayang nyer maka bulatkan jgk la membeli nyer (baca:tahun lepas) dan gigih membaca.

Sebelum2 ni takat baca paper omputih, gagah lagik. Artikel2 ke majalah ke. Gagah la jgk. Ade je buku dlm kereta aku dah standby. Kot2 bosan ke bole la baca. Tapi mmg sungguh...kalau dah tak terpupuk baca bahan selain bahasa melayu, adalah sukar nak mula sesuatu yg lain. Takpa demi Amirul dan Aris.....eh tetiba? Hahahaha owh tu 2 org anak buah aku lupe diri sket. Ari2 tgk mickey, spongebob, pocoyo, korang dah tergeliat lidah. A forrrrr Apple. Gilosss slang nak mampus. Huahahhaa umi budak2 ni confirm baca. Alaaa mak teh tak heran pun. Hehehehe. Paling tak bole blah bile amirul mengeducate kan mak ngah die. Hahahhaha lawak.

Ok sambung balik, ptt nyer aku start beli siri pertama. Tapi cam...dah kuar movie kot. So nak lah baca sambungan die. Rupenyer buku tu ade berseries. Setakat taun lepas dah ade 6 kotttt. Aku terhegeh2 lagik nak ngabih buku no. 2. Sangat lmbt oke. Dah la makan taun nak abihkan. Lagi hampeh. Org lain dah khatam kot. Takpa...biar lmbt asal abih. Hehehe. I promise myself if i could finish reading this book, maybe someday i will make a collection of shopaholic series and perhaps harry potter too. Tinggi betui cita2 aku kan. Takpe semangat tu penting. Ada sapa2 yg murah ati nak bg birthday present buku harry potter? shopaholic? U're most welcome and thank you so much (sambil lambai feeling miss universe kooo=bengong).

Kalau filem cume ade 1 je takat nih. Taktau lah siri lain nak ke tak difilemkan. Tapi....mmg kelakar. Isla Fisher mmg kalut, shopaholic tegar (baru aku phm perasaan org mcm nih). Honestly, aku bukan suke nau shopping2 nih. Nak membeli satu2 brg pun berkira. Tapi window shopping ai like.

So...wish me luck!

by Sophie Kinsella

Monday, January 24, 2011

Cantik tapi Kotor

Refer kepada ape tu....Malaysia lah ape lagi. Nak baca cerita pasal tajuk tu sila2 la selak berita harian online dan yang sewaktu dengannyer. Kalau ade lah.

Nak kata salah siapa? PBT, pihak berkuasa (eh PBT dgn pihak berkuasa tu samakan), majlis perbandaran? kerajaan negeri? kerajaan Malaysia. Heh yang paling penting sebenarnya individu itu sendiri. Canang la kempen sebesar manepun kalau inisiatif diri sendiri takdak. Nan ado jalan. Mungkin jugak dari cara didikan. Kenapa? sebab, kalau dah terdidik, terpupuk akal takkan nak buat kan. Mcm ketam mengajar anaknya jalan. Kalau salah ajar terkepit sendiri. Betul tak. Mcm len macam je peribahasa aku. Takpa...korang yg baca mesti google yg betul punyer. Hehehe.

Sambung balik, kenapa aku menyalahkan kepada individu. Kerana...kalau kerajaan anto pi kursus kebersihan pun, terjaminkah pelaksanaan tu berkesan. Baik, mende ni nak jadik kene ada 2 hala. Kalau satu pihak bertindak, satu lagik buat dekkkkkkk je. Mmg smp ke sudah le ghupe camgitu jgk. Betul ke tak. Kendiannya, sikap masyarakat yang ditakuk lama. Dannnn tanak berubah. Kalau ade yg condemn malas, tau marah kan. Tapi tulah hakikatnya. Lagi satu perangai org mesia nih...."alah org lain pun buat jgk, buang merata-rata bole je". Betulkan. Ramai yang ckp mcm tu, jadi persepsi sy adalah....kalau org yg membuang sampah tu tak sekolah, sama jgk la yg mengiyakan ckp org tu tak sekolah sama. Deal or not deal?

Payahkan nak educate org bende2 yg basic mcm nih. Kalau ditegur nnt kate...alah ko tu pembersih sgt ke. Dah tak pasal2 org yg menegur tu plak kene maki. Smp bile mcm nih? Sampai bila2 kot. Smp bila2 jgk la tak jadi bersih. Masalah ni pun berkait dgn budaya. Budaya adalah merujuk kepada kaum. Bila ckp pasal kaum, kene tally dgn agama jgk. Cuba bgtau...ade tak agama yang tak mengunjurkan kebersihan? Tang ni mmg takleh tipu oke. Ty lah mane2 org bijak pandai agama apa skalipun....kebersihan adalah dituntut. Meh la aku kasik pukui rata, semua bangsa ape pun tak terkecuali dlm hal nih. Baik melayu, india, cina, kadazan, melanau, pendatang asing, pelancong asing.....sume ade kecendurungan menjadi pembersih atau pengkotor (baca : membuat kotor). Jadik perkara ni dah jadi satu masalah global. Wahhh international koo. Alahh mane2 negara membangun mmg ade masalah nih. Tapi setakat yg didengar, Singapore bersih rasuah....dan Australia ada sistem sampah yang baik. Eh chop...ape kene bersih rasuh? Hahhahhahaha.

Jadi arini yg benornyer aku bising2 adalah, pagi ni lalu batu caves penuh dgn sampah kiri kanan jalan. TERUK OKE. Dah tu plakkkk, tgh drive ni lalu jln kg ternampak pulak sorang mamat ni selamba je campak sampah dlm longkang. Adoiiiiiiiiiii ade lagi org perangai mcm nih? Mmg tarak baca punyer org. Dah tu plak...ni pasal sikap ye, sampah rumah die pi letak kat rumah org. Kalau letak elok2 kemas berikat molek2 takpe la bole ampun. Ni tak ko pakai campak je. Ko buat depan rumah org kotor tp rumah ko kunun bersih. Mmg mangkuk t****** betul. Lori sampah tak lalu depan rumah ko ke??? Adoyaiii tak phm betul. Ade skali paling aku hot (time mak pi haji dulu) balik keje ko tgk depan rumah ko sampah bersepah2 bertabur2. Haram jadah betulllllll. Ni tak lain ade mangkuk yg buang sampah campak dari kereta lepas tu berterabur. Takpe2.....ko buat perangai gitu, sok2 kene batang idung ko sendirik. Nak cakap cemane lagik? Mentaliti dan masalah sikap je nih. Satu lagik, takde rasa tanggungjawab. Betul tak.

Bole tak buat perangai molek2 sikit. Kalau pi keje pakai nak cun2 hensem2 tapi attitude ko tak serupa pun tarak guna. Sendiri pk la. Tapi tak guna jgk. Org gini mane reti pk mcm tak penah sekolah je. Uishhh ni kalau mau cerita mau tak abih satu ari kot. Baik aku stop. Hahahhaahha. Eh nnt...mau smbg sikit lagi. Ni ape yg jadik sehari2, dkt floor opis aku ni majoritinya bukan melayu. Kalau tgk memasing bergaya2 sesuai dgn status executive lah manager lah etc. Tapiiiii bile ko tgk diaorg guna toilet...adushhhhh. Status ke lautttt. Nampak tak? Bertapa tak tallynyer sikap, cara pemakaian, tahap pendidikan. The basic thing masih hancur. Baik...aku takde lah perfect dan terlalu pembersih. Cleaner mmg ade...sehari 2 kali pusing kot. Jgn mengada bole tak. Agak2 ko masuk toilet bersih, lepas ko kuar kotor? Apeke????

Tu opis lah. Ni cerita dkt uni. Aku igtkan golongan terpelajar ni perkara asas adalah no problem rupenyer nan ado jgk. Dlm bilik kuliah (hall to be exact) lepas ko melantak makan minum, sosek2 bersin selsema sume. Selamba badak je tinggal tak berangkat/kutip balik? ape ko byr yuran sekali dgn upah makcik angkat sampah ko ke? Kalau mcm tu sila byr lebih sikit. Huh! Dkt mane lah silap sebenarnyer? Nak kate tak pandai...terlebih dah kot. Tu yg jadi gitu kotttt. Ape la salahnye kutip balik sampah yang ko sendirik buat. Mcm takde tanggungjawab je.

Wohoooo...panjang dah aku membebel nih. Tak larat nak baca balik je kang. Tapi belum abis lagik la. Sebabkan isu dah kuar, tu yg jadik berkobar2 nak menghasilkan cetusan rasa. Haaaaa amik nafas jab. Tgk gmbr nih.

*foto kredit mr don

Gmbr atas ni amik dari FB Don. Tak mtk pun. Main rembat sukatik mak je. Kire halal la ek. Cume nak highlight dkt sini, picture would not lie. Exactly.

Ada lagi nak smbg, tapi cukup la dulu kot. Simpan tuk ari2 esok plak.

Sekian.

Friday, January 21, 2011

Interlok

Ini adalah satu isu yg sensitif. Makin hari makin hebat diperkatakan umum. Sampai masuk ke kabinet. Ye lah bile naik je isu perkauman automatik dah jadi masalah negara. Persoalannya kenapa baru sekarang isu ini timbul.

To be honest, aku pun tak baca buku nih. Nak2 lagik buku ni tuk student kelas sastera. Bukan nak komen dari segi isi kandungan ke hape. Rasanya buku tu perfectly made for student tanpa ade isu2 yg hendak dipolitikkan. Penulis telah menulis buku tersebut 40 tahun dulu kerana semangat kemerdekaannya. Paham tak? Tak paham pi google lagik.

Sedihkan bile karya sasterawan diperkotak-katikkan. Dipolitikkan untuk kepentingan tertentu. Macam melampau kan. Cuba la kaji balik akan ada lagi ke penulis-penulis buku ilmiah yang hebat2. Karya yang jujur dan memberi pendidikan secara tak langsung. Kualiti seseorg untuk melahirkan karya sebegitu tak ada pada semua org. Jadi hargailah.

Mcm mane tertimbulnye isu ni tak pulak aku terperasaan sebab tau2 je dalam paper ade kesah buku ini dibakar. Hellooo sgt tak educated betul. Sesukahati je nak bakar2kan. Buku majalah yang TEEETTTT tak plak nak bakar kan. Terang2 majalah tu sume takde unsur ilmiah lagi bg pengaruh buruk punnnn nan ado yg heran.

Chop2 aku ni benor nak cakap pasal ape. Lebih kepada kecewa dgn masyarakat sekarang yg takde pertimbangan yang rasional. Sume mengikut hati tolak akal. Haaa lebih kurang mcm tu lah. Frust jgk bile isu ni timbul. Buku tu dah lama kot dkt student. Agaknyer ade individu ni baru terbaca kot. Pulak tak paham atau baca separuh jalan je. Terus buat persepsi negatif. Excuse me.....buku sastera, u have to read like ur mind into it. Deeply understand. Sebab tu buku itu was made for student sastera. Not a student from science or etc class. Interpretation would be different according to their understanding. Kalau shakespeare bole phm, takkan takat buku dalam bahasa Melayu tak bole kott. Mengada namanya!

Lagipun, bile isu ni naik ape yang cube kumpulan atau individu ni highlightkan. Kononnya penulis bersifat rasis. Aiyooo...kdg2 penulis yang bukan dari keturunan tersebut lebih memahami dari bangsa itu sendiri kerana mereka mengkaji. Tidak seperti orang2 yang bercakap ibarat tin kosong. Kumpulan atau individu ini cuba nak mencetuskan ketegangan perkauman walhal isu ini nyata direka-reka oleh mereka sendiri. Lagi satu, adakah dgn mencetuskan isu nih nak menunjukkan kepincangan dikementerian tersebut. Okey...ni nampak nau nak attack kerajaan kan. Aku tak pro memane tp percayalah isu ni dibangkitkan bukan dgn tujuan mencungkil secara berilmu dan berakal. Kalau nak perkatakan tentang kandungan yang mempunyai unsur2 menjatuhkan sesetengah kaum, kenapa tidak pergi kepada saluran yang lebih tepat. Ye...cara yg telah dilakukan mmg cepat dapat perhatian. Tapi penilaian umum kepada mereka....kesian mereka. Ini cara org tidak berilmu, tidak berpelajaran dan tidak bertamadun layaknya.

Sepertimana kata penulis, "mereka salah faham". Betul. Mereka membaca dgn mata hati yang tertutup. Menolak kebenaran fakta dan menidakkan akal dari terus memahami keseluruhan isi.

Penulis kesal, dan aku pun turut terkesan. Walaupun aku bukan dari kelas sastera, tak membaca buku sastera, sekurang2nya kajilah sebelum bertindak melulu.

Sekian.

*rimas kot asyik dgr isu yg remeh-temeh diperbesar2kan. Byk buang masa betul. Dah mcm 'org indonesia protes dkt malaysia je gayanya. Haaa sama la tu, cetek pengetahuan'.

**yang aku teremo ni pesal. hahaha frust kot, balik2 salahkan org melayu.

Wednesday, January 12, 2011

110111

Nice number kan. What happen to me on that day....i was sitting for my exam lorrr. Duk menulis tarikh kat kertas jawapan baru ler perasan oooo arini dah 11hb yek.

Takde citer nak citer. Citer exam kang bosan pulak. Officially ended on 23rd nnt. Lepas tu baru bole meronggeng. Tekak aku terasa gatal nak mkn ikan bakar lah. Wahhh terbayang2 umbai dah ni huahahahah

Ni satu lagik kesah......bile exam je cite wayang best2. By the time aku abih peksa, cite ni pun dah abih kot. Mendownload je la nnt.

Kepala otak ade ringan sikit bile sume assignment dah antor. Last one adalah semlm. Phewwww

Monday, December 06, 2010

My December

5 subjects with
5 project papers and
plus minus 'some' assignment all in with
final exam less than a month equal to
me occupied
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
satu lagik
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PADAN MUKA AKU BUAT LAST MINUTE SUME
huahahahahhaha
sekian......

Wednesday, November 24, 2010

November

Dah nak smp ujung taun. Rekod nih blog tak berupdated smp sebulan. Gambar.....sikit la punyer byk. Tang nak upload tu yg malas berbakul2. Ke berkodi2 dah. Lantokkk.

Sebelum Raya Haji...itu budak kecik punyer besday. Aris le gamak nyer. Kalau budak yg besar, selayaknyer bini org dah....aka Pn. Juliana la. Berkongsi date yg sama. Tak susah nak igt. Skali jamak je. Takde celebrate pape pun. Tapi Chemah aka nenek nak tunjuk skill masak nasik beriyani lagi, maka dijemput la adik-badiknyerrr mencuba try test. Pre raya haji la kirenya.

Besday kalau takde kek tak syok kan. Takde tiup2 mmg lagi tak syok kan. Budak2 kecik takpe. Budak besar jgn nak ngade. Hahahah...tgk je la gmbr

Photobucket
xde ikut susunan punyer gmbr (nampak nau pemaleh nyer haku) tgk jari mirul...laju je mencolek2 masuk mulut.

Photobucket
aris tiup tak kuat....abg die tulung kasi perabih satu kali round. tgk muka aris cam tak puas ati je. 'besday aku ke besday abg aku nih...confius'

Photobucket
ape motif kek tu ade bendera ek???? meriah tul kek aris tahun nih.

Photobucket
ini gmbr sgt haru skali...TIBA2 nenek enterframe dgn pisau....adehhhh spoil betul. ape motif nenek ko bagi pisau lagik?

Photobucket
last skalik budak berdua ni main bubble. tgk gmbr nampak 2-2 pegang sendri kan. bole la....tp lopeh tu lantai je penuh. asik je la tumpah2. haittttt

Wednesday, October 06, 2010

Besday Mak Ngah

Dah abih bulan Sept baru nak cerita pasal besday bulan tu kan. Tiada yg pelik pun. Hehehehe. Besday mak ngah sehari lepas raya ~ 11/09. Kalau ikut acara rasmi, itu hari mau balik tg karang. Potong2 kek takleh buat la. Plan asal mak teh yg brilliant ni nak beli kek seblom raya pastu time raya suh mak ngah ko potong. Yg adooo. Aku duk sibuk menganyam ketupat (bukan gossip ye) tambah lagik dgn tetiba gigi plak sakit. Adoiiiiiiiii. Terus planning jadik tunggang langgang. Jadi nyer aku concerntrate je la buat ketupat tu. Kang tak rayo plak. Tapi...umi mirul ngan aris dah volunteer (ke aku yg pakse...hahaha) buat kek cekelat, all time favourite mak ngah ko tu la. Jadik nyerrrr ade jgk la kek. Kek yg aku plan plak masih dikedai lagik. Dah cekelat manjang....ai tak makan cekelat takkan nak kene tgk je. Sgt bias oke. Takpa...atleast time raya ade kek jgk tuk mak ngah ko. Tak menahan plak tgk mak ngah ko potong kek lapis. Ape ke slow benor. Haa slalu ngata aku je kan. Hahahahha. Potong nyer halus2...satu...satu plak tue. Tak sabar betul aku yg tgk nyer. Stock potong2 kek...kuiih2 ni sume dah serah dkt kak nim sejak raya pertama lagik. Byk kali la feeling nyer potong kek sambil nyanyi lagu besday. Takpa...sy adik yg sgt memahami lagi baik ati.

b

skali satu loyang dapatnyer. Kosong je la. Tapi dah kire oke sgt la ni kan......kendiannn ari sepatutnyer besday mak ngah, balik dari tg. karang ai dah siap2 pesan dkt bebudak bertiga tu suh beli sekian2 mende lah. Smp kl terus pi umah nenek. Mak ngah potong kek lagik.....

Photobucket

weeeeeeee...main tiup2 dhe. Feeling artis perrr. Ni kek aiskrim. Dah tak bole pk kek ape lagi nak beli SELAIN kek cekelat. Maka beli je la kek nih. Yg penting aku yg nak nyerrr. Huahahahaha

d

tolong tgk sket...marvelous ke dak rupe isik kek aiskerim nih. perghhhhhhhhh dapnyer.

Photobucket

makanan sampingan...sapa goreng nih? tahhhh. bedal je lah. Dannn penutup acara sebelum nenek ko halau balik (huahahahaha) tgk la gmbr bebudak gedik nih.

Photobucket

Sekian, mekasihhhhh......

Monday, September 27, 2010

Adeh

Aduhaiii malas sungguh ni nak meresize balik gmbr yg berlambak2 tue. Dah berderet pun senarai nak kene email gmbr2 tu. Tapi malas mengatasi segalanya.....hahaha kalau dah malas gaban tu cakap je la kan. Bile nak ade mood nih. Confirm....kalau mcm ni la gaya mmg tak bole buat business lgsg. Mau kene maki je kang.

Last week dah setart balik rutin budak sekolah. Sem nih...mempoyo kan diri amik 5 paper lagik. Perghh mmg bunuh diri betul. Intention nak drop satu paper mmg ade. Tapi tak tau yg mane. Rasa mcm....sume pun tak bole drop. Iskhhh saiko betul. Kelas sabtu tghari aritu cancel. 1st class belum lagik. Arap2 main dgn calculator la sikit. Pasainyerrrr kelas sabtu ptg dan seterusnya ari ahad dari pagi ke petang adalah kelas yg memerlukan lecturer itu bercakap sahaja selama 3jam. Dan... kalau ikutkan kadar konsentrasi aku ni bole bertahan 1 jam pertama je. Next hours dah ke laut dah aku. Kalau lecturer tu cun hensem mungkin bole tahan lama sket kot la. Hahahaha.

Boring fulak paper takde kira2 nih. Bile dah men kira2 sokmo pulun takmo. Lalang betul. Tapi ye la kan, kalau ikut logik akal 9 jam nak dgr org bercakap je mmg cramp otak aku. Camno nak fokus nih. Haiyaaaaa. Owh...sem ni aku amik paper marketing management ke strategic marketing tah. Camno nak score A, pasai aku bab marketing je otak dah saiko. Cissss. Tapi sem lepas2 subjek marketing aku dapat oke. Pulun la aku mengkhatamkan buku teks tue. Hint? Lecturer Bangi mmg susah mau kasik soklan bocor. Hint plak...kalau particular time depa ngajo dapat la catch-up hint yg mane benornyer. Mau kasik bulat2 dan terang-terangan....kirim salam saje.

Lain sgt dgn KL. Ni member KL aku jgk yg pecah lobang nih hehehe. So basically aku dah tau la nature nyer bagaimana.....Ape yg KL dapat....Bangi tak dapat ye. Even exam pun...Bangi buat di Hall. Chances nak mtk pertolongan tu adalah tipis. Jadik aci tak aku cakap mcm ni...nak score with flying colours bole pi KL, nak score but facing a hard time...sila ke Bangi. Hahaha sangat tidak motivated aku nih. Bangi pun ok juge....most of lecturer nih kadang2 lupe diaorg ngajo undergrade je tp kasik lecture mcm ngajo bdk graduate school. Perasan la kami2 ni macam amik master kejab. Jadik...sila la prepare kalau marking n grading style pun depa follow mcm graduate student. Masak kan....aku kene dah. 1st sem lagik. Assignment biasa je kot tp mcm tesis plak aku rasa. Dan aku rasa pendedahan itu bagus. Walaupun memula rasa shock kejab. Dah lelama baru bole terima kenyataan.

So sem ni nak dpt good mark...harus aku rebus sume buku2 kot. Tema sem ni adalah mari membaca buku smp lebam. Owhhhh bole pengsan akuuuu.

Tuesday, September 21, 2010

Gmbr Raya Lagik

Hohohohooo taun lepas ado, taun ni pun ade jgk. Gigih ni menunggu dari siang ke mlm. Mata tu nak pejam je dah. Amik gmbr punyer pasal ai kasi celik besar2 balik. Takleh letak byk2 le dkt sini. Sekeping dua cukup la kan. Okeh, bole banding mutu kaler tuk 2 gmbr nih. 2-2 camera guna, sy dan en don. Nak masuk blog nih dah kasik resize sket. Masuk plak dkt photoshop 7. Apeke lama punyer edition la kan. Takpe janji familiar dgn segala mak nenek button yg hado. Tapi...nama pun lama punyer, once gmbr tu masuk je, kaler jadik lain. Kene main kaler biru kasik kurang sket. Memang dah lari sungguh dari original gmbr. Jadik....2-2 gmbr dari berlainan camera ni sy cume adjust di colour balance sahaja menjadi seperti kaler asal. Diulang...photoshop 7 ni auto membirukan sume gmbr lepas diresize. Adehhhhh. Bandingkan la ye.

raya11

raya

Ade yg kurang sket, en don ni tak pakai songkok dan sampin. Ai plak tak pakai make up. Hahahha kene kee???? Ok dah, tgg taun depan punyer gmbr fulak.

Tuesday, September 14, 2010

Gambar Raya

Gambar raya ini taun.....complete set. Sume ade. Time2 tgh sibuk snap sana sini...flash pulak minta tukar bateri. Haitttt...

Gambar diambil waktu pagi dan petang. Pagi tu yg ado berempat je la. Dah petang baru ramai pulak. Anak buah sekrang cume ade 4 org je. 2 lelaki 2 perempuan. Sib baik belum ramai, kalau tak rabak la poket mak teh oiiiii hahahahaha.

Si kecik2 yg bertiga dkt depan pandai sungguh mengambik gmbr. Sengih korang tetiga yeh. Yg si kecik berdukung tak tau apekah itu posing lagik.

Timer camera ni aku set 5 saat je pulak. Jenuh la aku berlari mcm nak marathon. Hahaha salah sendiri jgk. Maleh nak tukar jadik 10 saat. Nak cek dkt belah mana tmpt nak tukar memerlukan kesabaran mental dan fizikal yg tinggi. Hahaha poyo je. Kalau dah malas tu malas la jgkkkk. Larik2 pun muka mak teh bole maintain lagik.

Gambar gedik2 pun ade. Almaklumlah...sepupu2 ku ramai yg perempuan, dah tu gile bergambar pulak. Fantang tala sume serbu. Itu nnt upload dkt fotopages/facebook lah. Kene la tungguuuuu

Photobucket

Photobucket

Monday, September 13, 2010

Tebiat

Hohoho ini mau cite pasal ade sorang budak nih. Tetiba jeeee. Nak kate tebiat....ye kot. Agaknyer nak feeling2 ayu berbaju kurung di petak sawah kot. Hahahhaha. Bengong kan. Memandangkan aku adalah seorg kakak yang BAIK (taun depan kasik up lagik duit raya aku yeh macihhhh) maka aku pun ikutkan saje la. Carik la memane petak yg available tuk budak sorang ni posing2 smp puas ati. Dekat umah sedara tanak pulak berposing sakan2. Sanggup meredah panas nih. Haittttt

kak lat

Wednesday, September 08, 2010

Nak Raya Dah!

Cepat tul masa berjalan. InsyaAllah ari jumaat nih dah 1 Syawal. Maka berhari raya la kite semua ye. Arini ramai yg dah mula bercuti. Ade la menyumbang kepada kelengangan sistem aliran trafik pagi nih. Esok lagi heaven kot. Jangkaan awal mungkin dari ari Isnin dah lengang. Rupenyer takkk. Bukan ramai ke yg pakat2 amik cuti mcm nak rak. Jeles oke bile tgk org lain cuti lelama nih.

Ye sy sedar diri yg cuti sy adalah terhad buat masa ini huhuhuuhu. Tapi takpe kot. Kire nasib baik jgk la sbb kg tak smp 2 marhalah pun. Ikut peta gombak...rumah mak dan umah nenek adalah kawasan bersebelahan. Hahahhahahah. Jgn igt Selayang sunyi bile raya ye. Ramai lagik org veteran dkt situ.

Dannnn bernasib baik jgk utk taun ni masih single mingle. 30 thn (plus minus) sudah tetapppp dapat beraya dgn family dkt rumah sendiri. Kalau member2 yg dah kawin almaklumlah anda sume ado sistem giliran. Jadi nikmatilah idup sebaik2nya. Hehehe. Tapi kalau dah kawin...mau aku ni kene cultural shock. Mengada je nih hahahah. Ye la kan sudah serasi dgn status idop bujang alih2 tukar status. Hohoho mesti susah. Jodoh sy lmbt pun tidak mengapa. Sy redhakan saje.

Pada mereka2, anda2 yg singgah terbaca blog ni (sedara mara ku juga) dan member2 yg rajin baca silently ---- > SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Berhati2lah memandu di jalan raya.

*p/s : member sekolah/aim/dll jemput2 la mai umah. umah aku terbukak smp 19/09/2010 je. Lebih dari tu aku sudah kebizian dgn kelas.

Thursday, August 26, 2010

Discover the Old Place

Cameron Highlands lagik. Hahahaha confirm dah muak dgr kan. Tapi sy belum muak lagik panjat CH nih. Pegi sini bulan lepas seblom puasa. Target kalini...2 je. BOH Plantation dkt HABU dan Mossy Forest. 2-2 tmpt dpt jejak. Satunyer sbb Mossy Forest ni cantikkkk (mcm dlm cerita PGL) ikut mata sy lah. Lagi satu..dah mcm ala2 Gunung Kinabalu. Iyolah....sy tak berupaya nak panjat itu gunung lagi dah. Dpt pi yg lebih kurang pun kire ok la nih. Nak naik ni takyah ikut trek pun. Takde letih2 nak pacak khemah. Mmg takde thrill lgsg. Tapi thrill bile kene control kereta di tmpt yg curam. Naik dgn kereta je. Jalan bertar smp atas. Takyah nak risau pape. Kalau nak ikut jln trekking bole kotttt. Lagi la nampak Mossy Forest tu cemane. Ni takat naik dgn kereta...dpt tu dapat la. Blah atas sikit je la. Jadi laaaa.

BOH Plantation @ HABU. Byk kali pi..tp tak terasa nak singgah yg ini. Sbb..Sg Palas lagik glamer. In fact Sg. Palas mmg terbaik la. Bukan dkt area biasa tu. Ni nak tgk yg superb view sila pi ke arah Ladang Strawberry dan Mossy Forest. Speechless oke. Okeh ni dah larik topik. Dkt HABU ni, odw ke kilang dan plantation tu dihidangkan dgn pemandangan kebun sayur. Quite interesting. Selalu nampak kebun sayur jauh2 je. Ini....sayur salad tu sejengkal je dgn jalan. Tetiba jadik jakun. Lain nyer HABU ni...org yg datang bole panjat ladang teh tue. Tinggi bole tahan. Semputt akak (teruk betul stamina akuh) Kire fair la nih. Dkt Sg. Palas dpt tgk view dari atas pelantar. Dkt HABU pun dpt tgk view jgk. Dari atas ladang lagik beb. Cite byk2 pun semput jgk. Tgk je la gmbr. Nak lagik gmbr tgg la kalau fotopages dah update. Malas ya ampun....Dekat FB sikit je la.

Photobucket
Mossy Forest
Photobucket
BOH Plantation, HABU
Photobucket
Mossy Forest
Photobucket
BOH Plantation, Sg. Palas
Photobucket
Mossy Forest
Photobucket
Mossy Forest

Kalini pegi CH rasa mcm tak besh sket sbb....suasana dah tak bape dingin/sejuk. Malam mmg la sejuk. Tp tghari dkt CH sama je mcm dkt KL. Ringlet lagi sejuk. Bole bayang tak. Dgn jammednyer bile malam minggu. Sebab pasar malam kan. Lepas tu ari ahad padat mcm nak rak. Berduyun2 betul org naik atas. Tak besh nyerrr. Lagi tu plak....sapa tau petronas dkt brinchang...tau kan cemane padat kawasan tu. Blakang petronas tu tgh buat apartment/hotel lagik. Alaaaa ni yg menyumbang kepada kemusnahan ekosistem setempat. Seriusly...tak besh. Selalunyer dkt tanah rata, kedai lama2 tu ade la yg menjual time tghari. Pun takde....aterrrr perut lapar nih. Igtkan tghari depa sume tutup. Rupenyer satu ari tu kot....mlm pun takde. Hish dah la malas nak tempuh brinchang. Tanah rata tu tutup plak. Pesal tak meniagaaaaa. Haiyaaa. Belakang Century Pines pun nampaknyer ade construction jgk. Makin sesak la CH. Makin kurang sejuk la nampaknyer. Dkt Equatorial tu pun tgh rancak construction. Kalau nak pi sg palas mesti lalu. Blah2 nak ke Blue Valley (kot) tak jejak dah. Situ pun padat2 belakang. Alaaaa korang pegi la pulak bkt frasier ke bukit tinggi ke. Jgn ramai2 naik CH yeh. Hahahha tetiba? CH tu ko punyer ke??? tettttttttttttttt.

Tuesday, August 24, 2010

Hanyut ~ Faizal Tahir


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

2 beradik

Fresh up sket.........

Photobucket

Ade nampak gmbr besar gedabak nih? Tiap kali tgk gmbr ni mesti nak gelak. Sebabnyer...budak berdua ni amat lah payah nak suh duduk molek2 semata2 nak amik gmbr camginih. Si Abang...2 minit pun payah nak duk statik. Tak melompat...die terkinja. Lepas2 tu baru die nak pose amik gmbr. Si Adik...tgk abg die dah hyper apeke die diam je. No No No...ikut sama okey. Ai fenin..fenin...mak teh tahu!

Gmbr ataih ni time besday mirul ke empat taun. Dah mlm pun time nih. Tapi dari petang lagik mak teh dah sogok...korang jgn tdo awal ye. Kalu tak lepas maghrib je dah selamat bebudak nih ketiduran.

Gambar ni amik dlm kadar segere. Ckp dgn mirul...duk diam kejab mak teh nak amik gmbr. Adik die dtg panjat kerusi. Nak tgk kamera. Suh duduk tapi 2 saat je. Elok abg ko diam...adik plak yg hyper. Kejab pastu mirul plak nak bgn tgk kamera. Haittt korang nihhhh. Mirul kene soh duduk balik. Adik nak bangun plak. Mak teh tolak suh duduk. Hahahahah diam la adikkkkkkk. Cube tgk muka aris mcm kene paksa je. Mirul tu kene lekakan dgn kamera lain dkt belakang. Tu yg fokus muka die lari.

Kejab je bertahan nih. Tak sempat adjust aperture, speed hape bagai. Jadiknyer gmbr ni nampak fokus ke Mirul je yg sharp. Tunggu raya nnt. Cemane la rupe mak teh nak ngamik gmbr korang. Dah pakai cun2 tetiba kene berkejar dgn budak berdua ni. Haittt abih ilang vogue makcik korang tau!

Monday, August 23, 2010

Sangap!

Pagi ni adalah mengantuk. Dapat tdo ni kalau bestnyerrrr....ni pasal semlm punyer tv la nih. Penat mengukur jalan TAR 2 hari berturut2 (eh kene mention ke yg nih?). Smp umah baik punyer landing depan tv. Mata den dah sayup2 je lagi. Godek2 astro....wah NATM 2 dkt Star Movielah. Itu time dah kul 10pm. Abih kul 12am la kan. Lepas cite tu ade plak die hard. Oooo sib baik tak suke cite tue. Godek2 lagi astro. Channel HBO kot duk pasang cite Fast & Furious. Uissshhhh syok gak nih. Lepas cerita satu die smbg cerita ke 4 plak. Godek punyer godekkkk channel 105 cerita Masam2 Manis kul 12am daaa. Halamak cerita best plak nak tetengah mlm ni. Nengok NATM 2 pun dah hanyut. Lepas abih cite tu mata den terus terang. Smbg la tgk Fast & Furious kejab2 ke Masam2 Manis. Channel Star Movie lepas die hard ade cerita James Bond Quantum of Solace pulak. Uishhh ni gilo nih. Takkan takmo tdo ko. Jam dah kul 1 lebey dah nih. Nak bangun sahur kul 5 kang. Ade yg terbabas ni karang. Abih cerita Masam2 Manis dgn Fast & Furious kene tdo jgk la. Jam dah kul 2 lebey. Sedar2 nak bangkit sahur, alamakkkk belum kul 5am lagik la. Pesal jaga awai plak nih. Lepas sahur tak tdo dah la. Karang terbabas plak nak pegi keje. Dan sekrg mendapat la sangap mcm nak rak. Huarghhhhh......

Monday, August 09, 2010

Public Holiday 2011

Tadi dah tergatal2 tgn bukak Bernama nak tgk public holiday taun ni. Ade plak update baru tuk taun 2011. Wahhh cepatnyer. Selalu tak kuar lagik. Cek punya cek....cuti taun baru cina manyak syok wooo. 03 & 04 Feb = Khamis & Jumaat. Sabtu tu confirm ai cuti. 1st week kan. Plak tuuu Kuala Lumpur adalah cuti ye pada 01 Feb = Selasa (sbb aku kasik coti free) lagi la syok. Hari bekerja utk minggu itu cuma....senin 31/01 dan rabu 02/02. Haitttt...bagus nih. Dan nak ditambah lagi kegirangan aku....exam dah abih time tue. Last paper mungkin 20 something kot January 2011. Mtk2 le paper aku sangkut exam awai2. Tapi kalau mtk confirm tak dpt. Wahh aku dah rugi sbb dah termtk. Haahhahaha.

Dalam kepala otak nih....dah cuti mesti la nak jalan. Zaassss bukak MAS dan AIRASIA. Langkawi...langkawi...ai dah terbayang2 dah nih. Dua aribulan tu no prob...bole amik coti punyer. Bajet time dah baik punyer. Tup2 tgk MAS dah takdok tiket murah. Ceh! Hampa hatiku. Airasia plak....ado la. Tapi hatiku kepada MAS sajer (mengada je lebih. kunun bajet nak shopping pinggan mangkuk takyah kene byr luggage la kan) Maka...hajat tersangkut di mata kail je la. Tahun Baru Cina kan....confirm ni hotel rate melambung2. Peh tu sesak dimana2 sajek . Takpelah nampaknyer kite ke P.D lagi je la kak nim (huahahahaha) tiap2 taun asik je la ke P.D yek. Sayang benor dgn P.D tue. Takpe2....kite bole carik otel superb mahai lagik. Hahahaha.

Haittt bile aku nak pi Langkawi nihhhhhh

Thursday, August 05, 2010

Kuching, S'wak

Finally....rasanya blah timur malaysia dah setel. Labuan walaupun transit je, kire jejak jgk la kan. Sabah suda juga bah.....tapi S'wak kalau ikutkan peta adalah luas bebenor. Amik syarat je kite pi capital city dulu. Kunun cam cover la jgk kan. Jalan-jalan makan angin weyyyyhoooo. Bile takyah keje memang la seronok. Nak2 mende ni dah plan dari awal tahun. Asalnyer gatai tgn nak tgk ticket price. Takde plan yg tetap mcm kate ok setiap taun mesti nak travel ke sini2. Mmg xde. Pakai hentam je. Duit ado jalan. Duit takdo ko duduk diam2. Rege tiket adalah reasonable (bole tahan jgk la tp kalau nak banding ke K.K dulu....baik toksah banding hahah). Sbbkan dah ke Sabah 2 thn lepas, to be fair kite kene pi Kuching plak. Memula tu blur jgk la, ape nak buat ek dkt Kuching. Tourist guide tak bertauliah sy cume khatam peta Sabah je. Oooo dan2 teringat.....ade sorang member ni kg die dkt Kuching. Kire ok la tu. Takde la nnt sesat smp tak jumpe jalan pulang.

@ Kuching Town

Tindakan pertama selepas confirm tiket kapal. Pencarian hotel. Lama oke nak decide duduk otel mane. Berbulan2 punyer survey nih. Tak terbaik ni tak tau la. Hahahah. Dah setel hotel, kene prepare itinerary plak. Owh...sy berjalan mesti mau ade itinerary. Baru tersusun dan kemas. Mcm mengada2 je kan. Tp baik prepare dari buang masa je nnt. Masa itu Emas oke. Pegi kuching tak lama pun. 3ari 2mlm je. Rasanya hampir konker kuching. Hampir sajak. Sbb kami berjalan sendiri. Sewa kereta dan bwk. Mmg agak costly. Tp tempat yg kami nk pi pun agak jauh2 jgk. Sy lebih rela drive.

Preparation nak pi kuching ni byk dity dan ditolong dek cik Jamaliah. Tak sia2 la kad pengenalan ko S'wak kan. Hahahah. Thanks a lot ye!

Yg bestnyer masa dkt kuching, dapat pegi tempat yg dah mmg ada dlm plan. Ade la missed 1-2 tmpt sbb tak cukup masa. Dannnn sbb kapal dari KL ke Kuching delayed abih plan ai kacau...kacauuu. Nak balik tu punctual plak hait. So local people, you bole judge samada kami dah konker kuching atau belum lagik and here the list.....

1) Kuching Waterfront
2) Sarawak Cultural Village
3) Muzium Kucing
4) Serikin
5) Kek Lapis Dayang Salhah
6) Pasar Satok...

@ Kuching Waterfront
@ SCV

Cume saya ada terkilan sikit sbb....tak sempat nak melantak dkt TopSpot. Pasal dah migrain masa nak ke Serikin. Smp sana bole ilang kejab plak. Shopping punye pasal kan. Hala balik kuching smbg melayan kepala otak lagik. Rugi oke. Tempat tu plak tak jauh mane pun dgn otel. Jalan kaki pun bole. Huuhuhuh....sgt terkilan. Sgt tak syiok bile mood nak jln2 tp sakit kepala. Potong betul lahhhhh. Dan satu lagi tmpt tak sempat singgah...India Street. Sib baik kot tak dpt singgah. Tak la terkilan sgt kalau tak dpt nak beli Pasu S'wak. Hahahah...takpe2.

Overall...sy sgt puas ati dgn otel. Terbaik oke! Dpt dah try local dish...mee kolok dgn sayur midin. Niat ati nak try laksa s'wak....tak kesampaian. Next time je la. Kalau dpt repeat ke kuching lagi...rasanya sy nak ke Taman Negara Bako plak. TopSpot for sure dan....tah. Belum ade dlm senarai lagik.

Balik KL dgn muka puas ati, dah memborong Kek Lapis & Ikan Masin :D.

Skrg nih Perlis je tak smp lagik, nak cukupkan korum pusing satu Malaysia. Baru bole pi oberseaaa plak. Dan dalam byk2 pulau dkt m'sia ni...sgt2 terasa nak pegi adalah p.langkawi....tak penah oke. Org lain dah repeat bape kali tah kotttt. Sadis je.

Pesal bahasa mcm skema je nih. Sila blame rasa mengantuk yg amat sgt. Dah bantai nasi goreng td. Kenyg tak hingat la skrg nih. Iskh...not good...not good.