Friday, December 25, 2009

Hari Krismas

Deko utk hari krismas boleh kata antara yg termeriah skali. Sbb...byk guna color....paling tak tahan tue pavillion dah start deko sejak november lagik. Semangat betul management diaorg yeh. Kalau raya kite...mesti deko seminggu selepas pose. Kalau terawal nnt jadik issue plak. Hehe...tempat lain tak sempat tgk. Dgr2 mid valley pun tak kurang hebat. KLCC dulu penah deko pokok yg besar nak mencapai atap (betul dak?) Biasanya cuti krismas ni ramai yg jamak kan smp ke cuti new year. Area Hartamas/Mont Kiara bole rasa kekurangan org. Mostly yg duduk situ adalah berbangsa2. Melayu tu jumpe jgk la dlm 15% je. Time keje ramai la melayu. Time bukan keje....payoh sket nak nampaknyer. Haa...berckp pasal krismas...perfume byk buat jualan runtuh kan. Kak lat...allooo...estee lauder pls. Buat2 ilang igtan ko yek. Iskh..lari tajuk. Deko dkt pavillion......konsep yg sgt mewah. Pokok besar kiri kanan...Tirai dari atas ke bwh. Sesuai la dgn nama die kan. Gmbr full deko di pavillion xde. Yg ado 2 keping bwh nih. Raya org lain...kite plak yg teruja. Takpe2...konsep 1 malaysia.


bertiga.....

berdua....

Wednesday, December 23, 2009

Anniversary...


Dah setahun dah ini BLM berkhidmat utk tuan die. Dalam pada tak sedar tue, susut nilai kete ni dah berkurang jgk la kan. Motif ckp pasal susut nilai? Hahahaha. Sebabkan tuan punyer kete adalah 'girl' maka kete ini sy assume adalah 'boy'. My other half pls dont be jealous on him iye hehehe.

So far, no big trouble and no major broken happens. I hope it would be long last sehingga habis tempoh pajak dgn bank yeh. Tetapi minor2 damage tu tetap ado especially on body part. Tak bole nak kate ape le kan, cermat cemane pun gerenti ader calar balar sana sini. Antaranya;

~ s/one do kiss my right front bumper. Demm uuu.
~ i do kiss front bumper to divider. Ciesssssss how come meh???
~ calar balar is everywhere. Mane dapat? i dunno....
~ big and major part i did was....SPORT RIM AKU BENGKOK.

Bengong tollll. Ape la ke byk sgt lobang dkt kl nih. This one i got a bit wonder. Yes i do notice i hit the lobang maner tah. And surprisingly....bengkok. Kenapa aku nak surprise kengkonon nyer...pasai kete mak pun pakai sport rim. Made mane not sure...Rim & tayar 15 tue. Aku takat 14 je dah bengkok??? Heran ke tak. Bukan tak penah langgar lobang pun kete mak. Tempoh hayat sport rim tu lagik lama banding ke kete aku. Hish...low quality ke. Hahahaha...tp syg nyer tayar tak termasuk dlm warranty list pulak. Kalau tak mau aku claim jgk dgn proton. Summore...sesaper yg drive BLM notice ke dak yg kete ini adalah ringan dan seperti mau melayang bile di highway, when u hit the speed limit over 100km/j. Ke prasaan aku jer?? Intention tu ade nak tukar 'real' sport rim (14 je la pun) tapi tgk keadaan cash flow bagaimana lah kan. Dkt area klang murah ek dok.

And so far, car mileage was over 20k within a year on the road. Lenjan abis-abisan nampak nyer. Every weekend travel kl to bangi is a must. No wonder la kan. Kete ku jgk dah jalan merata smp ke....

~ Kuala Kangsar, Perak
~ Ipoh, Perak
~ Port Dickson, N9
~ Cameron Highland, Pahang
~ Teluk Intan, Perak
~ Tanjung Karang, Selangor (masuk list jgk???)

byk ke blah utara nampak nyer. Next year jln ke blah pantai timur plak lah.

Eppi anniversary to my dearest BLM WSD *** khidmat masih dan sgt diperlukan....stay in good n good condition orait.

Saturday, December 19, 2009

Kerja GILA

Saya buat kerja gila...kerana tensen nak exam + project yang nak kene siapkan maka dengan itu timbul idea ini....memula pegi......

Amik gmbr dekat menara yang tak bape lurus. Penat sudah mengadjust supaya menara itu nampak lurus didalam gambar....tetapi gagal. Sudahnyer....biarkan je la die dengan kecondongannya. Seterus...saya memanjangkan langkah ke......

Wahhh ini tempat kenangan. Tapi tiada kenangan cintan cintun ape kejadahnyer sume itu. Hahahahaha. Puas jgk mengukur jalan. Ye...berjalan agak jauh...adakah saya dpt mereleasekan segalanya seblum menyetelkan project dan ngadap paper exam?

Project paper....saya setel jgk pada hari berjalan2 ni. Sambil jalan sambil angkut notebook dan wajib utk saya siapkan.
Exam...therapy minda sudah dpt maka tiada alasan utk mem'block' minda utk tidak membaca buku secara drastiknya. Lepas paper ari senin...gap agak lama seblom melancarkan gelombang study kali ke dua. Good luck utk saya.

Wednesday, December 16, 2009

Die Buat Hal Lagikkk

Tak lain ni adalah masalah dengan TELEKOM KU SAYANGGGG.....Tak sampai tempoh 1 minggu yang bersamaan dengan 7 hari bekerja....dah rosak balik. Apeni???? Tarikh elok 09/12/09, tarikh rosak balik 15/12/09. Elok plak smlm budak TELEKOM tu call dan tanya. Aku jwb dah ok. Sekali balik rumah.....telefon tak ok dari tengahari lagik. Aduhaiiiii. Kate dah ganti kabel. Kabel rumah sapa korang ganti? Kate sbb kes curik kabel. Sapa curik kabel bwh tanah? (kabel bwh tanah adalah last reason for my report) Byk je unsur2 meragukan disitu.

KAK JANA TAKE NOTE PLS. SILA AMIK EMAIL ADDRESS UR BIL. TQ

Wednesday, December 09, 2009

Done!

I'm done writing a report to SKMM. Not done with the problem yet. The faulty is still going on. Report which regards to TM/Telekom. Thanks to shidah (bole revealkan hehehe) who inform the existing of SKMM. Sapa2 ade problem aduan tidak dilayan untuk talian telefon bole bukak website ADUAN SKMM buat report lagi skali dan tgk la cemane hasilnya. But so far saya belum rasa ape2 tindakkan dari ADUAN SKMM sementelah baru je selesai report dalam masa 1 jam tadi. Just wait n see how it goes. By the way, as noted in my meroyan entry last follow up call on monday, i stress them to keep update me the progress. Today ai made a follow up call, and still no good news. As my expectation...Kali ni mmg kene all out. Ai can't hold it any longer lah. Macam la takde keje lain nak buat selain duk mengira bape kali dah call #100. Lotih...lotih...

Owh kak elin.....pasal citylink tu tetap nak meroyan..tapi dah jadi backdated la nnt. Takpe..cite tetap kene citer. Kalau simpan2 nnt makan dalam terus kene darah tinggi. Hohohoho....

Tuesday, December 08, 2009

Entry Meroyan

Meroyan adalah gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dlm badan yg menyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dll ataupun istilah yang sama erti di dalam kamus Dewan Bahasa Pustaka (DBP) boleh click di sini mempunyai banyak maksud. Tak caya cube click di sini lagi sekali. Back to back....masih sama dengan maksud di atas. Haa....ape signifikasi dengan entry nih. Sila la baca smp abis ye.


Aduhaiii TM...mmg menguji kesabaran dan keimanan betul. Asik2 problem yang sama. Asik2 kene call 100. Nombor report cik masih sama ye. Asik2 masih dalam proses cik. Jawapan buku je ko kasik aku yek. Agaknyer diaorg nih keje angkat tipun tu pakej dgn dapat telinga kebal ek. Ape mahal gaji yg TM bayar korang semata2 nak kene marah dgn customer? Aku ni dah boring kene telefon 100 tu je. Korang plak tak boring ke tgk nombor report tu yg sama je. Owh...pakej skali, tiada hati dan perasan. Bulan raya ke bulan seblom raya keeee bulan pose tah. Smp dah tak ter'keep' rekod dah. Start time 'itu' telefon line asik rosak..rosak...rosak....je. Katenyer sbb satu alat di kabel mane tah rosak. Die ganti dgn ALAT LAMA. Still la tak baik sepenuhnya. Kene call lagik. Lepas tu brani plak budak tu reveal....ooo kiteorg ganti yg lama ni baru ganti yg baru....bole??? Tapi...line telefon tu tetap tak clear. Bising2 je. Apeke diaorg ganti alat baru yg sebenarnyer tak bape nak baru? ok question mark! Lepas dah ok bulan 10 jadik lagik. Katenyerrr 'underground cable problem' plak. Dlm 2 minggu baru ok. Gile lama betul...2 minggu telefon tak boleh pakai. Bayar fixed charge tu tetap bayar ye. Tak bole nak bilang dah bape kali punyer banyak called 100. Aku jemu tau dak! Lopeh tue...lepas dah elok tue, elok baikkk punyer mak berangkat pi Mekah...die dah mula balikkkk dah. Aiihhhh...Panas tul aku nih. Tapi mengenangkan time keje takde sapa kat umah. Biarkan je la. Kot2 la mane tau terelok dgn sendirinya. Tapi hampeh jgk...Dlm 2 minggu lepas kottt...called lagik ke TM suh betulkan line tipun. 2-3 ari jgk baru ok. Aku pk kan dah elok sangat laa skali...ari khamis lepas kak jana call dari rumah timbul no 61887943. Eh..nape yek bukan no rumah yg naik kat hp aku??? Rupenyer....dlm pada die betulkan line tuk report terdahulu...masih tak betul2 jgk lagik. Ok...aku dah rasa cam TM %*%*$%#@#^#^&*%$(%^#@. Call la lagik terhegeh2 #100 tu. Read my line carefully...report made on 03 Dec. As to-date, the line is still in process. Demmmmm. Reason dier adalah 'underground cable problem'. Kenapa aku berhak meroyan disini ye....

1) dah ilang sabar dgn operator TM balik2 ty soalan yg sama dkt aku. Brani die ulang ty...ape masalahnyer. Aku ty balik, u tak baca report ke. U tak cek bape kali sy dah report the same thing.

2) Untuk tempoh tak sampai sebulan sejak kes pertama, masalah kerosakan jadi macam berantai2. Dari bulan pertama rosak masuk kali ke 2 rosak...gap lebih kurang sebulan. Or less than a month! Patut ke tak? TM...i pay u every month without failed! Customer has the right to question the money we pay and the service return. Ai brani kerat jari, TM takkan bagi written report for each report ai made. Ai did request once. Not once...byk kali actually. Yes...they are protecting the TM capability. Sampai tak kuasa aku nak gaduh sbb nak mintakkan written report tue. Ape la yg susahnyer. Print and fax or email. That's all!

3) Sila lihat pada cerita yg berjela diatas....kenapa ye asik masalah yg sama berlaku??? Tak cable tu rosak cable underground rosak...erm...cube pk sama2? Kenapa ye....KE KORANG SABOTAJ NO 6187****. KE KORANG BAGI REPLACE ITEM CAP AYAM. KE TECHNICIAN KORANG TAK RETI NAK BETULKAN KEROSAKKAN. Dan analisa terakhir saya adalah..lepas dah repair supervisor korang tak buat post mortem. Adakah ini gambaran terbaik bagi satu syarikat gergasi di Malaysia? Dan jugak kemungkinan mereka hanya take for granted kerana pelanggan seperti saya tidak bernilai di mata mereka. Adakah???

4) Mengambil masa yang terlalu lama nak fix kerosakkan. Sila semak cerita diatas juga (kalau nak semak la) Paling cepat 2-3 ari...Bukan ke operator ko cakap within 24 hours. Iskh...macam le aku tak bole pk logik. Kalau takat nombor tertukar...takkan kene amik masa seminggu. Die kene pi rumah orang tu ker dulu. Suppose it can be settle in less than 24 hours. Ok technical part maybe i'm not the rite person too but....previous experience 15 years ago they only took less than 2 days to fixed everything back to normal. Quick analysis...in 90's due to shortage of worker, less high-tech equipment, less expertise....still manage to settle in short time period. In 2009, high-tech equipment, a lot of expertise, young worker, take long time to fix and more adv but still the result more worst than before?? Adakah TM berkehendakkan skala service yang menjunam setiap tahun. Tak bole ke diaorg semak CS report in a month, in quarterly and a year...bape puluh ribu report diaorg kene entertain? Ok...ramai je yg pandai2 dlm syarikat tue. Tak bole nak argue lebih2 kan.

5) ade lagik ke....cukup la 4 dulu. kalau teringat nnt smbg. hahhahahaha

Latest follow up call to TM was yesterday, 07 Dec 09. Budak operator nama Tasha kene bambu dgn aku le kan. Smlm ai request to have the PIC contact number or email or everything that can make me talk to them personally. Tetapi policy TM adalah...mereka yang akan call customer. But hell...there is no phone call from them. Why? Ai did mention in the report thru Tasha, urgently that PIC need to call me. Many times. Habuk pun tadakkkk. Adakah ini cara mereka bekerja?

Aishh...letih...letihhh melayan kerenah yang takde kesudahan nih. But at the end of the day, haku jgk yg geram sbb tak elok2 jgk. Ape lagik channel yg membolehkan TM ni amik kisah kes mcm nih? Balik2 ayat budak CS...cik sila layari www.tm.com.my. Eeeee ko tak suruh pun aku tau laaa. Aku lagi cepat nak carik email add CEO ko tau tak. Dalam this week mak insyaAllah akan smp dari Jeddah. By time it suppose dah ok. Tgk kan je la. But again and again...kene call #100 lagik. Kak Lat....ko tipun plak la. Letih...menyampah dah aku nak cakap baik2 dgn budak TM nih. Huh!

ade sambungan utk kes ke-2 tapi continue nnt la. Ni pun dah pjg berjela lebih 2 muka surat doh. Amik feel nak meroyan skali lagi. Hahahahaha.

Thursday, December 03, 2009

Yum Yum

nampak tak apo bondo nyer tueee
dekat sket gmbr nyer.....
ni lagi dekat nihhh...perghhhhhh.....
pekena dgn black coffee...marveleous!
of course la Meatball IKEA................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lapor la fulakkkkkkkk ciesssssss

Wednesday, December 02, 2009

Eiduladha

Story mory tadak...gambar je adak. Tu pun xbyk la. Tapi cukup jgk nak dijaja2 dkt sini. Memula skali sila tgk gmbr 2 beradik nih
obviously....si abang mmg ngikut rupe umi, si adik ngikot rupe abah deme.
ni pose ditiup angin......
gigi mirul patah...umi die buat...hahahahhahaha
ni aksi drama king adik!

Thursday, November 26, 2009

Nak Raya

Esok dah raya...huhuhu..omak skrg dkt mekah~padang arafah nak berwukuf (insaf kejab) insyaAllah..moga2 mak dpt melaksanakan ibadat haji dgn baik dan sempurna...amin.....

1st time nih raya dgn mak jauh. Takde rendang daging tu takpe la jgk. Dah pesan dkt kak jana suh buat...hahahaa kang ai buat jadik lain kang. resipi ade dah. hehehe. Lain2 tu xde rasa pape sgt...bole tak ari sabtu kene keje! iskhhh...en bos...tarak perasan kaaa?? kasik la cuti ehsan barang seminggu 2 ke. opss over yeh...sabtu kasik coti la bosss. setengah ari je punnn. huhuhuhu...

Esok kak nim masak nasi ayam...sedapnyerrrr yum yum. Cek nenek masak ape ek...cek endon asik tukar2 menu je nih. owh...rumah belum kemas lagik nih. carik feel dulu baru kemas la ek. sekrang kene makan dulu. dah tahap gigil2 tak bole blah.

Wednesday, November 11, 2009

Tiba-tiba....

.....aku terrrrrajin mau masak...hahahaa (in fact...rajin plak cari resipi). Takde la felik sgt statement ini. Tapi memandangkan aku bukan tergolong dari genetik yg rajin masak...makan rajin la, jadik statement ini menunjukkan kemajuan. Memandangkan juga..adik badik sume pompuan...aku ala2 yg ujung2 skali, nak nulung kek dapur mmg ujung2 skali...hahahaaa atau lebih tepat suke ngelat. Dah idup bape taun dkt dunia nih...masak pun sgt tidak confident. Buat keje dapur juga tidak cekap. Ya....betul...adik badik aku kate slow yg amat. Ade aku kesah? Hahahaha...tapi sesejak mak jauh....sob*sob*sob*....aku kene makan la jgk. Makan luar pilihan terakhir. Nasik mmg rutin ye. 2 ari tak makan nasik mau gigil aku nih. Time mak ade, dkt opis tak makan tghari tarak kesah...balik konpom mak masak (masakan mak adalah terbaikk oke) Keinginan makan luar pun kurang sbb....den dah pueh makan kek luar nun (tetiba ckp N9??) ade yg sedap ade jgk yg kurang kene dgn tekak. Bile kurang kene dgn tekak, pilihan yg ado....masak ler sendirik. Tapi idok le ari2 aku rajin nak masak. Wahhh itu super duper rajin namanyer. Nak kawin dah ke?? Ops!!! Ari2 lain...kak nim ade..die ler masak. Aku konpom makan punyer. Kak Lat ade..hohoh die rajin masak ye...lepas ni ko je masak aku bagik menu ok dak. Heheee..tak pun bwk pinggan kosong pi umah cek endon. Buat muka kesian sket mesti dpt makan. Hahaha...Sabtu/Ahad agak2 nak carik makan..pi pulak puchong...hohohooo umi mirul ngan aris ari2 masak kan. Dlm reramai adik badik....ater yg paling teruk sgt skill memasak adalah aku. Ye...saya mengaku..saya mengaku. Malas menjadi punca utama (tetiba salahkan malas..ke mmg dah malas kannn) nak buek cemano kalau dikelilingi dgn org2 yg mmg masak sentiasa. Yg diperlukan adalah org untuk makan makanan yg telah di masak...maka org itu adalah saya. Hehehe. Ape? Dah tua2 bangka pun tak reti2 masak, cemane nak kawin? Itu soalan 'cliche' ye saudara saudari. Org perempuan ni skill memasak build in dah. Cume kene asah je. InsyaAllah dah kawin automatik jadik reti dgn bantuan telefon utk menghubungi emak, kakak2 dan adik anda ^-^

Ape yg dimasak? Dah tentu2 le makanan yg masuk ke tekak sendiri. Untuk permulaan, amik feel...kene masak bende yg kite sendiri suke makan. Kak nim, kak lat...sila terima seadanya. Korang tak mau makan nnt aku kecik ati. Hahahahaha.

*note: Mr. Don sila take note oke (tetiba?) hahahaha

Tuesday, November 10, 2009

Aris Ashman


Umur saya 2 tahun. Saya ada seorang abang yang suka tgk channel cartoon 24/7. Hobi saya carik gaduh dengan abang saya. Pekerjaan tetap saya...kasik umie byk keje nak buat hehehe...saya suka bile abah saya ada dirumah sebab saya bole manja lebih sket. Semalam arijadi saya. Sume orang keje, tapi umie dah panggil untie2 saya dan memaksa nenek endon membeli kek utk saya ari ahad yg lepas. Saya dapat adiah mainan dari untie aina hehehehe....tapi abang plak yg over main. Untie2 yang lain bile nak bagi adiah dkt aris nih. Owh...nenek selayang xde..skrg ni nenek selayang ade dkt mekah. Nnt nak raya haji...nenek dkt sana la. Atuk, nenek subang pun ade tapi aris tak dpt adiah mainan laaa taun nih. Tapi takpe...esok2 mesti dpt jgk. Hahahaha...abg mirul sila jangan jeles tau!
kek aris


lagi-lagi gambar sila click SINI yeh..10Q

Wednesday, November 04, 2009

November


Birthday Aris is just around the corner...he is getting 2 years old this coming nine of november.

Tuesday, November 03, 2009

Hey Ladies!



Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


*straight forward tul lirik nih...hahahhaa atau lebih tepat mcm lagu org frust. nnt nak carik lagu anang ex KD plak la. hehehe


Monday, November 02, 2009

Nurhayati Ahmad, 22, dari Lombok, Indonesia membuat pengakuan bersalah.

Ini ape kes nih???

KUANTAN: Pembantu rumah warga Indonesia yang cuba meracuni majikannya berusia 77 tahun dengan mencampurkan racun rumput dalam makanan tengah hari dan minuman mangsa di rumahnya Indera Mahkota 5 di sini, Julai tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun, semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu sebaik tertuduh, Nurhayati Ahmad, 22, dari Lombok, Indonesia membuat pengakuan bersalah.

Siti Aminah juga memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 16 Julai tahun lalu.

Nurhayati didakwa memasukkan racun ke dalam makanan dengan niat yang boleh menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah di Lorong IM 5/14 Bandar Indera Mahkota di sini, jam 1.30 petang, 16 Julai tahun lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, majikannya, Jaharah Daud, pergi ke dapur rumah bersama tertuduh yang baru sebulan bekerja untuk makan tengah hari.

Mangsa yang meminum air kopi dihidangkan tertuduh berasa pahit dan mendapati minuman itu berbau selain bertukar warna kelabu. Anak mangsa berusia 47 tahun yang kebetulan berada di rumah berasa tidak sedap hati sebelum memeriksa sup sayur dihidangkan tertuduh dan mendapatinya berbau racun.

Mangsa dan anaknya kemudian mengesyaki makanan dan minuman itu sudah dicampuri racun dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini. Tertuduh ditahan jam 5.15 petang hari sama dan polis merampas dua botol racun di dapur rumah berkenaan.

Terdahulu, tertuduh melalui peguamnya, Mohd Fadly Hashim memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan berikutan rasa menyesal dengan perbuatan dilakukannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

source : berita harian, 03 Nov 2009

Tak yah nak bela lah. Dah kuar penjara sok anta balik indonesia, black list kan terus dari masuk Malaysia. Kerajaan Malaysia terlalu byk berkrompomi dalam hal berkaitan warga asing. Lambakan warga asing yang masuk secara legal mungkin tidak patut disemak semula tetapi kegiatan dan kedudukan mereka di Malaysia yang tidak secara legal perlu disemak setiap tahun. Malaysia mcm dah jadik charity home plak. Budaya mereka, warga asing pun dibawa masuk skali ke Malaysia....lebih teruk, diamalkan tanpa segan silu. Warga asing bertaraf 'expatriate' mmg mempunyai nilai caj yg tinggi sepanjang sara hidup di Malaysia. Bagaimana pula warga asing yang bekerja secara haram dengan menggunakan pas pelawat atau pas pelajar. Lebih teruk, warga asing memperdayakan warga tempatan untuk mendapatkan taraf warganegara iaitu dengan cara berkahwin. Lihat saja dimana-mana, bertebaran warga asing yang tidak diyakini status mereka di Malaysia.

Kerajaan patut mengadakan mahkamah khas untuk membicara dan menempatkan pesalah warga asing. Perketatkan undang-undang supaya mereka tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya dinegara ini. Malaysia tidak perlu menutup pintu kepada warga asing tetapi sebaliknya harus mengutamakan keselamatan rakyat khususnya. Rakyat sendiri merasa kurang selamat berada dinegara sendiri.....

Monday, October 19, 2009

Butang Baju Aku Mana Pah???

Kepala otak mcm jammed sket...meh layan cite ni.....


tiada maksud tersirat pun waima sy pun blum kawin lagik...cume...tersangat la minat dgn dialog dlm petikan nih...10 kali tgk pun bole gelak tak hingat donia. Oleh kerana minat nau dgn dialog tue...sanggup dwd (opss) kot2 la time boring bole tgk kendian gelak bahak2 sorang diri. Kalau dkt astro mmg byk kali dah ulang tayang. Masih tak jemu2 nak tgk pun...kenapa yek?

mengulas pengharaman cerita 'minta nombor ekor' - dipetik dari filem ragam P.Ramlee

punca mula 'minta nombor ekor' ini ditahan kononnya bertentangan dengan agama, tetapi saya fikir tidak ada salahnya kerana itu adalah menggambarkan kejadian yang sering terjadi dalam masyarakat kita. 'Minta nombor ekor' bukan lagi perkara luar biasa tetapi kerajaan sendiri telah meluluskan 'Tiga Digit'. Kalau semua mau yang baik saja ditunjukkan tentu sekali masyarakat kita tidak akan kenal kepada kejahatan-kejahatan yang pernah berlaku dalam masyarakat kita hari-hari. Lagipun ini merupakan satu penekanan kepada filem Melayu kalau perkara ini berpanjangan, ini tak boleh, ini haram, itu tak boleh, itu haram, sampai bila pun filem Melayu tak boleh maju atau mendapat sambutan. Ada saja babak-babak yang tidak disukai oleh ulama terus saja dipotong, dan orang ramai kata orang Melayu tak boleh buat filem yang betul-betul konkrit. Mana nak konkrit kalau sana sini kena potong. Memang benar dalam satu-satu filem itu agak dilebih-lebihkan lakonannya, kerana filem dan kehidupan biasa adalah agak berlainan. Apalah lagi kalau Filem itu merupakan filem hiburan dan mengandungi kiasan-kiasan" ~ P.Ramlee

Utusan Film and Sport, 6 Februari 1965

Friday, October 09, 2009

Arak Pembunuh Senyap

Artikel dari berita harian bertarikh 09 Okt 2009, click utk full entry

Alkohol memudaratkan kesihatan, punca pelbagai gejala sosial

Hakikatnya, Islam mengharamkan umat Islam meminum arak kerana minuman yang dilabelkan sebagai air kencing syaitan itu mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, justeru wajar bagi manusia waras menjauhi sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat dalam kehidupan mereka.

Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman, berkata arak adalah minuman beralkohol yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu yang meminumnya.

Katanya, kesan berkenaan terbahagi kepada dua, iaitu kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang yang kedua-duanya amat tidak baik kerana boleh mencetus kepada gejala sosial dalam masyarakat.

“Pengambilan arak boleh menimbulkan kesan negatif kepada individu yang mengambilnya. Kesan jangka pendek dapat dilihat dalam 24 jam ke 48 jam pengambilan. Apabila individu mengambil alkohol, otak tidak dapat berfungsi dengan baik kerana sudah dipengaruhi kesan alkohol.

“Kesan berkenaan menyebabkan individu tertekan, tidak dapat berfikir dengan waras seperti hilang rasa malu, hilang kawalan diri dan boleh bertindak di luar keadaan yang normal seterusnya mendorong mereka melakukan tindakan yang tidak wajar,” katanya.

Dr Ramzisham berkata, kesan jangka panjang pula boleh menyebabkan organ dalaman mengalami kerosakan dan ketagihan berpanjangan kepada individu berkenaan. Selain itu, ada banyak komplikasi lain lagi yang akan berlaku kepada organ dalam badan.

“Lazimnya, kesan jangka panjang menjadikan individu peminum arak mengalami sindrom halusinasi dan ketagih meminum arak yang boleh menyumbang kepada kerosakan otak dan urat saraf.

“Kesan pada jantung yang amat merbahaya akan juga berlaku. Keadaan ini dinamakan alcoholic cardiomyopathy yang mana keadaan jantung akan menjadi lemah dan dalam tempoh masa tertentu akan menyebabkan ia gagal berfungsi,” katanya.

Beliau berkata, kesan alkohol terhadap organ badan manusia terlalu hebat dan mampu merosakkan hampir keseluruhan organ utama dalam badan tanpa mengira jantina.

“Usus dan hati juga termasuk dalam komponen organ utama. Kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Penyakit lazim yang akan berlaku kepada hati jika mengambil alkohol ialah radang hati.

“Apabila berlaku radang hati, lama kelamaan akan berlaku ‘cirrhosis,’ iaitu apabila berlaku pengambilan alkohol hati boleh menjadi bengkak. Setiap kali bengkak, hati akan mendapat kesan parut. Akibat ada kesan parut berkenaan, ia akan mengecut dan fungsi hati akan terganggu,” katanya.

Dr Ramzisham berkata, apabila keadaan ini berlaku, hati kurang berfungsi serta darah berkurangan di kawasan berkenaan lalu menyebabkan salur darah pada bahagian perut dan esofagus akan kembang serta bengkak seterusnya bakal berlaku pendarahan serius.

“Hati menjadi rosak dan tidak berfungsi. Usus juga akan mengalami ulser seterusnya dalam jangka masa panjang, ia akan merebak menjadi kanser perut. Kesan lebih dahsyat kelenjar pankreas juga akan membengkak, menjadi keras dan rosak.

“Pankreas berfungsi mengeluarkan rembesan untuk menghadamkan makanan, mengeluarkan insulin dan jika insulin tidak cukup dikeluarkan, individu berkenaan akan mendapat penyakit kencing manis, mati pucuk (bagi lelaki), salur darah rosak, tidak subur dan pada masa sama akan menyebabkan daya seks menurun,” katanya.

**Tak tau ler ape yg sedapnyer air arak ni. Bau pun agak tak sedap. Tp tetap menjadi pujaan mereka2 di luar sana. Berdasarkan kisah benar, diakui sendri oleh Mr. A bukan nama sebenar, berusia lewat 30-an, simpton2 sakit seperti diatas mmg telah dirasai. Dan kerana memikirkan kesihatan lebih penting, beliau telah mengambil tindakan drastik utk mengurangkan dan cuba utk mengelak mengambil alkohol. Walau pada hakikatnyer, agama beliau tidak melarang tetapi atas faktor kesihatan beliau memutuskan mengambil tindakan yg terbaik utk dirinya dan keluarga beliau. Kalau mereka yg sah2 tidak dilarang mengambil alkohol ni bijak berfikir utk kepentingan diri sendiri, kenapa yg beragama islam ni tidak mengambil pendekatan yg sama? Seronok itu bersifat sementara sahaja. Berfikir lah sebelum bertindak.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Saturday, September 26, 2009

Family Photo

Bile raya puasa...ngamik gmbr family photo mcm dah jadik acara wajib. Walaupun......kadang2 tak cukup korum. Tetap amik jgk mane yg ade. Seperti taun2 seblom nyer, family che mah antara yg paling jauuuuhhhhh skali rumah nyer adalah yg terakhirrrrr sekali smp umah nenek. Hahahaha standard la kan. Mesti kene tgg jgk kami2 nih smp biarpun lewat cemane pun. Pasai che mah kan kakak....tetiba2 plak kuar kuasa veto kakak tu kan.

Dlm family kami yg ade kamera godang nih 2 org. Daddy Wafiq dan sy le kan. Kami kene standby position mane mau duduk berkumpul dulu...adjust kamera mane nak placement kan. Dan...kami jgk ler yg dudk di ujung2 gmbr. Sib baik masuk frame jgk. Hehehe....Seronok meh...bergambar ramai2 walaupun kdg2 nak handle tu agak rumit sket. Ye laaa sapa mau duk sengih selama 30 minit tanpa henti kan. Lagik plak dgn aku ni kejab2...chop2 tukar bateri flash kejab...chop2....carik tripod kejab. Hahaha redhakan je la. Ater...raya kan mane bole mau temper2 ye dok.

Acara bergambar ni akan jadik dkt umah nenek je. Kalau masing2 dah berpecah destinasi tp jumpe dkt satu rumah yg sama pun..feeling tak sama dgn amik gmbr dkt umah nenek. Pasai satu sebab...umah nenek besarrrrr. Nak kate family kami ni besar...pun tak jugak la. Atuk dgn abah dah meninggal almost 8/10 thn lepas. Mak ade 5 org adik badik. Menantu nenek yg tinggal 4 org (exclude abah yg dah meninggal) cucu plak ade 20 orang...betul ka??? hehehe cucu menantu ade 5 org dan cicit nenek ade....6 org. Fuiyooo nenek...byk kene bg duit raya tuee hahhaha. Eh korang yg dah kawin bukan kene kontra keee :-p

Ape2 pun...raya is the best day to gather everyone. Bile tgk family photo akan getting bigger and bigger smp ler tak muat frame. Wide lens ade...bole pinjam kan en don. Heheehe tetiba? Mari tgk gmbr plak...

whole family (yg tiada dlm gmbr, k.jana's family, Ela's family and Fazley's family)
the cousins (cucu nenek) and the cicits (exclude yg tiada dlm gmbr seperti diatas)

bigger view bole click2 di SINI

Wednesday, September 23, 2009

Gambar Klasik Raya

"Kredit : Gambar ini diambil dari flickr mr don"
"Kredit : Taken by k.lat"
*no doubt, bukan sy yg meng'edit' gmbr ini. Dah tentu2 la en don kan. Kalau ler sy yg meng'edit' gmbr, confirm tak jadik rupe mcm ginih nyer.
**langsir baru cek mah jadik b/ground gmbr..hehee
***halamakkkk...en don tak pakai samping ler. lengan pun lipat tinggi je nih!

Tuesday, September 22, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Dah raya lerrr...meriah2. Walaupun ujan, sib baik tak banjir. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

*layan gmbr lagi besh kan


Friday, September 18, 2009

2nd Trial ~ Kak Liza || Kuantan

Title atas nih...dgn gap 1st trial sebenarnya tak jauh sgt. Lebih kurang sebulan kalau ikut date asal. Tapi cerita cerite ni nak dikeluarkan dah makan setahun. Bz bangat la kunun kan. Feel tak mari mau cite sebenarnyer. In fact gmbr tuk 2nd trial nih pun baru2 je upload dkt fotopages. Memang kategori teruk tul aku nih. Takpe2..cerita2 nih utk sharing sahaja, tiada tujuan lain. Ok let me proceed the real story behind.

As usual lah...sy adalah mengikut en don pi buat keje. kali nih bertiga pula. another guy was his BIL. Kalau lebih dari 2 org..mudah la keje. Sorang pi lari kut ni..sorang pi kut tu plak. Yg paling2 amateur dah tentu2 la saya. So spesific task tiada. Sy akan rembat ikut suke. Day 1 adalah acara nikah. Di buat pada belah malam. So ptg tu dah standby di rumah pengantin, amik gmbr hantaran gedebak gedebuk. En don murah ati nak bg sy pakai lens....tak pasti lens ape tp yg sure sgt...lens itu adalah berat. Lenguh tangan nih. Tp sgt menarik lens itu (zoom lens kot). Dan ianya lens jenis VR. Ater tgn gigil2 pun bole tekan jgk. Kali ni kurang rasa segan sket. Ye la...mungkin sbb dah jadik 2nd time. Cube pes time dulu....gigil kepala lutut sume lah. Dengan penuh iltizam...utk memperbaiki kekurangan yg dpt dikesan masa wedding pertama...be well aware with all surrounding. PEKA.

Sblom setart majlis, mcm biasa la....setting sy akan dicheck oleh en don. Kendian tips sikit2 tuk diguna pakai sblom, semasa majlis. Memula amik gmbr hantaran...hehehe oleh kerana batery flash kong...gambar agak gelap malap sket...hahaha alasan ok. Overall, still can handle. Bende tak gerak mmg le bole handle. Cube bermain dgn pusingan flash yg bermacam2 rupe. Fault...salah fokus, angle kurang menarik...itu biasa utk seorg yg baru beberapa bulan pegang dslr. Tp tak mengapa.....hehe. Kene ade try n error. Kelakar jgk bile ade 3 org yg pegang kamera godang nih. Posisi sume dah berpusing2 mcm buat pusingan. En. Don sgt particular pasal itu. Kepantangan bg die apabila sume berkumpul setempat. He will definately ask to think! think! think! Itu yg rupe dah mcm pusingan bulatan batu caves.

Haa...ade satu time tu...pengantin dah siap2 make up..tinggal pakai selendang je, tetiba pengantin panggil aku nih...yee aku je...soh amik gmbr dlm bilik dgn kengkawan die saja. Hohohoho itu time aku dah gigil..cemane nihhhhhh aku dah le tak reti sgt lagik. En. Don kate piiii jeee amik jeeee....hasilnyerrr bole tgk kat fotopages nih. Kaler disitu agak fault. Sebab...xdan nak try n error flash...main pakai tekan je. Kakak2 ni sgt sporting dan ade direction sendiri. Keje aku tekan shutter je dan menyelinap di antara mereka. Mencabar sungguh...(tuk org seperti sy) tp dlm masa yg sama....seronok! Dah letih agaknyer kakak2 ni dgr aku duk repeat...sy tak reti nau lagik...sy cube ye. tak brape lama kendian..baru la masuk en don dan his BIL. Semasa acara nikah...aku tersepit tgh2.....cannot move around. Lagipun dgn title perempuan...ok aku segan ye. Tak pepasal nnt dpt teguran org mesjid, malu ai. Kedudukan yg tersepit itu sgt rapat dgn both pengantin. Dpt capture precious moment (harapnyer) tanpa byk halangan. Acara mlm itu bersambung pula utk majlis berinai. Pengantin tukar sepersalinan songket dan selebihnya family potrait.

The next day pula adalah majlis sanding die kelab golf tepi jln ape nama tah. Nak kate tema garden wedd...ade sket la. Dan...kedudukan pelamin adalah open. Ok...ini adalah kelemahan sy bila mane dlm keadaan sekelip mata perlu pandai tukar setting dgn kadar yg cepat. Ok...sy masih fault disitu. Indeed....tapi try the best je la. Abih sesi bersanding...ade plak sesi outdoor. Dkt mane tue...padang golf okeh....hahahhaha. Org masuk padang golf pakai kasut golf. Haku pakai sandal je. Haaa ni ade satu lagi fault utk aku. Kalau outdoor mmg prob sket. Tetiba jadik cam....cemane nak adjust nih. Over here and there....Aduhaiiii mmg tak reti nak control lagik. Hasilnyer....sy tidak byk amik gmbr outdoor pengantin. Yg ade pun sekadar testing. Utk pertukaran indoor ke outdoor...mmg jadik masalah besar....pick up tu agak lmbt. En don mmg tak menang tgn dah nak check setting ke hape jadah. Kene sendiri adjust dan sy mengambil masa sket utk itu. Mcm start dr A balik laa. Org lain dah nak smp Z pun.

Dah abih sesi merusakkan padang golf itu, berpindah pula ke pantai teluk cempedak. Pantai die cantik laaaa tp haku still tak pandai nak utilize kan angle menarik. Haiyoooo! Go back n practise lagik. Masa dokek pantai nih..aku dah alaa2 batery tinggal 2 takuk je lagik. Erti kate lain dah letih le. Letih segala mcm..Amik gmbr sikit2 (pasal sedar diri...outdoor aku failed) dan selebihnya peratikan en don dan BIL die bekerja. Knowing him (mr don) die sgt active dan lmbt mau penat. And somemore...selagi tak dpt ape yg die plan..he will never ask to stop. Unless pengantin yg kate cukup2.

Tuk 2nd trial nih, confident level dah sedikit bertambah. Dan...kene learn fast. Outdoor..indoor...outdoor and indoor balik. Selebihnya...kene blaja tuk carik angle menarik. Sy akan usahakan perkara itu.

In overall...xde pressure pun cume diri sendiri yg kurang berkeyakinan pada awal2nyer. Seronok mmg seronok amik gmbr wedding...dan letih nyer setimpal bilamana gmbr memenuhi citarasa dan kehendak. En don nnt ajak lagik ye :D

Tuesday, September 15, 2009

Down to Fever

Dah nak raya rupenyer.....tp feel tu blum mari lagik. Pasal??? sblom puasa dah demam. Masa puasa on/off jgk demam nyer. Paling teruk last week.....sbb ulser skali dan sgt haru nyer apabila susah nak mkn! Adoyaiiii perut nak mkn..tp mulut kata jgn la...kesian kat haku nih. Bubur dan taufufa je yg dibenarkan sepanjang minggu lepas. Dah la mengidam mcm2...ayam KFC la...ayam Nandos laaa ciessssssssssss sungguh. Dan arini...badan masih kepanasan. Camno nak rayo demam2 nih. Owh...ini demam masih blum ditahap H1N1 (alhamdulillah) hanya demam biasa je. Rekod tahun ni amik MC...walaupun sehari. Terlupa plak yg sabtu lepas aku keje...kalu tak bole mtk 2 ari. Iskhhh. Dan 3/4 thn xde amik MC...claim resit klinik pun tak penah. Sgt berdedikasi kan. Kebiasaanya kalau takat demam manja2 tu, telan panadol je. Agaknyer badan ni dah merajuk ler, asik je la telan panadol kan. Owh...sy adalah sgt malas mau pi jumpe doktor. Kenapa? tak tau la. Jumpe pun kalau rasa tak tertanggung dah. Erti kata lain dah kronik. Dan kerana semangat yg gigih juga...kelas pun tak ponteng aritu. Ptt rehat je dkt umah. Salah satu sebab nyer mungkin.... tak cukup rehat jgk kot.

Alhamdulillah...sakit ni pun rahmat dari-Nya. Ape2 pun kite perlu redha walau sakit mahupun sihat, Allah lebih mengetahui ketentuannya.

Sunday, August 23, 2009

Amirul || Aris

Sesaje mengedit gmbr budak berdua nih. Koleksi gmbr baru mcm....xde je. Tgg la mak teh ngamik gmbr depa nnt. Mencabar tul nak kejar deme berdua nih.

talent! nak dpt real pose dr mirul dah payoh. Die lagik suke melompat dari pose

lebar sengihnyer

fokus pada kamera ke pada mak teh???

Friday, August 21, 2009

Bulan Puasa VS Lemon Rosemary Chicken

|| Entry ini melibatkan gambar yang agak melampau. Harap maklum dan Selamat Berpuasa! ||

Bile tang bulan pose je, suke nak buat entry makanan...hehehe dugaan...dugaan....Nak review sket mengenai LRC atau nama penuhnyer Lemon Rosemary Chicken. Telah direkomenkan oleh cik Jamaliah, dan seblom2 ni ade jgk terbaca dlm blog2 lain yg pernah test ini LRC. Hasilnyer adalah positif dan memberangsangkan. Jadik oleh kerana sy adalah penggemar AYAM, tanpa rasa was2 atau ragu2 nyer terus mengorder 2 ekor LRC menerusi sms yg dilayangkan kepada kak Didi. Bersama-sama Baked Potato sebagai penambah menu pada hari itu. Haaa...kalau sekor je tak cukup plak nnt. Amirul dgn Aris ado...tambah lagik 3 org budak suke makan tue. Harus standby extra la kan. Gedebak gedebuk confirm bile mau collect sume bagai, terus zass ke Petronas Taman Melati. Dah collect dan masuk je dlm kete sekali....halamakkkk bau nyer terus buat rasa lapar. Haiyooo. Tak bole jadik nih. Sesampai je rumah...terus bukak, potong-potong dan makan laaa. Hehehe. Ape lagik mau tunggu2. Sume pun sudah lapar. Sorang chop nak peha, sorang chop nak kepak. Sorang chop nak isik je...ok itu sy. Sekejap je dah abih seekor ayam. Hehehe...meh tgk gmbr plak


xdan nak letak dlm pinggan kasik cantik2 pun

nampak itu lemon...harus la ade kan. kalau tak, tak cukup syarat le pulak

baked potato...laku jugek

portion kentang ni adalah besar

ayam ke-2...request utk lebih garing

sesi pembahagian.....kali ke-2

sila perhatikan isik ayam yang lembut itu....

dihidang bersama-sama salad dan tomato...baru ler perfect!

menikmati...
cara makan yang agak pelahap...wah over ko kak lat
2 org budak yg masing2 berebut sorang nak kepak, sorang nak peha
kesudahan nyer....licin smp ke tulang
mau order? sila amik no tertera atau pun click aje DISINI

In overall...LRC sgt lembut dan sedap. Berbaloi dgn harganya. Baked potato juga not bad. Pada yg nak test tu, jgnlah rasa was2 utk mencuba. Tak rugi pung. Boleh la order lagik lepas2 nih.

Setel!

Thursday, August 20, 2009

Aarghhhh!

Perkara yg paling tak disukai adalah apabila tertengok menatang itu. Eeeeuwwww...tgh menelek-nelek gmbr dari blog ini skali...nah hambik koooooo. Baikkkkk punyer. Corak Batik huh! Panjang plak tue...euuwwww geli geli. Takmo cite lebey...geli tahap maksimum....walaupun ianya hanya gambar sahaja. Tidak secara live....kalau live lagik matik la haku. Jgn la termimpi plak pasnih. Mintak simpang.

Tuesday, August 18, 2009

Dinner @ KLCC


more pict ade di sini dan juga di sini

owh...gmbr tuan punyer blog xde plak nih...sgt tak oke yeh
pic kredit to shima

sesi mentransfer gmbr secepat kilat. kalu tak nnt aku buat pekasam smp taun depan. harap maklum :d ptg tu kalu tak ujan...mmg confirm korang kene posing depan twin tower. next time la yeh.

Monday, August 17, 2009

S.E.T.E.M

Finally...dpt jgk tgk wayang (senyum...senyumm). Lepas jeles tak bole blah dgn cmba pasai die dah pi tgk dulu huhuhu. Carik jgk time lepas daftar dan amik buku dkt ukm aritu. Kalu lepas2 ni confirm tak dpt doh. Overall....storyline was simple and neat. Nak merilekskan kepala kenalah tgk cite yg bole gelak2 huhahuha. Back to the conclusion....sume pun nak menipu jgk last2 abuk pun tak dpt. Org tamak mmg selalu rugi kan. Scene yg paling tak boleh nak control gelak...the indian guy nak rompak mat posmen yg baru collect surat kat peti..mat posmen tu ty "nak yang kuala lumpur ke lain2 tempat" huargh kah kah kah kah...ni namanyer bendulllll. Lawak tullll lahhh. Ade scene lain lagik yg lawak jgk..tp yg paling berkesan itu la.

Puas ati dapat tgk wayang dah...senyummmm

Thursday, August 06, 2009

Cameron Highland Lagik

Hahaha kang ado plak yg menyampah dgn den ni ha asik je la pi CH. 1st entry den pun dah tajuk CH. Apo nak buek. Tempat dingin2 gitu mmg la menarik perhatian. Malang skali den ni ha bukan tahan sojuk pun. Kene aircond dah gigil, cemana nak pi united kingdom nnt. wahhh berangan itu penting. Xpe..yg penting semangat tu dah ade.

Ad-hoc planning..(yeke) pi panjat CH dgn mr don dgn tujuan satu je, nak ngamik gmbr cun2. Alang2 mr don dah ade, ini lah masanya nak ceduk ilmu. Ater kene marah pun cek pekak kan tinge je la (garang betul!). Target location...ladang teh dan jgk..mardi. Katenyer dkt mardi byk pokok bunga ros dan tomato. Lain2 pun byk jgk dan yg penting entrance fee murah. 3 hengget je. Kalau dkt satu tmpt tu (tak igt dah) byr masuk je dah mahai. Tgk pokok ros je pun. Tp aritu terperasan ade satu lagik rose centre yg tak penah dijejaki. Jalan masuk dkt pasar juai2 sayur. sesak..cemane la nak perasan. Takpe itu next time. Satu lagi tmpt yg sblom2 nih rasa xnak masuk iaitu...muzium time tunnel. Ni..atas permintaan mr don yg sungguh2 mau masuk. Sbb brg dlm muzium tu sume brg lelama. Mmg interest die le pun... ai oke je.

This is the reason why ai love CH. Roses...tea farm...greenn..(treatment mata), dingin....Cemane rupe org CH turun pi KL ke memane je la. Mesti resah gelisah panas sentiasa. KL mmg panas oke. Pheww!

tgh khusyuk ngamik gmbr daun teh.

pokok rose keliling...syokkkk. teruja betul.

Wednesday, August 05, 2009

Berderet-deret

Berderet-deret plak movie yg mcm best tuk ditgk. Tp masa plak tak cukup nak cover tuk tgk semua skalik. Antara yg mmg nak nau tgk......

aiyooo bile mau pi tgk nih....lagik mau tgk nih
and last but not least........