Tuesday, January 25, 2011

Badarsila

Badar Sila = Kain putih yang halus
(kamus dewan edisi keempat)

Bagaikan di lentur sutera, Mentari meminjam sinarnya, Bagaikan di suluh hatinya, Menetap di persada
Bagaikan diseru rindunya, Di awan tersembunyi wajahnya, Bagaikan di risik malunya, Tersingkap di hamparan... (indahnya)
Cahaya, Melingkar singgahsana, Badarsila, Bagaikan angin syurgawi, Melindungi cinta suci
Sampai keresahan, Dari jiwaku keliru, Moga dilimpahi, Rindumu selalu
Sinar menerangi, Terasa dingin bak salju, Lamaran nurani, Menyentuh hatiku
Suara kau bisikkanlah, Di langit tujuh ku berdiri, Rindumu menggamit jua, Merentang bagaikan pelangi
Suara kau dengarkanlah, Kesumaku merintih duka, Wasilah mu menyentuh jiwa, Restu mu bagaiku bermimpi, Resah... terungkai...
Titisan embun tersusun, Berangkai emas bertitik, Jalanan gundah gulana, Menghemburkan hujan
Naluri tersentuh, Dipandang ke langit nan ringan, (Sejambak) kasih menguntum, Genderang kehidupan
Kasih... melingkar keresahan, Cinta suci... bagaikan angin syurgawi...
Cahaya, Limpahkanlah sentuhan sinarnya, Seluruh alam
Kan kudaki merentasi menyusuri, Kepadamu tuan... indahnya
Cahaya, Melingkar singgahsana, Badarsila, Bagaikan angin syurgawi, Melindungi cinta suci
Sinarkan... Badarsila


tempo asal lagu ni adalah tradisional malay tapi dah dimasukkan elemen pop, jazz sume jadik menarik jgk. no offense....2-2 jenis tempo arrangement aku suke. on top of that, lirik lagu ni bg aku puitis. try jgk nak interpret maksud biasa masih gagal. ada sapa2 terror? kasi translate bole?

owh....aku mmg peminat siti nurhaliza (dayang nurfaizah juge), lagu lah. personal life die aku tak eran. time kasih.

3 comments:

emilputra said...

Salam. Lagu ni berunsur ketuhanan. Memang dalam sekali maksudnya. Kalau diteliti liriknya lagu ni menceritakan rintihan seorang hamba terhadap Tuhan-Nya. e.g 'suara kau dengarkanlah kesuma hatiku merintih duka' dan 'cahaya limpahkanlah sinar-Nya seluruh alam.' Boleh juga dikaitkan dengan peristiwa Israk Mikraj e.g 'suara kau bisikkanlah di langit tujuhku berdiri' sesudah terjadinya peristiwa kesedihan dalam hidup nabi setelah baginda kehilangan dua orang yang paling disayangi dalam hidupnya iaitu isteri dan bapa saudara baginda. Boleh juga dikaitkan dengan peristiwa sewaktu pertama kali baginda menerima wahyu ataupun penyesalan seorang hamba atas dosa2 lalu kepada Tuhannya e.g badarsila (kain putih yang sangat halus) bagaikan angin syurgawi. Terpulang kepada tafsiran masing2 dan bagaimana anda menerimanya. Begitulah keindahan lagu2 melayu. Begitu puitis dan mendalam maksudnya. Wallahualam. =)

aNoY said...

thanks emilputra

Anonymous said...

bagi saya lagu ini bermaksud seorang anak dara yang masuk meminang...cuba hayati balik...saya rasa jer....