Monday, November 02, 2009

Nurhayati Ahmad, 22, dari Lombok, Indonesia membuat pengakuan bersalah.

Ini ape kes nih???

KUANTAN: Pembantu rumah warga Indonesia yang cuba meracuni majikannya berusia 77 tahun dengan mencampurkan racun rumput dalam makanan tengah hari dan minuman mangsa di rumahnya Indera Mahkota 5 di sini, Julai tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun, semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu sebaik tertuduh, Nurhayati Ahmad, 22, dari Lombok, Indonesia membuat pengakuan bersalah.

Siti Aminah juga memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 16 Julai tahun lalu.

Nurhayati didakwa memasukkan racun ke dalam makanan dengan niat yang boleh menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah di Lorong IM 5/14 Bandar Indera Mahkota di sini, jam 1.30 petang, 16 Julai tahun lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, majikannya, Jaharah Daud, pergi ke dapur rumah bersama tertuduh yang baru sebulan bekerja untuk makan tengah hari.

Mangsa yang meminum air kopi dihidangkan tertuduh berasa pahit dan mendapati minuman itu berbau selain bertukar warna kelabu. Anak mangsa berusia 47 tahun yang kebetulan berada di rumah berasa tidak sedap hati sebelum memeriksa sup sayur dihidangkan tertuduh dan mendapatinya berbau racun.

Mangsa dan anaknya kemudian mengesyaki makanan dan minuman itu sudah dicampuri racun dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini. Tertuduh ditahan jam 5.15 petang hari sama dan polis merampas dua botol racun di dapur rumah berkenaan.

Terdahulu, tertuduh melalui peguamnya, Mohd Fadly Hashim memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan berikutan rasa menyesal dengan perbuatan dilakukannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

source : berita harian, 03 Nov 2009

Tak yah nak bela lah. Dah kuar penjara sok anta balik indonesia, black list kan terus dari masuk Malaysia. Kerajaan Malaysia terlalu byk berkrompomi dalam hal berkaitan warga asing. Lambakan warga asing yang masuk secara legal mungkin tidak patut disemak semula tetapi kegiatan dan kedudukan mereka di Malaysia yang tidak secara legal perlu disemak setiap tahun. Malaysia mcm dah jadik charity home plak. Budaya mereka, warga asing pun dibawa masuk skali ke Malaysia....lebih teruk, diamalkan tanpa segan silu. Warga asing bertaraf 'expatriate' mmg mempunyai nilai caj yg tinggi sepanjang sara hidup di Malaysia. Bagaimana pula warga asing yang bekerja secara haram dengan menggunakan pas pelawat atau pas pelajar. Lebih teruk, warga asing memperdayakan warga tempatan untuk mendapatkan taraf warganegara iaitu dengan cara berkahwin. Lihat saja dimana-mana, bertebaran warga asing yang tidak diyakini status mereka di Malaysia.

Kerajaan patut mengadakan mahkamah khas untuk membicara dan menempatkan pesalah warga asing. Perketatkan undang-undang supaya mereka tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya dinegara ini. Malaysia tidak perlu menutup pintu kepada warga asing tetapi sebaliknya harus mengutamakan keselamatan rakyat khususnya. Rakyat sendiri merasa kurang selamat berada dinegara sendiri.....

Monday, October 19, 2009

Butang Baju Aku Mana Pah???

Kepala otak mcm jammed sket...meh layan cite ni.....


tiada maksud tersirat pun waima sy pun blum kawin lagik...cume...tersangat la minat dgn dialog dlm petikan nih...10 kali tgk pun bole gelak tak hingat donia. Oleh kerana minat nau dgn dialog tue...sanggup dwd (opss) kot2 la time boring bole tgk kendian gelak bahak2 sorang diri. Kalau dkt astro mmg byk kali dah ulang tayang. Masih tak jemu2 nak tgk pun...kenapa yek?

mengulas pengharaman cerita 'minta nombor ekor' - dipetik dari filem ragam P.Ramlee

punca mula 'minta nombor ekor' ini ditahan kononnya bertentangan dengan agama, tetapi saya fikir tidak ada salahnya kerana itu adalah menggambarkan kejadian yang sering terjadi dalam masyarakat kita. 'Minta nombor ekor' bukan lagi perkara luar biasa tetapi kerajaan sendiri telah meluluskan 'Tiga Digit'. Kalau semua mau yang baik saja ditunjukkan tentu sekali masyarakat kita tidak akan kenal kepada kejahatan-kejahatan yang pernah berlaku dalam masyarakat kita hari-hari. Lagipun ini merupakan satu penekanan kepada filem Melayu kalau perkara ini berpanjangan, ini tak boleh, ini haram, itu tak boleh, itu haram, sampai bila pun filem Melayu tak boleh maju atau mendapat sambutan. Ada saja babak-babak yang tidak disukai oleh ulama terus saja dipotong, dan orang ramai kata orang Melayu tak boleh buat filem yang betul-betul konkrit. Mana nak konkrit kalau sana sini kena potong. Memang benar dalam satu-satu filem itu agak dilebih-lebihkan lakonannya, kerana filem dan kehidupan biasa adalah agak berlainan. Apalah lagi kalau Filem itu merupakan filem hiburan dan mengandungi kiasan-kiasan" ~ P.Ramlee

Utusan Film and Sport, 6 Februari 1965

Friday, October 09, 2009

Arak Pembunuh Senyap

Artikel dari berita harian bertarikh 09 Okt 2009, click utk full entry

Alkohol memudaratkan kesihatan, punca pelbagai gejala sosial

Hakikatnya, Islam mengharamkan umat Islam meminum arak kerana minuman yang dilabelkan sebagai air kencing syaitan itu mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, justeru wajar bagi manusia waras menjauhi sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat dalam kehidupan mereka.

Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman, berkata arak adalah minuman beralkohol yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu yang meminumnya.

Katanya, kesan berkenaan terbahagi kepada dua, iaitu kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang yang kedua-duanya amat tidak baik kerana boleh mencetus kepada gejala sosial dalam masyarakat.

“Pengambilan arak boleh menimbulkan kesan negatif kepada individu yang mengambilnya. Kesan jangka pendek dapat dilihat dalam 24 jam ke 48 jam pengambilan. Apabila individu mengambil alkohol, otak tidak dapat berfungsi dengan baik kerana sudah dipengaruhi kesan alkohol.

“Kesan berkenaan menyebabkan individu tertekan, tidak dapat berfikir dengan waras seperti hilang rasa malu, hilang kawalan diri dan boleh bertindak di luar keadaan yang normal seterusnya mendorong mereka melakukan tindakan yang tidak wajar,” katanya.

Dr Ramzisham berkata, kesan jangka panjang pula boleh menyebabkan organ dalaman mengalami kerosakan dan ketagihan berpanjangan kepada individu berkenaan. Selain itu, ada banyak komplikasi lain lagi yang akan berlaku kepada organ dalam badan.

“Lazimnya, kesan jangka panjang menjadikan individu peminum arak mengalami sindrom halusinasi dan ketagih meminum arak yang boleh menyumbang kepada kerosakan otak dan urat saraf.

“Kesan pada jantung yang amat merbahaya akan juga berlaku. Keadaan ini dinamakan alcoholic cardiomyopathy yang mana keadaan jantung akan menjadi lemah dan dalam tempoh masa tertentu akan menyebabkan ia gagal berfungsi,” katanya.

Beliau berkata, kesan alkohol terhadap organ badan manusia terlalu hebat dan mampu merosakkan hampir keseluruhan organ utama dalam badan tanpa mengira jantina.

“Usus dan hati juga termasuk dalam komponen organ utama. Kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Penyakit lazim yang akan berlaku kepada hati jika mengambil alkohol ialah radang hati.

“Apabila berlaku radang hati, lama kelamaan akan berlaku ‘cirrhosis,’ iaitu apabila berlaku pengambilan alkohol hati boleh menjadi bengkak. Setiap kali bengkak, hati akan mendapat kesan parut. Akibat ada kesan parut berkenaan, ia akan mengecut dan fungsi hati akan terganggu,” katanya.

Dr Ramzisham berkata, apabila keadaan ini berlaku, hati kurang berfungsi serta darah berkurangan di kawasan berkenaan lalu menyebabkan salur darah pada bahagian perut dan esofagus akan kembang serta bengkak seterusnya bakal berlaku pendarahan serius.

“Hati menjadi rosak dan tidak berfungsi. Usus juga akan mengalami ulser seterusnya dalam jangka masa panjang, ia akan merebak menjadi kanser perut. Kesan lebih dahsyat kelenjar pankreas juga akan membengkak, menjadi keras dan rosak.

“Pankreas berfungsi mengeluarkan rembesan untuk menghadamkan makanan, mengeluarkan insulin dan jika insulin tidak cukup dikeluarkan, individu berkenaan akan mendapat penyakit kencing manis, mati pucuk (bagi lelaki), salur darah rosak, tidak subur dan pada masa sama akan menyebabkan daya seks menurun,” katanya.

**Tak tau ler ape yg sedapnyer air arak ni. Bau pun agak tak sedap. Tp tetap menjadi pujaan mereka2 di luar sana. Berdasarkan kisah benar, diakui sendri oleh Mr. A bukan nama sebenar, berusia lewat 30-an, simpton2 sakit seperti diatas mmg telah dirasai. Dan kerana memikirkan kesihatan lebih penting, beliau telah mengambil tindakan drastik utk mengurangkan dan cuba utk mengelak mengambil alkohol. Walau pada hakikatnyer, agama beliau tidak melarang tetapi atas faktor kesihatan beliau memutuskan mengambil tindakan yg terbaik utk dirinya dan keluarga beliau. Kalau mereka yg sah2 tidak dilarang mengambil alkohol ni bijak berfikir utk kepentingan diri sendiri, kenapa yg beragama islam ni tidak mengambil pendekatan yg sama? Seronok itu bersifat sementara sahaja. Berfikir lah sebelum bertindak.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Saturday, September 26, 2009

Family Photo

Bile raya puasa...ngamik gmbr family photo mcm dah jadik acara wajib. Walaupun......kadang2 tak cukup korum. Tetap amik jgk mane yg ade. Seperti taun2 seblom nyer, family che mah antara yg paling jauuuuhhhhh skali rumah nyer adalah yg terakhirrrrr sekali smp umah nenek. Hahahaha standard la kan. Mesti kene tgg jgk kami2 nih smp biarpun lewat cemane pun. Pasai che mah kan kakak....tetiba2 plak kuar kuasa veto kakak tu kan.

Dlm family kami yg ade kamera godang nih 2 org. Daddy Wafiq dan sy le kan. Kami kene standby position mane mau duduk berkumpul dulu...adjust kamera mane nak placement kan. Dan...kami jgk ler yg dudk di ujung2 gmbr. Sib baik masuk frame jgk. Hehehe....Seronok meh...bergambar ramai2 walaupun kdg2 nak handle tu agak rumit sket. Ye laaa sapa mau duk sengih selama 30 minit tanpa henti kan. Lagik plak dgn aku ni kejab2...chop2 tukar bateri flash kejab...chop2....carik tripod kejab. Hahaha redhakan je la. Ater...raya kan mane bole mau temper2 ye dok.

Acara bergambar ni akan jadik dkt umah nenek je. Kalau masing2 dah berpecah destinasi tp jumpe dkt satu rumah yg sama pun..feeling tak sama dgn amik gmbr dkt umah nenek. Pasai satu sebab...umah nenek besarrrrr. Nak kate family kami ni besar...pun tak jugak la. Atuk dgn abah dah meninggal almost 8/10 thn lepas. Mak ade 5 org adik badik. Menantu nenek yg tinggal 4 org (exclude abah yg dah meninggal) cucu plak ade 20 orang...betul ka??? hehehe cucu menantu ade 5 org dan cicit nenek ade....6 org. Fuiyooo nenek...byk kene bg duit raya tuee hahhaha. Eh korang yg dah kawin bukan kene kontra keee :-p

Ape2 pun...raya is the best day to gather everyone. Bile tgk family photo akan getting bigger and bigger smp ler tak muat frame. Wide lens ade...bole pinjam kan en don. Heheehe tetiba? Mari tgk gmbr plak...

whole family (yg tiada dlm gmbr, k.jana's family, Ela's family and Fazley's family)
the cousins (cucu nenek) and the cicits (exclude yg tiada dlm gmbr seperti diatas)

bigger view bole click2 di SINI

Wednesday, September 23, 2009

Gambar Klasik Raya

"Kredit : Gambar ini diambil dari flickr mr don"
"Kredit : Taken by k.lat"
*no doubt, bukan sy yg meng'edit' gmbr ini. Dah tentu2 la en don kan. Kalau ler sy yg meng'edit' gmbr, confirm tak jadik rupe mcm ginih nyer.
**langsir baru cek mah jadik b/ground gmbr..hehee
***halamakkkk...en don tak pakai samping ler. lengan pun lipat tinggi je nih!

Tuesday, September 22, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Dah raya lerrr...meriah2. Walaupun ujan, sib baik tak banjir. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

*layan gmbr lagi besh kan


Friday, September 18, 2009

2nd Trial ~ Kak Liza || Kuantan

Title atas nih...dgn gap 1st trial sebenarnya tak jauh sgt. Lebih kurang sebulan kalau ikut date asal. Tapi cerita cerite ni nak dikeluarkan dah makan setahun. Bz bangat la kunun kan. Feel tak mari mau cite sebenarnyer. In fact gmbr tuk 2nd trial nih pun baru2 je upload dkt fotopages. Memang kategori teruk tul aku nih. Takpe2..cerita2 nih utk sharing sahaja, tiada tujuan lain. Ok let me proceed the real story behind.

As usual lah...sy adalah mengikut en don pi buat keje. kali nih bertiga pula. another guy was his BIL. Kalau lebih dari 2 org..mudah la keje. Sorang pi lari kut ni..sorang pi kut tu plak. Yg paling2 amateur dah tentu2 la saya. So spesific task tiada. Sy akan rembat ikut suke. Day 1 adalah acara nikah. Di buat pada belah malam. So ptg tu dah standby di rumah pengantin, amik gmbr hantaran gedebak gedebuk. En don murah ati nak bg sy pakai lens....tak pasti lens ape tp yg sure sgt...lens itu adalah berat. Lenguh tangan nih. Tp sgt menarik lens itu (zoom lens kot). Dan ianya lens jenis VR. Ater tgn gigil2 pun bole tekan jgk. Kali ni kurang rasa segan sket. Ye la...mungkin sbb dah jadik 2nd time. Cube pes time dulu....gigil kepala lutut sume lah. Dengan penuh iltizam...utk memperbaiki kekurangan yg dpt dikesan masa wedding pertama...be well aware with all surrounding. PEKA.

Sblom setart majlis, mcm biasa la....setting sy akan dicheck oleh en don. Kendian tips sikit2 tuk diguna pakai sblom, semasa majlis. Memula amik gmbr hantaran...hehehe oleh kerana batery flash kong...gambar agak gelap malap sket...hahaha alasan ok. Overall, still can handle. Bende tak gerak mmg le bole handle. Cube bermain dgn pusingan flash yg bermacam2 rupe. Fault...salah fokus, angle kurang menarik...itu biasa utk seorg yg baru beberapa bulan pegang dslr. Tp tak mengapa.....hehe. Kene ade try n error. Kelakar jgk bile ade 3 org yg pegang kamera godang nih. Posisi sume dah berpusing2 mcm buat pusingan. En. Don sgt particular pasal itu. Kepantangan bg die apabila sume berkumpul setempat. He will definately ask to think! think! think! Itu yg rupe dah mcm pusingan bulatan batu caves.

Haa...ade satu time tu...pengantin dah siap2 make up..tinggal pakai selendang je, tetiba pengantin panggil aku nih...yee aku je...soh amik gmbr dlm bilik dgn kengkawan die saja. Hohohoho itu time aku dah gigil..cemane nihhhhhh aku dah le tak reti sgt lagik. En. Don kate piiii jeee amik jeeee....hasilnyerrr bole tgk kat fotopages nih. Kaler disitu agak fault. Sebab...xdan nak try n error flash...main pakai tekan je. Kakak2 ni sgt sporting dan ade direction sendiri. Keje aku tekan shutter je dan menyelinap di antara mereka. Mencabar sungguh...(tuk org seperti sy) tp dlm masa yg sama....seronok! Dah letih agaknyer kakak2 ni dgr aku duk repeat...sy tak reti nau lagik...sy cube ye. tak brape lama kendian..baru la masuk en don dan his BIL. Semasa acara nikah...aku tersepit tgh2.....cannot move around. Lagipun dgn title perempuan...ok aku segan ye. Tak pepasal nnt dpt teguran org mesjid, malu ai. Kedudukan yg tersepit itu sgt rapat dgn both pengantin. Dpt capture precious moment (harapnyer) tanpa byk halangan. Acara mlm itu bersambung pula utk majlis berinai. Pengantin tukar sepersalinan songket dan selebihnya family potrait.

The next day pula adalah majlis sanding die kelab golf tepi jln ape nama tah. Nak kate tema garden wedd...ade sket la. Dan...kedudukan pelamin adalah open. Ok...ini adalah kelemahan sy bila mane dlm keadaan sekelip mata perlu pandai tukar setting dgn kadar yg cepat. Ok...sy masih fault disitu. Indeed....tapi try the best je la. Abih sesi bersanding...ade plak sesi outdoor. Dkt mane tue...padang golf okeh....hahahhaha. Org masuk padang golf pakai kasut golf. Haku pakai sandal je. Haaa ni ade satu lagi fault utk aku. Kalau outdoor mmg prob sket. Tetiba jadik cam....cemane nak adjust nih. Over here and there....Aduhaiiii mmg tak reti nak control lagik. Hasilnyer....sy tidak byk amik gmbr outdoor pengantin. Yg ade pun sekadar testing. Utk pertukaran indoor ke outdoor...mmg jadik masalah besar....pick up tu agak lmbt. En don mmg tak menang tgn dah nak check setting ke hape jadah. Kene sendiri adjust dan sy mengambil masa sket utk itu. Mcm start dr A balik laa. Org lain dah nak smp Z pun.

Dah abih sesi merusakkan padang golf itu, berpindah pula ke pantai teluk cempedak. Pantai die cantik laaaa tp haku still tak pandai nak utilize kan angle menarik. Haiyoooo! Go back n practise lagik. Masa dokek pantai nih..aku dah alaa2 batery tinggal 2 takuk je lagik. Erti kate lain dah letih le. Letih segala mcm..Amik gmbr sikit2 (pasal sedar diri...outdoor aku failed) dan selebihnya peratikan en don dan BIL die bekerja. Knowing him (mr don) die sgt active dan lmbt mau penat. And somemore...selagi tak dpt ape yg die plan..he will never ask to stop. Unless pengantin yg kate cukup2.

Tuk 2nd trial nih, confident level dah sedikit bertambah. Dan...kene learn fast. Outdoor..indoor...outdoor and indoor balik. Selebihnya...kene blaja tuk carik angle menarik. Sy akan usahakan perkara itu.

In overall...xde pressure pun cume diri sendiri yg kurang berkeyakinan pada awal2nyer. Seronok mmg seronok amik gmbr wedding...dan letih nyer setimpal bilamana gmbr memenuhi citarasa dan kehendak. En don nnt ajak lagik ye :D

Tuesday, September 15, 2009

Down to Fever

Dah nak raya rupenyer.....tp feel tu blum mari lagik. Pasal??? sblom puasa dah demam. Masa puasa on/off jgk demam nyer. Paling teruk last week.....sbb ulser skali dan sgt haru nyer apabila susah nak mkn! Adoyaiiii perut nak mkn..tp mulut kata jgn la...kesian kat haku nih. Bubur dan taufufa je yg dibenarkan sepanjang minggu lepas. Dah la mengidam mcm2...ayam KFC la...ayam Nandos laaa ciessssssssssss sungguh. Dan arini...badan masih kepanasan. Camno nak rayo demam2 nih. Owh...ini demam masih blum ditahap H1N1 (alhamdulillah) hanya demam biasa je. Rekod tahun ni amik MC...walaupun sehari. Terlupa plak yg sabtu lepas aku keje...kalu tak bole mtk 2 ari. Iskhhh. Dan 3/4 thn xde amik MC...claim resit klinik pun tak penah. Sgt berdedikasi kan. Kebiasaanya kalau takat demam manja2 tu, telan panadol je. Agaknyer badan ni dah merajuk ler, asik je la telan panadol kan. Owh...sy adalah sgt malas mau pi jumpe doktor. Kenapa? tak tau la. Jumpe pun kalau rasa tak tertanggung dah. Erti kata lain dah kronik. Dan kerana semangat yg gigih juga...kelas pun tak ponteng aritu. Ptt rehat je dkt umah. Salah satu sebab nyer mungkin.... tak cukup rehat jgk kot.

Alhamdulillah...sakit ni pun rahmat dari-Nya. Ape2 pun kite perlu redha walau sakit mahupun sihat, Allah lebih mengetahui ketentuannya.

Sunday, August 23, 2009

Amirul || Aris

Sesaje mengedit gmbr budak berdua nih. Koleksi gmbr baru mcm....xde je. Tgg la mak teh ngamik gmbr depa nnt. Mencabar tul nak kejar deme berdua nih.

talent! nak dpt real pose dr mirul dah payoh. Die lagik suke melompat dari pose

lebar sengihnyer

fokus pada kamera ke pada mak teh???

Friday, August 21, 2009

Bulan Puasa VS Lemon Rosemary Chicken

|| Entry ini melibatkan gambar yang agak melampau. Harap maklum dan Selamat Berpuasa! ||

Bile tang bulan pose je, suke nak buat entry makanan...hehehe dugaan...dugaan....Nak review sket mengenai LRC atau nama penuhnyer Lemon Rosemary Chicken. Telah direkomenkan oleh cik Jamaliah, dan seblom2 ni ade jgk terbaca dlm blog2 lain yg pernah test ini LRC. Hasilnyer adalah positif dan memberangsangkan. Jadik oleh kerana sy adalah penggemar AYAM, tanpa rasa was2 atau ragu2 nyer terus mengorder 2 ekor LRC menerusi sms yg dilayangkan kepada kak Didi. Bersama-sama Baked Potato sebagai penambah menu pada hari itu. Haaa...kalau sekor je tak cukup plak nnt. Amirul dgn Aris ado...tambah lagik 3 org budak suke makan tue. Harus standby extra la kan. Gedebak gedebuk confirm bile mau collect sume bagai, terus zass ke Petronas Taman Melati. Dah collect dan masuk je dlm kete sekali....halamakkkk bau nyer terus buat rasa lapar. Haiyooo. Tak bole jadik nih. Sesampai je rumah...terus bukak, potong-potong dan makan laaa. Hehehe. Ape lagik mau tunggu2. Sume pun sudah lapar. Sorang chop nak peha, sorang chop nak kepak. Sorang chop nak isik je...ok itu sy. Sekejap je dah abih seekor ayam. Hehehe...meh tgk gmbr plak


xdan nak letak dlm pinggan kasik cantik2 pun

nampak itu lemon...harus la ade kan. kalau tak, tak cukup syarat le pulak

baked potato...laku jugek

portion kentang ni adalah besar

ayam ke-2...request utk lebih garing

sesi pembahagian.....kali ke-2

sila perhatikan isik ayam yang lembut itu....

dihidang bersama-sama salad dan tomato...baru ler perfect!

menikmati...
cara makan yang agak pelahap...wah over ko kak lat
2 org budak yg masing2 berebut sorang nak kepak, sorang nak peha
kesudahan nyer....licin smp ke tulang
mau order? sila amik no tertera atau pun click aje DISINI

In overall...LRC sgt lembut dan sedap. Berbaloi dgn harganya. Baked potato juga not bad. Pada yg nak test tu, jgnlah rasa was2 utk mencuba. Tak rugi pung. Boleh la order lagik lepas2 nih.

Setel!

Thursday, August 20, 2009

Aarghhhh!

Perkara yg paling tak disukai adalah apabila tertengok menatang itu. Eeeeuwwww...tgh menelek-nelek gmbr dari blog ini skali...nah hambik koooooo. Baikkkkk punyer. Corak Batik huh! Panjang plak tue...euuwwww geli geli. Takmo cite lebey...geli tahap maksimum....walaupun ianya hanya gambar sahaja. Tidak secara live....kalau live lagik matik la haku. Jgn la termimpi plak pasnih. Mintak simpang.

Tuesday, August 18, 2009

Dinner @ KLCC


more pict ade di sini dan juga di sini

owh...gmbr tuan punyer blog xde plak nih...sgt tak oke yeh
pic kredit to shima

sesi mentransfer gmbr secepat kilat. kalu tak nnt aku buat pekasam smp taun depan. harap maklum :d ptg tu kalu tak ujan...mmg confirm korang kene posing depan twin tower. next time la yeh.

Monday, August 17, 2009

S.E.T.E.M

Finally...dpt jgk tgk wayang (senyum...senyumm). Lepas jeles tak bole blah dgn cmba pasai die dah pi tgk dulu huhuhu. Carik jgk time lepas daftar dan amik buku dkt ukm aritu. Kalu lepas2 ni confirm tak dpt doh. Overall....storyline was simple and neat. Nak merilekskan kepala kenalah tgk cite yg bole gelak2 huhahuha. Back to the conclusion....sume pun nak menipu jgk last2 abuk pun tak dpt. Org tamak mmg selalu rugi kan. Scene yg paling tak boleh nak control gelak...the indian guy nak rompak mat posmen yg baru collect surat kat peti..mat posmen tu ty "nak yang kuala lumpur ke lain2 tempat" huargh kah kah kah kah...ni namanyer bendulllll. Lawak tullll lahhh. Ade scene lain lagik yg lawak jgk..tp yg paling berkesan itu la.

Puas ati dapat tgk wayang dah...senyummmm

Thursday, August 06, 2009

Cameron Highland Lagik

Hahaha kang ado plak yg menyampah dgn den ni ha asik je la pi CH. 1st entry den pun dah tajuk CH. Apo nak buek. Tempat dingin2 gitu mmg la menarik perhatian. Malang skali den ni ha bukan tahan sojuk pun. Kene aircond dah gigil, cemana nak pi united kingdom nnt. wahhh berangan itu penting. Xpe..yg penting semangat tu dah ade.

Ad-hoc planning..(yeke) pi panjat CH dgn mr don dgn tujuan satu je, nak ngamik gmbr cun2. Alang2 mr don dah ade, ini lah masanya nak ceduk ilmu. Ater kene marah pun cek pekak kan tinge je la (garang betul!). Target location...ladang teh dan jgk..mardi. Katenyer dkt mardi byk pokok bunga ros dan tomato. Lain2 pun byk jgk dan yg penting entrance fee murah. 3 hengget je. Kalau dkt satu tmpt tu (tak igt dah) byr masuk je dah mahai. Tgk pokok ros je pun. Tp aritu terperasan ade satu lagik rose centre yg tak penah dijejaki. Jalan masuk dkt pasar juai2 sayur. sesak..cemane la nak perasan. Takpe itu next time. Satu lagi tmpt yg sblom2 nih rasa xnak masuk iaitu...muzium time tunnel. Ni..atas permintaan mr don yg sungguh2 mau masuk. Sbb brg dlm muzium tu sume brg lelama. Mmg interest die le pun... ai oke je.

This is the reason why ai love CH. Roses...tea farm...greenn..(treatment mata), dingin....Cemane rupe org CH turun pi KL ke memane je la. Mesti resah gelisah panas sentiasa. KL mmg panas oke. Pheww!

tgh khusyuk ngamik gmbr daun teh.

pokok rose keliling...syokkkk. teruja betul.

Wednesday, August 05, 2009

Berderet-deret

Berderet-deret plak movie yg mcm best tuk ditgk. Tp masa plak tak cukup nak cover tuk tgk semua skalik. Antara yg mmg nak nau tgk......

aiyooo bile mau pi tgk nih....lagik mau tgk nih
and last but not least........

Tuesday, July 28, 2009

11111

Nampak ke tue???


Ni la mileage kete aku setelah berada diatas jalan raya selama....genap 5 bulan. Gud timing...mmg genap2 5 bulan. Consider byk gak nih. Adakah ini kerana tuan punya kete ni sgt rajin berjalan merata sehingga mileage makin lama makin tinggi dan takkan turun2...Hehehe. Sendiri mau igt la yek. Inilah yang dinamakan..keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Pic taken on 24/05/09. Sehingga tarikh tersebut, service dah masuk kali ke 3...patutnyer, tp terskip satu. Untuk tarikh semasa plak..lagi sebulan 2 kene service lagik la. Mileage dah 14+++....adeh...memang kene lenjan betul ko kan. Sila la berkhidmat untuk tempoh 8 thn lagik yeh. Moga2 panjang umo, minor2 je jgn smp major :d

Thursday, July 16, 2009

Selamat Hari Lahir



To both Mak & K.Lat. Date of birth adalah sebelah menyebelah. Setiap tahun jgk....kalau beli kek mesti letak 2 nama dan kalau dpt nak 2 jenis jgk. Tp itu susah nak dpt la kan. Mak suke cheese kek, tp td kate plak dah kurang gemar plak. So tak tau ape kek yg chemah suke skrg. K.Lat plak die....cokelat dulu kini dan selamanya. Tadi masa duk pilih2 kek..rasa cam nak try tiramisu. Bile dah tgk ingredient, tak jadik la sbb ade mocha+coffee ape tah lagik yg mana mmg tak laku la nnt. Sebab tak byk pilihan...amik jgk cokelat ape ke nama tah. Kate ade walnut bagai2. Sedap ke dok kene ty birthday girl la kan. Balance ade lagik tuk Amirul dan Aris. Pepehal pun dak kenit berdua tu kene perabih yg mana tinggal ok. Eppi besday to MAK & K.LAT. May Allah bless you both.

Wednesday, July 08, 2009

At Work!

Ini bukanlah aku at work at real world. Ini lain punyer at work. Kalau at work ini...mesti selingan amik gmbr sendirik la kan. Being a left-handed giving me an extra advantage. Bole amik self-photo mcm dlm gmbr bwh nih. Shutter mmg duduk dkt bahagian kanan. Tapi bile dr depan jadik blah kiri la kan. Tuk mereka2 yg right-handed agak susah sket la nak hambik self-photo mcm ni. Nampak background gmbr ini...nun sayup2 dibelakang adalah Masjid Ubudiah (hentam je nih) jenuh jgk carik lokasi ni sbb...local people je yg tau nak masuk kut mane.

Background satu lagik adalah...wedding session. Ni la baru kate at work. Ok..dah lama tak gi amik gmbr wedding nih. Sibuk ke hal lain...dan pertembungan jadual. Nampaknya byk gak wedding yg kene let go...tak bole ikut lohhh. Dah tumpul balik skill nih. Rasa cam nak holiday lah...sambil2 meneruskan hobi yg satu ini. Lama dah tersimpan dlm beg. Sian kamera aku nih. Dlm kepala nih sibuk duk plan 2-3 perkara...tp sume blum dpt start lagik. Coti tinggal sebulan je lgk nih. Eh..alaaa spoiler aku pun duk blakang kerusi lagik ape halnyer....haishhh satu2 okeh. Sila la tgk gmbr yg syok sendiri ni :D

Tuesday, June 30, 2009

AUTOBOTS ROLL OUT

I'M OPTIMUS PRIME......
Hahahaha kak latttttt....AUTOBOTSSSSS. Huahahahaha...gile ahhh. CGI yg mantop...sound system yg tidak mengecewakan. Durasi yg pjg. Ape lagik??? Optimus Prime makin power. Bumblebee is such a very good guardian to SAM WITWICKY. But i do hate itu Megatron and the most StarsScreammm...COWARD!

Some people might say...transformers : revenge of the fallen is not good enough...lame and etc. But not me...hehehhe. do i look like fanatic? nope i am not. The 1st movie is an intro to the real movie. may coming the 3rd maybe...starscream is still out there and so with megatron! Luckily Optimus is still alive. Opsss....(hahahaa)

The end of movie...nasib ler si optimus ni tak panggil autobots mai bumi dah. Hahaha haaa tu la, dulu die dok menjemput. Skali hambikkk.

Nak kate aku folo dari kartun...tak jgk. Dulu kecik2 tgk. Tapi tak la wajib tgk. Tp ultraman aku tgk yeh. Hahahaaa skrg je tak. Tah pape tah. Segala tok nenek ko kuar...tak paham doh. Masa 1st movie kuar..tak la rasa mesti nak tgk. Rasa biasa je. Tp mr. don is the most excited nak tgk...cam kali nih jgk..almost cinema was fulled house. Aku maleh nak beratur pjg2 beli tiket...ater zaman muda2 dulu bole la. Skrg...teknologi di hujung jari anda...hehehe. Haa..1st movie tu kami tgk dkt mane tau....cinema dkt amcorp mall. Tiket tulis manual lagik...tu pun penuh jgk. Dasat2. Ape nama wayang tu tah. Tak tau pun. 2nd movie...tgk dkt caps Square. Dpt booking TGV...but its on weekdays. Weekend toksah kater la. Tinggal seat2 depan stock mendongak byr RM11...apedehal. Lagi satu yg buat aku tak bole tgg nak tgk nih pasal. Opismate aku ni bole story pulek dkt aku...arghhh aku kate...haitttt lite2 je jgn detail. Skali terbukak smp separuh. Separuh tau. Lagik la buat ati nih panas jeeee nak tgk..nak tgkkkk. Terus berdesup ty mr. don bole tak tgk minggu nih. Sbb die bz skrg. Kene la ty dulu. Hehee dia pun excited gak. Dan semlm...booking gedebak gedebuk...terus pi KL. Nunggu ari lain kang buat ade hal pulak. Hasilnyer...gile kentang lah..penuh dgn aksi pertarungan di antara Decepticon dan Autobots. Paling tidak mengecewakan...watak2 utama masih dikekalkan. Mane yg takde kesinambungan watak..takde la. Cam Secretary of Defense....Lady IT Expert...takde dah la.

So...people...do check out any available seat for this movie. You will not regret to watch it. Kak Lattttt cepat kak lat....hehee...

Monday, June 29, 2009

Terkejut!

Last saturday pun story...

After work...plan to find some wedding gift (hahahah baru nak beli okeh) and ai terus ke ikea. Nearest place to be. Dah terpk2 nih jenih cemane nak rembat satgi. Smp2 je pi pekena salmon dulu. I've been there alone. Yeap mr don got to work in putrajaya. Might one of the reason i've been their suspect or watever they can call it.

I seat at one long table. Not accompany with other ikea's customer, then suddenly came a boy. I guess bdk ni tak skolah darjah 6, form 1 or 2. And he was alone too.

Boy : kak, sini ade org
Me : takde, duduk la
ai was continue to start eating......at the same time..budak ni buat eye contact pulak dgn aku.
Me : dgn sape
Boy : sorang
Me : sorang???? Tak makan?
Boy : xde duit
alamakkkk time ni aku dah rasa lain mcm je bdk nih
Me : dtg sini buat ape?
Boy : saje jalan2
Me : nape tak dtg dgn mak?
Boy : mak keje
Me : umah kat mane?
Boy : wangsa maju.
Me : dtg sini naik ape?
Boy : naik bas
aku pun ok...dan terus mkn...buat selamba badak. dan tetiba..budak tu panggil aku lagik
Boy : kak....pinjam 5 hengget, nak makan la
aku pun start la...budak ni mcm nak kene makan tazkirah aku je. aku dah agak that s/thing is not rite gonna happen.
Me : adik dtg sini mak tau tak?
Boy : tau
Me : xde duit mcm ni, kuar, mak tau jgk?
Boy : tau
Me : mak keje mane?
Boy : KLCC
tipikal punyer jawapan......itu yg aku pk la. dan kendian aku pun start la
Me : kalau dah tau takde duit jgn kuar bla bla bla bla....tau tak bahaya skrg ni bla bla bla bla gedebak gedebuk aku ckp dgn budak tue. tp budak tu reaction die...selamba je. iskhhh cam nak tarik je telinga budak nih. dah abih ckp aku smbg mkn...
Me : akak xde 5 hengget dik (hahahah tu je aku nak ckp benornyer tp korner bukan main byk)
Duit balance byr mkn td mmg aku tak simpan lagik. secara drastik nyer aku simpan dlm poket jacket yg sumenyer note kaler merah. Beg yg aku kepit kat kaki aku terus pangku.
Seterusnya budak tu buat drama...mcm org frust letak pala dkt meja...aku tak pandang langsung dah kat budak tue. tak lama lepas tu budak tu pun blah.

1st thought aku..mcm sindiket je nih. 2nd was...kee mmg perangai bdk2 ni gitu. tp mmg agak TERKEJUT sbb tak penah kene approach mcm tue.

Aku dah terpk kalau budak nih nak bukak mulut lebih2 mtk pepe lagik...aku nak mtk no tel mak die dan time2 tu jgk aku akan call. masa yg sama..ai keep my eyes around. Looking weather there's another boy is approaching other people or not. iskh...aku sgtla tidak paham..kalau bukan sbb sindiket...mmg la budak2 ni kene bg lesson sket. mr don idea was bwk bdk tu pi balai polis...ok yg ni tak terpk. 2nd...panggil security. yg ni ade pk jgk.

Kalau aku kesian dgn budak tu mesti aku dah hulur jgk. Tp nak jadik cerita...i dont have 5 ringgit. Alasan kukuh la kirenye....Kalau betul2 bdk tu xde duit kenapa keluar? sanggup dtg jauh2. Ok...tu tak salah. Tp yg salahnyer ko nak paw org dikkk. Itu yg tak betul. Bende ni jadi tabiat...smp bile2 nnt die akan amalkan cara mcm gitu. Dan sgt obvious...cara budak tu mcm dah biasa buat...bole? tu yg makin aku buat jiwa kental xde kesian2 dah. Nasib ko la dik.

Haiiii ape nak jadik dgn budak2 skrg nih?? Mira...kakak aisyah...ainaaa korang tgg k.dila smbg tazkirah pasal mende nih. hahahah tetiba? tak daya nak komen pjg2 lah. rasanya aku ptt ckp dgn management ikea supaya mane2 kids yg dtg mesti ade accompany by their parent. Kalau tak...ini la jadik nyer. Then i should speak up! sigh!

boring plak entry xde gmbr kan...
pesanan penaja : sila terima gmbr ini dgn hati yg terbuka...hehehehe..pls ignore the very amateur pose......10Q.

Sunday, June 28, 2009

BBQ

Ok..ni cite dah basi pun. Tapi nak story jgk. Last week on Saturday, chemah's family was hosting a BBQ day for a 2nd times eva. Participants (can call as it?) much bigger than before. Capasity of menu been reduce and increase. Depends on our guest. No picture from me, ai was bz with smoke all around the house. And keep on watching to both aris & mirul (pheww).

My official tugas that day was....menyediakan tempat untuk BBQ from beginning till end. Oleh kerana jarang2 buat, kami takdelah ready made punye. Sume kene dibuat. Associates with kakak aisyah...hehehe wajib budak nih. Die la runner nak beli arang...jaring...ape gih yek kak? Tu je kot. Idea mak was...we have to cut TIN MINYAK MASAK LAME, dan jadikan tmpt tu bakar arang etc sume la. Setel just in time.

Tepat kul 1 kakak aisyah dah excited nak bakar. Ok proceed. Ikut plan asal pas zohor. Tp kire ok la time tue. Nak idup api sume pun bukan senang. Hahahaha tetiba cam bengong plak...haittt camne nak start bakar nih kakak....Bakar punyer bakar..menyala jgk dannnn api bosar yeh...hahahaha. Bak kate daddy wafiq...korang ni nak BBQ ke nak membakar...hehehe..opsss tetiba syok plak dapat membakar kan. Lupe diri jab. Api sume cantik..walaupun besar..start dgn BBQ la...lapar dah nih. Almost over 1.30pm dah time tue. Pembakaran pertama dimulakan dgn daging yg dah dimarinatekan oleh kak lat. Resipi die curik jamie oliver.

Ade mcm2 lagi pembakaran terbuka yg berjaya dihasilkan. Nak tgk full entry dgn gambar warna warni bole click2 dkt link seterusnya.

Conclusion nyer...it went successfully. Endup with pool session bersama amirul, aris dan wafiq. Next time bole plan lagik. Tapi tunggu lagi setahun la yeh :-d

~ KAK LAT AKA CHEF OF THE DAY
~ MUMMY WAFIQ

Friday, June 26, 2009

Tag yg bertajuk FULL OF LUV

Cam biasa la...byk2 tag aku dpt dr puan shima. Aku dapat tag aku bg die..die bg aku...heheh sharing is caring kan dude.

1. Bekas kekasih saya adalah : DONT WANT TO MENTION...THE REST IS HISTORY
2. Saya sedang mendengar : TAKDAK..SUNYI SEPI JE NIH. MALAS PULAK NAK ON ONLINE RADIO
3. Mungkin saya patut : COTI-COTI MESIA...KL~TAWAU WORTH RM62 JE FOR ONE WAY. BIAR BETUL DOWH....
4. Saya suka : EVERYTHING WENT WELL
5. Sahabat-sahabat baik saya : ADALAH MEREKA YANG MENGINGATI SAYA
6. Saya tak paham : BILE FAKTA DIPUTARBELITKAN
7. Saya kehilangan : ABAH DAN ATOK...MANY YEARS BACK
8. Ramai yang berkata : KO NI BZ MANJANG LORRR
9. Makna nama saya : NOR ADILLAH ~ CAHAYA KEADILAN (I LUV MY NAME)
10. Cinta itu adalah : SWEET LIKE CANDY
11. Di suatu tempat, seseorang sedang : CONCERNTRATE DGN FB..AHAKSSS KANTOIII....
12. Saya akan cuba : MENJADI SEORANG ANAK YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN IBUNYA
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : ETERNALLY
14. Telefon bimbit saya : NOKIA
15. Bila saya terjaga dari tidur : OWHHH DAH PAGI KE????
16. Saya paling meluat apabila : TOO MUCH EXCUSES
17. Pesta/Parti adalah : RAMEI NYER ORG...SESAKKKK!
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : PALING COMEL YEK...PENGUIN...PINGU..AHAHAH
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : ZAMAN SEKOLAH...TIME ABAH, ATOK MASIH ADE
20. Hari ini : OK...TERLMBT BGN..TP MAINTAIN JE. DGN ARAPAN, JGN LA JAMMED SATGI
21. Malam ini saya akan : NO PLAN...LEPAK TGK TV/SURFING TENET...MAIN GAME
22. Esok pula saya akan : KERJAAA LOHHH
23. Saya betul-betul inginkan : BLESS
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : MASIH NOR ADILLAH DAN BUKAN ANGELINA JOLIE..HAHHAHA
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : 2-2 SUKAK
26. Makanan Barat atau Jepun : BARAT
27. Bilik yang terang atau gelap : TERANG...RABUN2 TAK ELOK BGELAP. MUDARAT MATA DEN NI HAAA
28. Makanan segera adalah : FAST FOOD
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? BWK MOTO ELOK2 YE :-d
30. Siapa yang anda mahu Tag?
KAK LAT ~ LIST WAJIB.....DAN IEDA ~ REDAKAN STRESS ANDA DGN TAG

setellll...

Monday, June 22, 2009

Kolej VS Uni

Tergerak nak buat komentar pasal both kolej & uni sebab...ade byk jgk perbezaan yg amat ketara telah didiscover.

KOLEJ
  • capasiti dlm kelas bersaiz sedikit...macam zaman sekolah. ade ketua darjah..bla tu bla nih
  • lecturer yg bole kenal setiap student die. siap bole igt nama lagik
  • lecture hour pendek (1 to 2 hours je kan...tak silap la)
  • class will looks like class ~ paham ke???
  • assignment byk individu task
  • subjek tuk setiap semester dah ditentukan
  • j/masa satu2 semester agak pjg sket ~ agaknyer la kan
  • ade uniform...hehehe dulu la..skrg takde dah
  • during exam ~ lecturer tolong tueee hahaha...ok ade sapa2 nak komen?
  • soalan exam...quite straight forward...rasanya laaa.
  • text book...ade yg ade..ade yg xde. lecturer mmg guna handout yg kolej provide time kelas
  • BIAS sket ~ part nih cam sensitive issue jgk...sapa2 nak komen?
UNI
  • capasiti student ramai...lecture hall (merasa jgk akhirnya)
  • lecture hour 2-3 hours straight....berasap kepala yeh...
  • sgt berdiri di atas kaki sendiri...everthing must do urself
  • lecturer yg sgt fair n square...ok i got one lecturer last semester..she is sooo so straight
  • dont be bother if lecturer cant remember ur name..ramai seyyy camne nak hafal sume
  • assignment both...group and individu
  • subjek tuk semester...ur choose urself & faculty will give a guideline ~ 1st sem aritu aku cam lost kejab...ehhh pesal kene buat sendiri nih..okkk i have to admit it.
  • 1 semester rasanya mcm..sgt cepat berjalan. sgt2 cepat...
  • exam ~ sgt mencabar...soalannnnn sy sgt pening kepala mau jawab. Pusing2 smp pening. Kdg2 lecture dlm english tp exam dlm malay??? ok huru hara donia. Senior2..sila jawab...adakah ianya praktikal?
  • time exam..bukan cam kolej ye. lecturer bole kasik hint2 sket. lagi die bg formula pjg berjela. dah warning time kelas pun. Do ur exercise regularly!
  • text book + handout from lecturer itself..byk jgk....ade yg guna buku ade jgk yg bwk handout sendirik.
  • BIAS ~ susah nak jumpe
Fakta diatas mungkin sebahagian je. Sebahagian lagik tunggu aku dah grade nnt yeh. Ada perbezaan jgk diantara full time dan part time student. Kondisi aku skrang...merasa 2-2. Hazabbb sket tuk part-time nih. Kerja private kan...wat do u expect. Bile ade kelas + bz keje + nak exam = aku tak bole nak duduk dah. Sebab...masa tak cukup nih. Satu masa rasa cam sume nak buat. Tetapi..dlm sehari cume ade 24 jam je. Kene la pandai2 manage time. Awal2 dulu aku mengalami hour shock. Hahahha...tak reti nak agih time. Skrg ni getting better la. Dah bole overcome masalah2 yg ado walaupun kekadang huru hara jgk.

Ade sesetengah org berpendapat...lecturer ngajo part time ni lebih tolerate dgn student...YESS tp ade jgk yg terpaksa straight forward. Lecturer pun nak jg standard yg uni dah beri. Tp dikalangan student sendirik ade yg suke amik mudah. Maksudnyer...bile ado assignment group ramai bg alasan klise mcm bz la, byk keje kat opis. Ok...sume pun mcm tu jgk. Jgn suke take for granted. Last sem aku mengalami masalah group member mcm tue. Cara nak overcome...aku ckp...fine...mcm die sorang ade yg keje kan. Takpe..u not doing ur assignment, and u will not get any mark for it. Deal. Masing2 dah besar..bukan lepasan spm 18-19 thn lagik ye. Tanggungjawab beb...tanggungjawab.

Opss terbebel sudah...bukan itu cerita sebenarnyer. Hehehe. Lari tajuk pulek. Overall...penah rasa nak give up...nak stop study part-time. Tp buat jiwa kental jgk...kene byk motivasi. Perati jgk classmate mane yg dah berusia (over 30-40 years) masih gigih dtg kelas...aku yg muda lagi ni pehal pulak nak keluh kesah mengenang nasib. Tambah2 lagi yg ade tanggungjawab, anak bini..laki...dah sah2 aku bujang lagik. Ade pulak yg tgh pregnant. Ok je. Jadik...aku bermotivasikan diri dari situ. Selalu aku beringat...takde sapa paksa tuk smbg blaja nih. Dtg dari diri sendiri..buat la utk diri sendiri dan bukan utk org lain. InsyaAllah...mtk2 lagi 3 thn aku grade yeh. Aminnn

Tuk budak2 yg nak masuk blaja..dan amik full time, sila2 la hargai masa anda. Sy sgt jeles kerana anda blaja full time sedangkan sy tidak bole berbuat demikian ~ pesanan khidmat masyarakat ~

Sunday, June 21, 2009

TAG Shima

Got TAG from her..ok...lets seee

Peraturan untuk menerima award ini adalah :-

1. Copy badge Award n paste kat blog anda..

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

Puan Shima ~ Salah seorang rakan karibku (back then in ipoh) sehingga skrg.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag) :

  • Tulen KL (Proven!)
  • Fair n Square (insyaAllah smp bila2)
  • Agak detail..sedikit la.
  • suke membebel kalau kene gaya (kan kak lat kan)
  • susah mau marah maaa tp skali meletup...harap maklum!
  • hobi terkini...ngamek gmbr tp malas edit (edit2 bole pas kat puan shima)
  • surfing internet
  • layan movie/wayang
  • windows shopping
  • baca novel
4. Anda perlu memilih penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

The Blogger Award Friendship goes to :
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda".

oooo kene keee??? hehhehe

Monday, June 15, 2009

Aktiviti Lepas Exam

Kunun release tension la nih..kunun nyeee. Abih je last paper smlm terus grab camera dan jln merata. Masa buat exam pun kepala otak nih duk igt....abih exam nnt nak balas dendam la. Hahahaha bole? Mcm2 plan dah. Tahan ngabihkan exam je. So skrg suda coti..syiokkkk. Ok sok mau pegi mane plak heheheh...



oke...harus la jaja gmbr sendrik...ini namanya CLS TAU KAK LAT....TP BACKGROUND GELAP SBB LIGHTING BELAKANG TAK MEMBANTU. Nak tgk yg cun kalau nnt aku carik dlm sd satu lagik. Tp ni pun kire cun jgk kan......;;) haittt kasi chance la yeh.

Friday, June 05, 2009

Before Next Week

Meh melayan tag dari Shima.

1. Nyatakan Usia Blog Anda...

~ Usia blog ni dah 4 tahun sebulan lebih sket

2. Terangkan kenapa anda berblogging...

~ tiada specitic reason. suke2 je benornyer

3. Nyatakan blog pertama yg anda baca...

~ oleh kerana dah terlalu lama...maka dgn itu tak dpt la nak igt blog sape yg jadi bacaan pertama

4. Letakkan Entry pertama dlm blog anda...

~ tajuk nyer CAMERON HIGHLAND view >> here

5. Huraikan Entry tersebut..

~ pasal nyer...trip gi ke sana yg aku suke banget... pendek je pun story nyer tp mmg aku suke CAMERON HIGHLAND. Kalau byk duit..akan kubeli satu rumah dkt sana..hehehe brangan ok

6. Letakkan 1 picture dlm blog anda yg anda suka...

adeke satu je...ade byk woooo!

7. Harapan anda terhadap blog...

~ Harapan saya adalah marilah kite bersama2 memberi sokongan kepada cik kiah utk merealisasikan impian penduduk kampung pergi ke kuala lumpur untuk menonton sukan komanwel...idup cik kiah...hahahaha. Ni ape arapan daaa... mcm nak berucap tama pulek...

8. Pada sape anda nak tag...?

~ ade2...kepada
KAK LAT aka MAK USU dgn arapan sila buat dan air tembikai aku mane kak lat?

Monday, May 25, 2009

Yum! Yum!

Haa...tu la yg Amirul sebut bile mak teh belikan kek tuk umi die. One slice je la tp..huahahahah. Eh cukup la kan. Total ade 3 slices. Elok je umi die letak atas meja...duduk2 kejab. Mirul pun sibuk2 kan diri panjat meja nak tgk ape mende. Smp terbalik kotak kek tu. Sambil2 tu die sebut YUM YUM. Ade la perkataan lain die sebut tp dlm bahasa yg mak teh tak paham. Yg phm tu je la. Oooo mirul nak makan kek la yek. Mtk kat umi kamu yeh. Sesambil umi die menyuap kek...die main hp mak teh. Die layan borak dgn mak usu. Huahahah..mane ckp sgt pun. Dok terbelek2 je lebey. Acting mau lebey ok. Mcm lagak BOS. Tak boleh blah. Si adik plak keje nak menyelongkar paper bag je. Kan dah kantoi mak teh churik umi ko punyer hanger satu. Hehehehe halal je la ek. Adik badik. Hahahahahaha. Lepas mirul borak dgn mak usu...turn adik plak. Adik...gelak je lebey. Die eran agaknyer cemane org nyer takde tp ade suara. Layan je la. Abih mkn kek 2-2 kene masuk tdo. Mak teh plak nak konker tv. Asik je la kartun mirul je. Haitttt.

Adik...wording paling famous die...nak...nak...nanakkk...bahhhh. Maaa....mak teh dah betulkan sebut umi...lagi mau sebut maaaa. Mirull wording famous die...What's that!..Okkowww...Atteke! Hahahah..ok...die je yg paham apekah maksud nyer itew. Gasak korang la. Asalkan bahagia.

2 pek'ell budak2 ni yg mak teh dah nampak;

Mirul..tak bole kene tegur nnt die melawan...especially dgn umie die. Baru mtk die lap tgn dkt towel lepas cuci die membebel2...umie die ckp...agaknyer mirul jawab "iye laaa tauuu" hahhahahaha. Kecik2 dah pandai menjawab ye mirul. Kalau die nak mtk ape2 yg agak2 tak lulus dgn umie, mak teh, mak usu...die akan mtk dgn mak ngah. Sbb mak ngah sume die bg. No..no..no...

Aris...hohoho ini budak sgt kuat merajuk ok. Lepas tu penuh drama. Tak bole tak dpt mesti nak je. Aritu merebut toys dgn abang die...tak dpt plak. Haa...siap...drama yek..drama air mata. Bile dah dpt bole tukar jadik senyum terus. Aris ni ade gaya gengster sket. Gaya die jalan...pandang org..lengkap. Tak padan dgn kecik die tue ok.

Bile 2-2 ni main sama2...wahhh haru biru jadiknye. Kejab nak yg si abg..kejab adik nak toys abg. Mak usu..sila lah layan yeh. Mak teh larat layan kejab je. Lama2 nnt mak teh plak rasa nak mkn korang...huahahahah. ok sila abaikan....


hah! gmbr ni bukti nih. umie deme yg mms mak teh. di kala org sume tgh bekerja, dtg dua beradik ni dgn rajin mengemas bilik mak teh dan mak usu. sonok ye dikk! while amirul tunjuk behave jer...ye ke???

Thursday, May 21, 2009

KLCC Outing

To fullfill birthday boy punyer leisure time, umi die dah plan bwk gi jln2 klcc. abis sume terjebak. ok...aku mtk cuti last minute sib baik dpt, lat pun sama. Tapi ade sorang tu buat bohong sunat semata2 nak ikut berjalan. Hehee sapa tu agak2nye

Masuk Aquaria KLCC, birthday boy sgt la excited. Mulut nak bercakap je. Tp adik...hurm agaknyer time die tdo. Keje nak ngamuk je la. hahahaha klakar la ko ni dik. Tgk aje la gmbr2 nih. Cite lebey2...karang je la. Malas nak buat esei.

owh...amirul dah tak takut sama lilin yg menyala.
2 in 1 cake

golap gelita dlm nih...abih push higher iso dah nih
panas nyer umangaiii
skali salah entrance daaa

HEPPI BIRTHDAY MIRULLL!!!!!!!


Wednesday, May 20, 2009

Tension kerana...

Modem rosak lagikkkk! Grrrr rasa cam nak ku campak2..ku baling2 aje modem tue. Padahal baru je beli bulan 1 aritu. Tu pun pasal menggantikan modem yang ROSAK jgk sbb disambar petir. Aduhhh patah kaki gue. Bole tak time ni la aku nak buat assignment dan perlukan internet. Haittttt. Persoalan nyer...cemane bole rosak? Ater aku guna pun berhemah. Tak sempat kene baling pun. Heh!

Cemane tau modem tu rosak. Dari inspection yang aku buat...line streamyx xde masalah. Sia2 aje la budak TM tu kene marah ngan aku. Hahaha..customer always right kan...modem tu plak pandai berlakon. Sume lampu menyala tapi DSL je tak. Lampu lain sume sibuk blink2..liplap2..bole tak satu je nih duk bergelap siang malam pagi petang. Buat testing sendiri. Pinjam opis nyer modem. Tgk2..eh...menyala plak DSL nih. Tak bole jadik nih. Bawak plak modem aku gi opis. Test guna line opis dan.......tak menyala jgk. Arghhhhhhh mmg bodooo tau. Line opis mmg ok je. Modem opis pun bih kurang rupe cam modem aku jgk. Dan kenapa DSL je yg tak menyala. Kalau nak rosak pun kasik la sume lampu kong ke. Terbakar ke. Baru la thrill. Ni tak. Heh!

Nak return pun..resit tah kemane2 aku campak. Biasanya bile bab2 gini aku mmg simpan resit. Puas selongkar tak jumpe. Grrrrr bikin terbakar je. Rasa minggu lepas adalah kemas2 sket. buang pepe yg ptt..takkan tercampak kotttt. Alaaaaaa leceh betul laaa. Beli baru cam membazir je. Nak pinjam modem opis...kabel notebook aku rosakkkk. Kene pakai wireless je. Arghhh tension...tensionnn

Tarik napas sat...think! think!