Monday, October 19, 2009

Butang Baju Aku Mana Pah???

Kepala otak mcm jammed sket...meh layan cite ni.....


tiada maksud tersirat pun waima sy pun blum kawin lagik...cume...tersangat la minat dgn dialog dlm petikan nih...10 kali tgk pun bole gelak tak hingat donia. Oleh kerana minat nau dgn dialog tue...sanggup dwd (opss) kot2 la time boring bole tgk kendian gelak bahak2 sorang diri. Kalau dkt astro mmg byk kali dah ulang tayang. Masih tak jemu2 nak tgk pun...kenapa yek?

mengulas pengharaman cerita 'minta nombor ekor' - dipetik dari filem ragam P.Ramlee

punca mula 'minta nombor ekor' ini ditahan kononnya bertentangan dengan agama, tetapi saya fikir tidak ada salahnya kerana itu adalah menggambarkan kejadian yang sering terjadi dalam masyarakat kita. 'Minta nombor ekor' bukan lagi perkara luar biasa tetapi kerajaan sendiri telah meluluskan 'Tiga Digit'. Kalau semua mau yang baik saja ditunjukkan tentu sekali masyarakat kita tidak akan kenal kepada kejahatan-kejahatan yang pernah berlaku dalam masyarakat kita hari-hari. Lagipun ini merupakan satu penekanan kepada filem Melayu kalau perkara ini berpanjangan, ini tak boleh, ini haram, itu tak boleh, itu haram, sampai bila pun filem Melayu tak boleh maju atau mendapat sambutan. Ada saja babak-babak yang tidak disukai oleh ulama terus saja dipotong, dan orang ramai kata orang Melayu tak boleh buat filem yang betul-betul konkrit. Mana nak konkrit kalau sana sini kena potong. Memang benar dalam satu-satu filem itu agak dilebih-lebihkan lakonannya, kerana filem dan kehidupan biasa adalah agak berlainan. Apalah lagi kalau Filem itu merupakan filem hiburan dan mengandungi kiasan-kiasan" ~ P.Ramlee

Utusan Film and Sport, 6 Februari 1965

3 comments:

hacienda-hyacinths said...

dilla , ade sorg budak praktilak kt opis aku nih..name latipah..budak2 ni menyakat die dgn dialog ko tu ha... hahahha

aNoY said...

hahaha...sian kat bdk tue..mesti menyamfah kalau dah ari2 dgr dialog sama je.

Zana S said...

ko memang weng!