Ini ape kes nih???
KUANTAN: Pembantu rumah warga Indonesia yang cuba meracuni majikannya berusia 77 tahun dengan mencampurkan racun rumput dalam makanan tengah hari dan minuman mangsa di rumahnya Indera Mahkota 5 di sini, Julai tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun, semalam.
Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu sebaik tertuduh, Nurhayati Ahmad, 22, dari Lombok, Indonesia membuat pengakuan bersalah.
Siti Aminah juga memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 16 Julai tahun lalu.
Nurhayati didakwa memasukkan racun ke dalam makanan dengan niat yang boleh menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah di Lorong IM 5/14 Bandar Indera Mahkota di sini, jam 1.30 petang, 16 Julai tahun lalu.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, majikannya, Jaharah Daud, pergi ke dapur rumah bersama tertuduh yang baru sebulan bekerja untuk makan tengah hari.
Mangsa yang meminum air kopi dihidangkan tertuduh berasa pahit dan mendapati minuman itu berbau selain bertukar warna kelabu. Anak mangsa berusia 47 tahun yang kebetulan berada di rumah berasa tidak sedap hati sebelum memeriksa sup sayur dihidangkan tertuduh dan mendapatinya berbau racun.
Mangsa dan anaknya kemudian mengesyaki makanan dan minuman itu sudah dicampuri racun dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini. Tertuduh ditahan jam 5.15 petang hari sama dan polis merampas dua botol racun di dapur rumah berkenaan.
Terdahulu, tertuduh melalui peguamnya, Mohd Fadly Hashim memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan berikutan rasa menyesal dengan perbuatan dilakukannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
source : berita harian, 03 Nov 2009
Tak yah nak bela lah. Dah kuar penjara sok anta balik indonesia, black list kan terus dari masuk Malaysia. Kerajaan Malaysia terlalu byk berkrompomi dalam hal berkaitan warga asing. Lambakan warga asing yang masuk secara legal mungkin tidak patut disemak semula tetapi kegiatan dan kedudukan mereka di Malaysia yang tidak secara legal perlu disemak setiap tahun. Malaysia mcm dah jadik charity home plak. Budaya mereka, warga asing pun dibawa masuk skali ke Malaysia....lebih teruk, diamalkan tanpa segan silu. Warga asing bertaraf 'expatriate' mmg mempunyai nilai caj yg tinggi sepanjang sara hidup di Malaysia. Bagaimana pula warga asing yang bekerja secara haram dengan menggunakan pas pelawat atau pas pelajar. Lebih teruk, warga asing memperdayakan warga tempatan untuk mendapatkan taraf warganegara iaitu dengan cara berkahwin. Lihat saja dimana-mana, bertebaran warga asing yang tidak diyakini status mereka di Malaysia.
Kerajaan patut mengadakan mahkamah khas untuk membicara dan menempatkan pesalah warga asing. Perketatkan undang-undang supaya mereka tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya dinegara ini. Malaysia tidak perlu menutup pintu kepada warga asing tetapi sebaliknya harus mengutamakan keselamatan rakyat khususnya. Rakyat sendiri merasa kurang selamat berada dinegara sendiri.....
No comments:
Post a Comment