Monday, October 19, 2009

Butang Baju Aku Mana Pah???

Kepala otak mcm jammed sket...meh layan cite ni.....


tiada maksud tersirat pun waima sy pun blum kawin lagik...cume...tersangat la minat dgn dialog dlm petikan nih...10 kali tgk pun bole gelak tak hingat donia. Oleh kerana minat nau dgn dialog tue...sanggup dwd (opss) kot2 la time boring bole tgk kendian gelak bahak2 sorang diri. Kalau dkt astro mmg byk kali dah ulang tayang. Masih tak jemu2 nak tgk pun...kenapa yek?

mengulas pengharaman cerita 'minta nombor ekor' - dipetik dari filem ragam P.Ramlee

punca mula 'minta nombor ekor' ini ditahan kononnya bertentangan dengan agama, tetapi saya fikir tidak ada salahnya kerana itu adalah menggambarkan kejadian yang sering terjadi dalam masyarakat kita. 'Minta nombor ekor' bukan lagi perkara luar biasa tetapi kerajaan sendiri telah meluluskan 'Tiga Digit'. Kalau semua mau yang baik saja ditunjukkan tentu sekali masyarakat kita tidak akan kenal kepada kejahatan-kejahatan yang pernah berlaku dalam masyarakat kita hari-hari. Lagipun ini merupakan satu penekanan kepada filem Melayu kalau perkara ini berpanjangan, ini tak boleh, ini haram, itu tak boleh, itu haram, sampai bila pun filem Melayu tak boleh maju atau mendapat sambutan. Ada saja babak-babak yang tidak disukai oleh ulama terus saja dipotong, dan orang ramai kata orang Melayu tak boleh buat filem yang betul-betul konkrit. Mana nak konkrit kalau sana sini kena potong. Memang benar dalam satu-satu filem itu agak dilebih-lebihkan lakonannya, kerana filem dan kehidupan biasa adalah agak berlainan. Apalah lagi kalau Filem itu merupakan filem hiburan dan mengandungi kiasan-kiasan" ~ P.Ramlee

Utusan Film and Sport, 6 Februari 1965

Friday, October 09, 2009

Arak Pembunuh Senyap

Artikel dari berita harian bertarikh 09 Okt 2009, click utk full entry

Alkohol memudaratkan kesihatan, punca pelbagai gejala sosial

Hakikatnya, Islam mengharamkan umat Islam meminum arak kerana minuman yang dilabelkan sebagai air kencing syaitan itu mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, justeru wajar bagi manusia waras menjauhi sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat dalam kehidupan mereka.

Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman, berkata arak adalah minuman beralkohol yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu yang meminumnya.

Katanya, kesan berkenaan terbahagi kepada dua, iaitu kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang yang kedua-duanya amat tidak baik kerana boleh mencetus kepada gejala sosial dalam masyarakat.

“Pengambilan arak boleh menimbulkan kesan negatif kepada individu yang mengambilnya. Kesan jangka pendek dapat dilihat dalam 24 jam ke 48 jam pengambilan. Apabila individu mengambil alkohol, otak tidak dapat berfungsi dengan baik kerana sudah dipengaruhi kesan alkohol.

“Kesan berkenaan menyebabkan individu tertekan, tidak dapat berfikir dengan waras seperti hilang rasa malu, hilang kawalan diri dan boleh bertindak di luar keadaan yang normal seterusnya mendorong mereka melakukan tindakan yang tidak wajar,” katanya.

Dr Ramzisham berkata, kesan jangka panjang pula boleh menyebabkan organ dalaman mengalami kerosakan dan ketagihan berpanjangan kepada individu berkenaan. Selain itu, ada banyak komplikasi lain lagi yang akan berlaku kepada organ dalam badan.

“Lazimnya, kesan jangka panjang menjadikan individu peminum arak mengalami sindrom halusinasi dan ketagih meminum arak yang boleh menyumbang kepada kerosakan otak dan urat saraf.

“Kesan pada jantung yang amat merbahaya akan juga berlaku. Keadaan ini dinamakan alcoholic cardiomyopathy yang mana keadaan jantung akan menjadi lemah dan dalam tempoh masa tertentu akan menyebabkan ia gagal berfungsi,” katanya.

Beliau berkata, kesan alkohol terhadap organ badan manusia terlalu hebat dan mampu merosakkan hampir keseluruhan organ utama dalam badan tanpa mengira jantina.

“Usus dan hati juga termasuk dalam komponen organ utama. Kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Penyakit lazim yang akan berlaku kepada hati jika mengambil alkohol ialah radang hati.

“Apabila berlaku radang hati, lama kelamaan akan berlaku ‘cirrhosis,’ iaitu apabila berlaku pengambilan alkohol hati boleh menjadi bengkak. Setiap kali bengkak, hati akan mendapat kesan parut. Akibat ada kesan parut berkenaan, ia akan mengecut dan fungsi hati akan terganggu,” katanya.

Dr Ramzisham berkata, apabila keadaan ini berlaku, hati kurang berfungsi serta darah berkurangan di kawasan berkenaan lalu menyebabkan salur darah pada bahagian perut dan esofagus akan kembang serta bengkak seterusnya bakal berlaku pendarahan serius.

“Hati menjadi rosak dan tidak berfungsi. Usus juga akan mengalami ulser seterusnya dalam jangka masa panjang, ia akan merebak menjadi kanser perut. Kesan lebih dahsyat kelenjar pankreas juga akan membengkak, menjadi keras dan rosak.

“Pankreas berfungsi mengeluarkan rembesan untuk menghadamkan makanan, mengeluarkan insulin dan jika insulin tidak cukup dikeluarkan, individu berkenaan akan mendapat penyakit kencing manis, mati pucuk (bagi lelaki), salur darah rosak, tidak subur dan pada masa sama akan menyebabkan daya seks menurun,” katanya.

**Tak tau ler ape yg sedapnyer air arak ni. Bau pun agak tak sedap. Tp tetap menjadi pujaan mereka2 di luar sana. Berdasarkan kisah benar, diakui sendri oleh Mr. A bukan nama sebenar, berusia lewat 30-an, simpton2 sakit seperti diatas mmg telah dirasai. Dan kerana memikirkan kesihatan lebih penting, beliau telah mengambil tindakan drastik utk mengurangkan dan cuba utk mengelak mengambil alkohol. Walau pada hakikatnyer, agama beliau tidak melarang tetapi atas faktor kesihatan beliau memutuskan mengambil tindakan yg terbaik utk dirinya dan keluarga beliau. Kalau mereka yg sah2 tidak dilarang mengambil alkohol ni bijak berfikir utk kepentingan diri sendiri, kenapa yg beragama islam ni tidak mengambil pendekatan yg sama? Seronok itu bersifat sementara sahaja. Berfikir lah sebelum bertindak.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Saturday, September 26, 2009

Family Photo

Bile raya puasa...ngamik gmbr family photo mcm dah jadik acara wajib. Walaupun......kadang2 tak cukup korum. Tetap amik jgk mane yg ade. Seperti taun2 seblom nyer, family che mah antara yg paling jauuuuhhhhh skali rumah nyer adalah yg terakhirrrrr sekali smp umah nenek. Hahahaha standard la kan. Mesti kene tgg jgk kami2 nih smp biarpun lewat cemane pun. Pasai che mah kan kakak....tetiba2 plak kuar kuasa veto kakak tu kan.

Dlm family kami yg ade kamera godang nih 2 org. Daddy Wafiq dan sy le kan. Kami kene standby position mane mau duduk berkumpul dulu...adjust kamera mane nak placement kan. Dan...kami jgk ler yg dudk di ujung2 gmbr. Sib baik masuk frame jgk. Hehehe....Seronok meh...bergambar ramai2 walaupun kdg2 nak handle tu agak rumit sket. Ye laaa sapa mau duk sengih selama 30 minit tanpa henti kan. Lagik plak dgn aku ni kejab2...chop2 tukar bateri flash kejab...chop2....carik tripod kejab. Hahaha redhakan je la. Ater...raya kan mane bole mau temper2 ye dok.

Acara bergambar ni akan jadik dkt umah nenek je. Kalau masing2 dah berpecah destinasi tp jumpe dkt satu rumah yg sama pun..feeling tak sama dgn amik gmbr dkt umah nenek. Pasai satu sebab...umah nenek besarrrrr. Nak kate family kami ni besar...pun tak jugak la. Atuk dgn abah dah meninggal almost 8/10 thn lepas. Mak ade 5 org adik badik. Menantu nenek yg tinggal 4 org (exclude abah yg dah meninggal) cucu plak ade 20 orang...betul ka??? hehehe cucu menantu ade 5 org dan cicit nenek ade....6 org. Fuiyooo nenek...byk kene bg duit raya tuee hahhaha. Eh korang yg dah kawin bukan kene kontra keee :-p

Ape2 pun...raya is the best day to gather everyone. Bile tgk family photo akan getting bigger and bigger smp ler tak muat frame. Wide lens ade...bole pinjam kan en don. Heheehe tetiba? Mari tgk gmbr plak...

whole family (yg tiada dlm gmbr, k.jana's family, Ela's family and Fazley's family)
the cousins (cucu nenek) and the cicits (exclude yg tiada dlm gmbr seperti diatas)

bigger view bole click2 di SINI

Wednesday, September 23, 2009

Gambar Klasik Raya

"Kredit : Gambar ini diambil dari flickr mr don"
"Kredit : Taken by k.lat"
*no doubt, bukan sy yg meng'edit' gmbr ini. Dah tentu2 la en don kan. Kalau ler sy yg meng'edit' gmbr, confirm tak jadik rupe mcm ginih nyer.
**langsir baru cek mah jadik b/ground gmbr..hehee
***halamakkkk...en don tak pakai samping ler. lengan pun lipat tinggi je nih!

Tuesday, September 22, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Dah raya lerrr...meriah2. Walaupun ujan, sib baik tak banjir. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

*layan gmbr lagi besh kan


Friday, September 18, 2009

2nd Trial ~ Kak Liza || Kuantan

Title atas nih...dgn gap 1st trial sebenarnya tak jauh sgt. Lebih kurang sebulan kalau ikut date asal. Tapi cerita cerite ni nak dikeluarkan dah makan setahun. Bz bangat la kunun kan. Feel tak mari mau cite sebenarnyer. In fact gmbr tuk 2nd trial nih pun baru2 je upload dkt fotopages. Memang kategori teruk tul aku nih. Takpe2..cerita2 nih utk sharing sahaja, tiada tujuan lain. Ok let me proceed the real story behind.

As usual lah...sy adalah mengikut en don pi buat keje. kali nih bertiga pula. another guy was his BIL. Kalau lebih dari 2 org..mudah la keje. Sorang pi lari kut ni..sorang pi kut tu plak. Yg paling2 amateur dah tentu2 la saya. So spesific task tiada. Sy akan rembat ikut suke. Day 1 adalah acara nikah. Di buat pada belah malam. So ptg tu dah standby di rumah pengantin, amik gmbr hantaran gedebak gedebuk. En don murah ati nak bg sy pakai lens....tak pasti lens ape tp yg sure sgt...lens itu adalah berat. Lenguh tangan nih. Tp sgt menarik lens itu (zoom lens kot). Dan ianya lens jenis VR. Ater tgn gigil2 pun bole tekan jgk. Kali ni kurang rasa segan sket. Ye la...mungkin sbb dah jadik 2nd time. Cube pes time dulu....gigil kepala lutut sume lah. Dengan penuh iltizam...utk memperbaiki kekurangan yg dpt dikesan masa wedding pertama...be well aware with all surrounding. PEKA.

Sblom setart majlis, mcm biasa la....setting sy akan dicheck oleh en don. Kendian tips sikit2 tuk diguna pakai sblom, semasa majlis. Memula amik gmbr hantaran...hehehe oleh kerana batery flash kong...gambar agak gelap malap sket...hahaha alasan ok. Overall, still can handle. Bende tak gerak mmg le bole handle. Cube bermain dgn pusingan flash yg bermacam2 rupe. Fault...salah fokus, angle kurang menarik...itu biasa utk seorg yg baru beberapa bulan pegang dslr. Tp tak mengapa.....hehe. Kene ade try n error. Kelakar jgk bile ade 3 org yg pegang kamera godang nih. Posisi sume dah berpusing2 mcm buat pusingan. En. Don sgt particular pasal itu. Kepantangan bg die apabila sume berkumpul setempat. He will definately ask to think! think! think! Itu yg rupe dah mcm pusingan bulatan batu caves.

Haa...ade satu time tu...pengantin dah siap2 make up..tinggal pakai selendang je, tetiba pengantin panggil aku nih...yee aku je...soh amik gmbr dlm bilik dgn kengkawan die saja. Hohohoho itu time aku dah gigil..cemane nihhhhhh aku dah le tak reti sgt lagik. En. Don kate piiii jeee amik jeeee....hasilnyerrr bole tgk kat fotopages nih. Kaler disitu agak fault. Sebab...xdan nak try n error flash...main pakai tekan je. Kakak2 ni sgt sporting dan ade direction sendiri. Keje aku tekan shutter je dan menyelinap di antara mereka. Mencabar sungguh...(tuk org seperti sy) tp dlm masa yg sama....seronok! Dah letih agaknyer kakak2 ni dgr aku duk repeat...sy tak reti nau lagik...sy cube ye. tak brape lama kendian..baru la masuk en don dan his BIL. Semasa acara nikah...aku tersepit tgh2.....cannot move around. Lagipun dgn title perempuan...ok aku segan ye. Tak pepasal nnt dpt teguran org mesjid, malu ai. Kedudukan yg tersepit itu sgt rapat dgn both pengantin. Dpt capture precious moment (harapnyer) tanpa byk halangan. Acara mlm itu bersambung pula utk majlis berinai. Pengantin tukar sepersalinan songket dan selebihnya family potrait.

The next day pula adalah majlis sanding die kelab golf tepi jln ape nama tah. Nak kate tema garden wedd...ade sket la. Dan...kedudukan pelamin adalah open. Ok...ini adalah kelemahan sy bila mane dlm keadaan sekelip mata perlu pandai tukar setting dgn kadar yg cepat. Ok...sy masih fault disitu. Indeed....tapi try the best je la. Abih sesi bersanding...ade plak sesi outdoor. Dkt mane tue...padang golf okeh....hahahhaha. Org masuk padang golf pakai kasut golf. Haku pakai sandal je. Haaa ni ade satu lagi fault utk aku. Kalau outdoor mmg prob sket. Tetiba jadik cam....cemane nak adjust nih. Over here and there....Aduhaiiii mmg tak reti nak control lagik. Hasilnyer....sy tidak byk amik gmbr outdoor pengantin. Yg ade pun sekadar testing. Utk pertukaran indoor ke outdoor...mmg jadik masalah besar....pick up tu agak lmbt. En don mmg tak menang tgn dah nak check setting ke hape jadah. Kene sendiri adjust dan sy mengambil masa sket utk itu. Mcm start dr A balik laa. Org lain dah nak smp Z pun.

Dah abih sesi merusakkan padang golf itu, berpindah pula ke pantai teluk cempedak. Pantai die cantik laaaa tp haku still tak pandai nak utilize kan angle menarik. Haiyoooo! Go back n practise lagik. Masa dokek pantai nih..aku dah alaa2 batery tinggal 2 takuk je lagik. Erti kate lain dah letih le. Letih segala mcm..Amik gmbr sikit2 (pasal sedar diri...outdoor aku failed) dan selebihnya peratikan en don dan BIL die bekerja. Knowing him (mr don) die sgt active dan lmbt mau penat. And somemore...selagi tak dpt ape yg die plan..he will never ask to stop. Unless pengantin yg kate cukup2.

Tuk 2nd trial nih, confident level dah sedikit bertambah. Dan...kene learn fast. Outdoor..indoor...outdoor and indoor balik. Selebihnya...kene blaja tuk carik angle menarik. Sy akan usahakan perkara itu.

In overall...xde pressure pun cume diri sendiri yg kurang berkeyakinan pada awal2nyer. Seronok mmg seronok amik gmbr wedding...dan letih nyer setimpal bilamana gmbr memenuhi citarasa dan kehendak. En don nnt ajak lagik ye :D

Tuesday, September 15, 2009

Down to Fever

Dah nak raya rupenyer.....tp feel tu blum mari lagik. Pasal??? sblom puasa dah demam. Masa puasa on/off jgk demam nyer. Paling teruk last week.....sbb ulser skali dan sgt haru nyer apabila susah nak mkn! Adoyaiiii perut nak mkn..tp mulut kata jgn la...kesian kat haku nih. Bubur dan taufufa je yg dibenarkan sepanjang minggu lepas. Dah la mengidam mcm2...ayam KFC la...ayam Nandos laaa ciessssssssssss sungguh. Dan arini...badan masih kepanasan. Camno nak rayo demam2 nih. Owh...ini demam masih blum ditahap H1N1 (alhamdulillah) hanya demam biasa je. Rekod tahun ni amik MC...walaupun sehari. Terlupa plak yg sabtu lepas aku keje...kalu tak bole mtk 2 ari. Iskhhh. Dan 3/4 thn xde amik MC...claim resit klinik pun tak penah. Sgt berdedikasi kan. Kebiasaanya kalau takat demam manja2 tu, telan panadol je. Agaknyer badan ni dah merajuk ler, asik je la telan panadol kan. Owh...sy adalah sgt malas mau pi jumpe doktor. Kenapa? tak tau la. Jumpe pun kalau rasa tak tertanggung dah. Erti kata lain dah kronik. Dan kerana semangat yg gigih juga...kelas pun tak ponteng aritu. Ptt rehat je dkt umah. Salah satu sebab nyer mungkin.... tak cukup rehat jgk kot.

Alhamdulillah...sakit ni pun rahmat dari-Nya. Ape2 pun kite perlu redha walau sakit mahupun sihat, Allah lebih mengetahui ketentuannya.

Sunday, August 23, 2009

Amirul || Aris

Sesaje mengedit gmbr budak berdua nih. Koleksi gmbr baru mcm....xde je. Tgg la mak teh ngamik gmbr depa nnt. Mencabar tul nak kejar deme berdua nih.

talent! nak dpt real pose dr mirul dah payoh. Die lagik suke melompat dari pose

lebar sengihnyer

fokus pada kamera ke pada mak teh???

Friday, August 21, 2009

Bulan Puasa VS Lemon Rosemary Chicken

|| Entry ini melibatkan gambar yang agak melampau. Harap maklum dan Selamat Berpuasa! ||

Bile tang bulan pose je, suke nak buat entry makanan...hehehe dugaan...dugaan....Nak review sket mengenai LRC atau nama penuhnyer Lemon Rosemary Chicken. Telah direkomenkan oleh cik Jamaliah, dan seblom2 ni ade jgk terbaca dlm blog2 lain yg pernah test ini LRC. Hasilnyer adalah positif dan memberangsangkan. Jadik oleh kerana sy adalah penggemar AYAM, tanpa rasa was2 atau ragu2 nyer terus mengorder 2 ekor LRC menerusi sms yg dilayangkan kepada kak Didi. Bersama-sama Baked Potato sebagai penambah menu pada hari itu. Haaa...kalau sekor je tak cukup plak nnt. Amirul dgn Aris ado...tambah lagik 3 org budak suke makan tue. Harus standby extra la kan. Gedebak gedebuk confirm bile mau collect sume bagai, terus zass ke Petronas Taman Melati. Dah collect dan masuk je dlm kete sekali....halamakkkk bau nyer terus buat rasa lapar. Haiyooo. Tak bole jadik nih. Sesampai je rumah...terus bukak, potong-potong dan makan laaa. Hehehe. Ape lagik mau tunggu2. Sume pun sudah lapar. Sorang chop nak peha, sorang chop nak kepak. Sorang chop nak isik je...ok itu sy. Sekejap je dah abih seekor ayam. Hehehe...meh tgk gmbr plak


xdan nak letak dlm pinggan kasik cantik2 pun

nampak itu lemon...harus la ade kan. kalau tak, tak cukup syarat le pulak

baked potato...laku jugek

portion kentang ni adalah besar

ayam ke-2...request utk lebih garing

sesi pembahagian.....kali ke-2

sila perhatikan isik ayam yang lembut itu....

dihidang bersama-sama salad dan tomato...baru ler perfect!

menikmati...
cara makan yang agak pelahap...wah over ko kak lat
2 org budak yg masing2 berebut sorang nak kepak, sorang nak peha
kesudahan nyer....licin smp ke tulang
mau order? sila amik no tertera atau pun click aje DISINI

In overall...LRC sgt lembut dan sedap. Berbaloi dgn harganya. Baked potato juga not bad. Pada yg nak test tu, jgnlah rasa was2 utk mencuba. Tak rugi pung. Boleh la order lagik lepas2 nih.

Setel!

Thursday, August 20, 2009

Aarghhhh!

Perkara yg paling tak disukai adalah apabila tertengok menatang itu. Eeeeuwwww...tgh menelek-nelek gmbr dari blog ini skali...nah hambik koooooo. Baikkkkk punyer. Corak Batik huh! Panjang plak tue...euuwwww geli geli. Takmo cite lebey...geli tahap maksimum....walaupun ianya hanya gambar sahaja. Tidak secara live....kalau live lagik matik la haku. Jgn la termimpi plak pasnih. Mintak simpang.

Tuesday, August 18, 2009

Dinner @ KLCC


more pict ade di sini dan juga di sini

owh...gmbr tuan punyer blog xde plak nih...sgt tak oke yeh
pic kredit to shima

sesi mentransfer gmbr secepat kilat. kalu tak nnt aku buat pekasam smp taun depan. harap maklum :d ptg tu kalu tak ujan...mmg confirm korang kene posing depan twin tower. next time la yeh.

Monday, August 17, 2009

S.E.T.E.M

Finally...dpt jgk tgk wayang (senyum...senyumm). Lepas jeles tak bole blah dgn cmba pasai die dah pi tgk dulu huhuhu. Carik jgk time lepas daftar dan amik buku dkt ukm aritu. Kalu lepas2 ni confirm tak dpt doh. Overall....storyline was simple and neat. Nak merilekskan kepala kenalah tgk cite yg bole gelak2 huhahuha. Back to the conclusion....sume pun nak menipu jgk last2 abuk pun tak dpt. Org tamak mmg selalu rugi kan. Scene yg paling tak boleh nak control gelak...the indian guy nak rompak mat posmen yg baru collect surat kat peti..mat posmen tu ty "nak yang kuala lumpur ke lain2 tempat" huargh kah kah kah kah...ni namanyer bendulllll. Lawak tullll lahhh. Ade scene lain lagik yg lawak jgk..tp yg paling berkesan itu la.

Puas ati dapat tgk wayang dah...senyummmm

Thursday, August 06, 2009

Cameron Highland Lagik

Hahaha kang ado plak yg menyampah dgn den ni ha asik je la pi CH. 1st entry den pun dah tajuk CH. Apo nak buek. Tempat dingin2 gitu mmg la menarik perhatian. Malang skali den ni ha bukan tahan sojuk pun. Kene aircond dah gigil, cemana nak pi united kingdom nnt. wahhh berangan itu penting. Xpe..yg penting semangat tu dah ade.

Ad-hoc planning..(yeke) pi panjat CH dgn mr don dgn tujuan satu je, nak ngamik gmbr cun2. Alang2 mr don dah ade, ini lah masanya nak ceduk ilmu. Ater kene marah pun cek pekak kan tinge je la (garang betul!). Target location...ladang teh dan jgk..mardi. Katenyer dkt mardi byk pokok bunga ros dan tomato. Lain2 pun byk jgk dan yg penting entrance fee murah. 3 hengget je. Kalau dkt satu tmpt tu (tak igt dah) byr masuk je dah mahai. Tgk pokok ros je pun. Tp aritu terperasan ade satu lagik rose centre yg tak penah dijejaki. Jalan masuk dkt pasar juai2 sayur. sesak..cemane la nak perasan. Takpe itu next time. Satu lagi tmpt yg sblom2 nih rasa xnak masuk iaitu...muzium time tunnel. Ni..atas permintaan mr don yg sungguh2 mau masuk. Sbb brg dlm muzium tu sume brg lelama. Mmg interest die le pun... ai oke je.

This is the reason why ai love CH. Roses...tea farm...greenn..(treatment mata), dingin....Cemane rupe org CH turun pi KL ke memane je la. Mesti resah gelisah panas sentiasa. KL mmg panas oke. Pheww!

tgh khusyuk ngamik gmbr daun teh.

pokok rose keliling...syokkkk. teruja betul.

Wednesday, August 05, 2009

Berderet-deret

Berderet-deret plak movie yg mcm best tuk ditgk. Tp masa plak tak cukup nak cover tuk tgk semua skalik. Antara yg mmg nak nau tgk......

aiyooo bile mau pi tgk nih....lagik mau tgk nih
and last but not least........

Tuesday, July 28, 2009

11111

Nampak ke tue???


Ni la mileage kete aku setelah berada diatas jalan raya selama....genap 5 bulan. Gud timing...mmg genap2 5 bulan. Consider byk gak nih. Adakah ini kerana tuan punya kete ni sgt rajin berjalan merata sehingga mileage makin lama makin tinggi dan takkan turun2...Hehehe. Sendiri mau igt la yek. Inilah yang dinamakan..keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Pic taken on 24/05/09. Sehingga tarikh tersebut, service dah masuk kali ke 3...patutnyer, tp terskip satu. Untuk tarikh semasa plak..lagi sebulan 2 kene service lagik la. Mileage dah 14+++....adeh...memang kene lenjan betul ko kan. Sila la berkhidmat untuk tempoh 8 thn lagik yeh. Moga2 panjang umo, minor2 je jgn smp major :d

Thursday, July 16, 2009

Selamat Hari Lahir



To both Mak & K.Lat. Date of birth adalah sebelah menyebelah. Setiap tahun jgk....kalau beli kek mesti letak 2 nama dan kalau dpt nak 2 jenis jgk. Tp itu susah nak dpt la kan. Mak suke cheese kek, tp td kate plak dah kurang gemar plak. So tak tau ape kek yg chemah suke skrg. K.Lat plak die....cokelat dulu kini dan selamanya. Tadi masa duk pilih2 kek..rasa cam nak try tiramisu. Bile dah tgk ingredient, tak jadik la sbb ade mocha+coffee ape tah lagik yg mana mmg tak laku la nnt. Sebab tak byk pilihan...amik jgk cokelat ape ke nama tah. Kate ade walnut bagai2. Sedap ke dok kene ty birthday girl la kan. Balance ade lagik tuk Amirul dan Aris. Pepehal pun dak kenit berdua tu kene perabih yg mana tinggal ok. Eppi besday to MAK & K.LAT. May Allah bless you both.

Wednesday, July 08, 2009

At Work!

Ini bukanlah aku at work at real world. Ini lain punyer at work. Kalau at work ini...mesti selingan amik gmbr sendirik la kan. Being a left-handed giving me an extra advantage. Bole amik self-photo mcm dlm gmbr bwh nih. Shutter mmg duduk dkt bahagian kanan. Tapi bile dr depan jadik blah kiri la kan. Tuk mereka2 yg right-handed agak susah sket la nak hambik self-photo mcm ni. Nampak background gmbr ini...nun sayup2 dibelakang adalah Masjid Ubudiah (hentam je nih) jenuh jgk carik lokasi ni sbb...local people je yg tau nak masuk kut mane.

Background satu lagik adalah...wedding session. Ni la baru kate at work. Ok..dah lama tak gi amik gmbr wedding nih. Sibuk ke hal lain...dan pertembungan jadual. Nampaknya byk gak wedding yg kene let go...tak bole ikut lohhh. Dah tumpul balik skill nih. Rasa cam nak holiday lah...sambil2 meneruskan hobi yg satu ini. Lama dah tersimpan dlm beg. Sian kamera aku nih. Dlm kepala nih sibuk duk plan 2-3 perkara...tp sume blum dpt start lagik. Coti tinggal sebulan je lgk nih. Eh..alaaa spoiler aku pun duk blakang kerusi lagik ape halnyer....haishhh satu2 okeh. Sila la tgk gmbr yg syok sendiri ni :D

Tuesday, June 30, 2009

AUTOBOTS ROLL OUT

I'M OPTIMUS PRIME......
Hahahaha kak latttttt....AUTOBOTSSSSS. Huahahahaha...gile ahhh. CGI yg mantop...sound system yg tidak mengecewakan. Durasi yg pjg. Ape lagik??? Optimus Prime makin power. Bumblebee is such a very good guardian to SAM WITWICKY. But i do hate itu Megatron and the most StarsScreammm...COWARD!

Some people might say...transformers : revenge of the fallen is not good enough...lame and etc. But not me...hehehhe. do i look like fanatic? nope i am not. The 1st movie is an intro to the real movie. may coming the 3rd maybe...starscream is still out there and so with megatron! Luckily Optimus is still alive. Opsss....(hahahaa)

The end of movie...nasib ler si optimus ni tak panggil autobots mai bumi dah. Hahaha haaa tu la, dulu die dok menjemput. Skali hambikkk.

Nak kate aku folo dari kartun...tak jgk. Dulu kecik2 tgk. Tapi tak la wajib tgk. Tp ultraman aku tgk yeh. Hahahaaa skrg je tak. Tah pape tah. Segala tok nenek ko kuar...tak paham doh. Masa 1st movie kuar..tak la rasa mesti nak tgk. Rasa biasa je. Tp mr. don is the most excited nak tgk...cam kali nih jgk..almost cinema was fulled house. Aku maleh nak beratur pjg2 beli tiket...ater zaman muda2 dulu bole la. Skrg...teknologi di hujung jari anda...hehehe. Haa..1st movie tu kami tgk dkt mane tau....cinema dkt amcorp mall. Tiket tulis manual lagik...tu pun penuh jgk. Dasat2. Ape nama wayang tu tah. Tak tau pun. 2nd movie...tgk dkt caps Square. Dpt booking TGV...but its on weekdays. Weekend toksah kater la. Tinggal seat2 depan stock mendongak byr RM11...apedehal. Lagi satu yg buat aku tak bole tgg nak tgk nih pasal. Opismate aku ni bole story pulek dkt aku...arghhh aku kate...haitttt lite2 je jgn detail. Skali terbukak smp separuh. Separuh tau. Lagik la buat ati nih panas jeeee nak tgk..nak tgkkkk. Terus berdesup ty mr. don bole tak tgk minggu nih. Sbb die bz skrg. Kene la ty dulu. Hehee dia pun excited gak. Dan semlm...booking gedebak gedebuk...terus pi KL. Nunggu ari lain kang buat ade hal pulak. Hasilnyer...gile kentang lah..penuh dgn aksi pertarungan di antara Decepticon dan Autobots. Paling tidak mengecewakan...watak2 utama masih dikekalkan. Mane yg takde kesinambungan watak..takde la. Cam Secretary of Defense....Lady IT Expert...takde dah la.

So...people...do check out any available seat for this movie. You will not regret to watch it. Kak Lattttt cepat kak lat....hehee...

Monday, June 29, 2009

Terkejut!

Last saturday pun story...

After work...plan to find some wedding gift (hahahah baru nak beli okeh) and ai terus ke ikea. Nearest place to be. Dah terpk2 nih jenih cemane nak rembat satgi. Smp2 je pi pekena salmon dulu. I've been there alone. Yeap mr don got to work in putrajaya. Might one of the reason i've been their suspect or watever they can call it.

I seat at one long table. Not accompany with other ikea's customer, then suddenly came a boy. I guess bdk ni tak skolah darjah 6, form 1 or 2. And he was alone too.

Boy : kak, sini ade org
Me : takde, duduk la
ai was continue to start eating......at the same time..budak ni buat eye contact pulak dgn aku.
Me : dgn sape
Boy : sorang
Me : sorang???? Tak makan?
Boy : xde duit
alamakkkk time ni aku dah rasa lain mcm je bdk nih
Me : dtg sini buat ape?
Boy : saje jalan2
Me : nape tak dtg dgn mak?
Boy : mak keje
Me : umah kat mane?
Boy : wangsa maju.
Me : dtg sini naik ape?
Boy : naik bas
aku pun ok...dan terus mkn...buat selamba badak. dan tetiba..budak tu panggil aku lagik
Boy : kak....pinjam 5 hengget, nak makan la
aku pun start la...budak ni mcm nak kene makan tazkirah aku je. aku dah agak that s/thing is not rite gonna happen.
Me : adik dtg sini mak tau tak?
Boy : tau
Me : xde duit mcm ni, kuar, mak tau jgk?
Boy : tau
Me : mak keje mane?
Boy : KLCC
tipikal punyer jawapan......itu yg aku pk la. dan kendian aku pun start la
Me : kalau dah tau takde duit jgn kuar bla bla bla bla....tau tak bahaya skrg ni bla bla bla bla gedebak gedebuk aku ckp dgn budak tue. tp budak tu reaction die...selamba je. iskhhh cam nak tarik je telinga budak nih. dah abih ckp aku smbg mkn...
Me : akak xde 5 hengget dik (hahahah tu je aku nak ckp benornyer tp korner bukan main byk)
Duit balance byr mkn td mmg aku tak simpan lagik. secara drastik nyer aku simpan dlm poket jacket yg sumenyer note kaler merah. Beg yg aku kepit kat kaki aku terus pangku.
Seterusnya budak tu buat drama...mcm org frust letak pala dkt meja...aku tak pandang langsung dah kat budak tue. tak lama lepas tu budak tu pun blah.

1st thought aku..mcm sindiket je nih. 2nd was...kee mmg perangai bdk2 ni gitu. tp mmg agak TERKEJUT sbb tak penah kene approach mcm tue.

Aku dah terpk kalau budak nih nak bukak mulut lebih2 mtk pepe lagik...aku nak mtk no tel mak die dan time2 tu jgk aku akan call. masa yg sama..ai keep my eyes around. Looking weather there's another boy is approaching other people or not. iskh...aku sgtla tidak paham..kalau bukan sbb sindiket...mmg la budak2 ni kene bg lesson sket. mr don idea was bwk bdk tu pi balai polis...ok yg ni tak terpk. 2nd...panggil security. yg ni ade pk jgk.

Kalau aku kesian dgn budak tu mesti aku dah hulur jgk. Tp nak jadik cerita...i dont have 5 ringgit. Alasan kukuh la kirenye....Kalau betul2 bdk tu xde duit kenapa keluar? sanggup dtg jauh2. Ok...tu tak salah. Tp yg salahnyer ko nak paw org dikkk. Itu yg tak betul. Bende ni jadi tabiat...smp bile2 nnt die akan amalkan cara mcm gitu. Dan sgt obvious...cara budak tu mcm dah biasa buat...bole? tu yg makin aku buat jiwa kental xde kesian2 dah. Nasib ko la dik.

Haiiii ape nak jadik dgn budak2 skrg nih?? Mira...kakak aisyah...ainaaa korang tgg k.dila smbg tazkirah pasal mende nih. hahahah tetiba? tak daya nak komen pjg2 lah. rasanya aku ptt ckp dgn management ikea supaya mane2 kids yg dtg mesti ade accompany by their parent. Kalau tak...ini la jadik nyer. Then i should speak up! sigh!

boring plak entry xde gmbr kan...
pesanan penaja : sila terima gmbr ini dgn hati yg terbuka...hehehehe..pls ignore the very amateur pose......10Q.

Sunday, June 28, 2009

BBQ

Ok..ni cite dah basi pun. Tapi nak story jgk. Last week on Saturday, chemah's family was hosting a BBQ day for a 2nd times eva. Participants (can call as it?) much bigger than before. Capasity of menu been reduce and increase. Depends on our guest. No picture from me, ai was bz with smoke all around the house. And keep on watching to both aris & mirul (pheww).

My official tugas that day was....menyediakan tempat untuk BBQ from beginning till end. Oleh kerana jarang2 buat, kami takdelah ready made punye. Sume kene dibuat. Associates with kakak aisyah...hehehe wajib budak nih. Die la runner nak beli arang...jaring...ape gih yek kak? Tu je kot. Idea mak was...we have to cut TIN MINYAK MASAK LAME, dan jadikan tmpt tu bakar arang etc sume la. Setel just in time.

Tepat kul 1 kakak aisyah dah excited nak bakar. Ok proceed. Ikut plan asal pas zohor. Tp kire ok la time tue. Nak idup api sume pun bukan senang. Hahahaha tetiba cam bengong plak...haittt camne nak start bakar nih kakak....Bakar punyer bakar..menyala jgk dannnn api bosar yeh...hahahaha. Bak kate daddy wafiq...korang ni nak BBQ ke nak membakar...hehehe..opsss tetiba syok plak dapat membakar kan. Lupe diri jab. Api sume cantik..walaupun besar..start dgn BBQ la...lapar dah nih. Almost over 1.30pm dah time tue. Pembakaran pertama dimulakan dgn daging yg dah dimarinatekan oleh kak lat. Resipi die curik jamie oliver.

Ade mcm2 lagi pembakaran terbuka yg berjaya dihasilkan. Nak tgk full entry dgn gambar warna warni bole click2 dkt link seterusnya.

Conclusion nyer...it went successfully. Endup with pool session bersama amirul, aris dan wafiq. Next time bole plan lagik. Tapi tunggu lagi setahun la yeh :-d

~ KAK LAT AKA CHEF OF THE DAY
~ MUMMY WAFIQ