Tuesday, July 26, 2011

Toll


*gmbr adalah digoogle

Hari2 pegi keje aku lalu toll. Toll mane lagi kalau tak toll berDUKE nestapa kannnn. Kalau tak jammed maka DUKE adalah terbaik. Tapi kalau jammed mcm tetttttttttt DUKE adalah mcm haram jadah jer. Eh perlu ke marah2 DUKE. Hahahaha biasala. Emosi tu memainkan peranan yg teramat penting.

Dulu2 masa DUKE belum ade, hari2 la aku meredah nasib ikut jln kuching nun. Takde pape masalah pun. Jalan tu straighttt je. Ikut kan bole smp opis aku dlm kadar 15 minit je. Tapi....kalau kete dah menimbun...15 minit jadik 50 minit okeh. Dulu jln kuching ade toll jgk. Toll 50 sen. Tapi dah distopkan. Jadik toll pertama yg tamat konsesi. Kalau tak silap la...toll tu pun kire toll pertama yang dibina (dlm kawasan lembah kelang) kotttt lah.

Penah jgk aku terkena, lepas bayar toll je jammed nak masuk kl. Ya ampunnnnn time tu aku baru pass test jpj. Gigil2 kaki aku nih nak balance clutch dgn minyak. Tu dulu...sekrang ni, dkt pasar borong nun dah start jammed. Adoiiii.

Nak cite kesah benor pasai toll nih. Aku rasa kelakar tp pada budak toll tu aku rasa die menyumpah2 kot. Kesahnyer.....kalau ari sabtu aku keje, pas tu straight akan pegi kelas terus. Dari Hartamas aku masuk jln depan pusat sains nun terusss ke kerinchi link. Kuar la dkt seputeh baru masuk jln sg. besi. Kene toll pun takde hal. Kekadang dkt jln parlimen tu jammed. Kebiasaannya, aku akan masuk lorong TUNAI/TNGO. Tapi aku byr TUNAI la. Sebab dah biasa kan...maka pada suatu harinya aku dgn confident masuk lorong tu. Sesambil kalut carik duit ni. Elok aku smp dkt booth toll tu aku KENE MARAH *$#@+#%@&)? hahahahhaha aku rasa kelakar kot. Tak penah hayat aku ni...kene marah dgn budak toll. Bole? Lebih kurang camginih la

Budak toll : Cikkkkk kenapa masuk sini!!!!!
Aku : Terkesima terus (aku salah masuk lorong smart tag keee)
BT : Cik tak nampak ke lorong ni tutup td. Tgk skrg dah ramai masuk sini!!!!
Aku : Tercangak2 lagi aku nih tak phm ape cerita. Duk terjenguk2....laaaa lampu merah ke. Hahahahha ptt la ko marah dikk.
Aku : Sorry la ye...tak perasan td. Igtkan hijau.

Dah blah tu aku gelak je laaa. Tak penah betul aku lalai camgitu. Mane nak perasan lampu merah ke hijau dikkkkk. Selalu kalau toll tu tutup, depa buh palang skali. Kannnn dah hari ini dalam sejarah. Aku kene marah dgn budak toll. Hahahahah. La niii kalau aku nak masuk lorong toll mmg aku dok perati lampu je lah. Tanak kene marah lagik oiiiiii. Hahahahha

Kalau lalu toll DUKE pepagi, ade jgk yg slow melow buat keje. Hangin je aku. Dah la nak cepat. Cergas2 la sikit dikkkk. Pagi kot. Tapi pelik kan....Lorong TnGo dgn SMART TAG laaa yg paling slow skali tau. Baik lerrr aku byr TUNAI je. Satu booth tutup pun bole jadik pjgggggg Q oke. Tak phm tull aku.

Selalu jgk kalau aku tak sure nak ikut jln mane...aku akan ty dgn budak toll. Tapi aku make sure la blakang aku kete takde baru bole nak ty2. Ni nnt duk ty itu ini org belakang berapiiii je tunggu. Eh aku penah kot. Kalau gaya ty jalan kite bole agak kan. Ni mcm nak berkenalan jeee. Siap bagi kertas...no tel kot. Hadoiiii. Jadik je kan....

Dalam byk2 highway...MRR2 takde sebijik toll pun. Cuba la telek. Mmg takde lgsg. Hahaha kenapa ek????

Thursday, July 21, 2011

twice for each two

Ni sume sebab obsesssssss. Oleh kerana itu 2-2 cite kat bwh ni aku tgk 2KALI (TWICE). Lucky me, kali ni takyah berperang perasaan dengan exam dan intention yg sgt meluap2 nak tgk wayang. Exam aku kali ni gap panjanggggggggg betul. In between aku sempat tgk Trans 3. Abih exam dpt tgk HP7 pulak. Exam kalau gap pjg nau pun tak besh jgk. Momentum ade kurang dan aku pun lemauuu. Eh bukan nak cerita pasal exam kan. Ni nak cite ke-excitedness-san aku tgk 2 movies nih.

Photobucket

Utk Trans 3, i dont put my expectation that high. Average je. Sbb tah...megan fox takde kot. Hahahahhah. Kalau pelakon asal bertukar tetiba2 mesti mcm kureng sket. So itu yg aku set dlm kepala. Tp takpe...kite kasik tgk dulu. Nak cite pasal tiket punnnnn perghhhh. Lenguh jari2 aku asik refresh GSC nak check available seat. 1st day tayangan ari rabu. Non ado tiket murah nyer pun. Rege biasa. Even biasa punn tetap penuh dari hari sabtu. Aku pasrah je. Last2 decide tgk ari khamis. Dokek TGV Capsquare.

Basically cite diee OK. Yang WOW adalah part gaduh2. Tu mmg awesome. Tapiiiii pjg betul sequel kalini. 2 jam 30 minit. Sib la tak tgk 3D. Pada aku ade cam kelam kabut sket. Mcm semuanya nak diceritakan dlm satu masa. Byk sgt input bla tu bla ni. At the end of the day, one shall rise one shall fall. Eh...tu ayat filemm hahahha.

Lepas dari ni takde sequel dah kan. Aku puas ati sbb Starscream mampus jgk. Megatron pun mati utk kali ke-2. The rest....under my rating was ok. Owh...another part yg awesome, bile diaorg terjun bangunan dan bile bangunan ape tu tah kene serang dgn shockwave (kot) main selamba terjun dari tingkap menggelungsor dkt cermin bangunan....wahhhh hebat. Mmg brani mati punyerr.

Ok tu je la utk Trans 3. Kalau nak baca plot cerita ni bole click SINI. Now move to HP7 Part 2

Photobucket

Honestly, aku tak penah folo cite yg mcm ni punyer byk sequel die. But it's worth it. Punyer la lama aku tgg dari satu siri ke satu siri. It teach me to be patient as well. Well done! Chopppp, part 1 aku tak review pun kan. Dont bother lah. Part 1 ade slow sket jln cerita die. Overall utk part 2 nih cite die sebenarnyer simple (jln cerita yg mudah). Sblom masuk wayang aku dah baca sinopsis, try carik plot. Ade tu ade la jumpe. Tp sbbkan aku tgk tayangan 1st day (yeay) nan ado la nak jumpe plot detail.

Yg bagusnyer....cite ni betul2 abih. Meaning that the ending was done nicely. Ape jgk question mark yg aku penah ade dulu diexplain dkt part 2 nih. No more question mark. Puas ati sbb si harry ni betul2 bertarung dgn tom. Cume...sama mcm trans 3, sbbkan last part sume bende nak sumbat. Again...cite ni amik masa 2jam 10minit. Aku ade baca review pasal HP7 nih, katenyer kali ni mcm tak challenging compare to previous series. I agreed. Satu sbb mungkin watak dah semakin membesar...they can overcome easily. Lagi satu cerita die cepat. Like I said...sume nak sumbat. Total horcrux nak kene musnahkan....6 (correct me if wrong) dlm part 2 ni je die jumpe 2. Lagi 2 tu takyah carik.

Mmg agak laju banding part 1 yg slow sket jalan citenyer. In overall, the movie was great. Including the previous series. My favorite series was...Sorcerer's Stone. Sad to say yg lepas ni takde HP dah. Tp kalau smbg...relevance ke? No need lah. Yg buat aku bertahan tgk cite ni pasal....sume pelakon bertutur dgn accent british. Sodap eh. Kalau tgk movie lain pun...ade guna accent british...kemungkinan aku repeat tgk mmg ade....bile aku nak pi U.K ni ek. Eh verangan pulakkkk. Aku teringin nak tgk muzium die lah. Adoiiii mmg obsess dah nih.

Lepas ni nak carik buku die plak la. Aritu terjumpe kedai buku dkt bangi nun. Bole pinjam. Menarik...menarik....

Nak review detail plot HP Part 2 ni bole click SINI.

This is the end of our story. Brilliant!

Wednesday, July 20, 2011

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi

Sebelom2 ni mmg penah bersolat dkt masjid nih. Cumenyerrrr aku tak bwk kamera sendiri lah. Mmg takde la nak ngambik gmbr pun. Masa awal2 baru bukak dulu aku dah smp doh. Amik berkat masjid baru. Mmg time tu tak siap sepenuhnyer. Berdebu berpasir lagik. Signboard pun tak fully letak n complete. Melilau nak carik tmpt wuduk perempuan. Skrg dah oke kot. Tapi dkt kolam still under maintenance. Dulu dpt gak la aku tgk ayor penuh kat tepi. Sekrg kering kontang dah.

Latest pi masa ada Pesta Flora Putrajaya. Sempat la menyinggah masjid nih. Dekat je pun. Tapi kalau diberi pilihan aku mmg prefer masjid besi dari masjid satu lagik. Sbb kekadang attire aku mmg tak suit nak masuk masjid yg satu tu. T-Shirt short sleeve/blouse quarter. Mmg kene la pakai jubah merahh jambu tu kan. Tp kekadang aku hangin jgk...lengan quarter aku lagi elok dr yg pakai long sleeve tp ketat. Camno? Okeh fullstop.

Dah alang2 bwk kamera, aku pun ngamik sekeping dua gmbr kat masjid nih. Interior cun. Tang kubah tu aku takleh amik full. Nak full kene baring gamaknyer. Kurang sopan la kan sbb aku perempuan. Apekejadahnyer nak baring2 dkt tempat ruangan solat kan. Lens aku pun tak cukup wide lagi (kelip2 mata dkt en don...nak pinjammmm hehee)

For those yg tak berkesempatan singgah utk bersolat dkt masjid nih, tempat amik wujud ade dkt tingkat satu, kendian nak ke ruangan solat ke tingkat dua pulak. Parking ada dibasement (kot la...sbb tak penah tau exact tingkat2 pun)
Photobucket
dari ruang solat....bole tembus terus ke pejabat kerajaan (tak tau pejabat ape ujung nun)Photobucket
ruang bersolat.....

Utk lelaki di hadapan, perempuan dibelakang. Takde tirai utk bezakan cume pihak pengurusan masjid ada letak border utk bahagian2 tertentu membezakan kawasan solat utk lelaki dan perempuan. *ruangan solat perempuan mmg open, semcm mane ruang yg nampak dlm gmbr atas nih.

Satu perkara yg aku sgt gemar bile singgah masjid2 besar nih...tgk interior dan architecture binaan (ptt buat solat sunat byk2 kan...dah terpesong dah hehehe). Bole kate, takde masjid yg tak indah melainkan indah2 belaka je. Satu lagi masjid yang aku suke singgah, masjid wilayah. In and out mmg superb. Indah dan cantikkkk. Tak penah singgah bile dgn kamera, mmg tak dpt la aku nak amik gmbr pun. On day maybe. Harapan nihhhh. Heheehe.

Bigger view bole click flickr je yeh. Maceh....

Monday, July 18, 2011

Borned in July

Wafiq ~ 02/07
Che Mah ~ 15/07
Kak Lat ~ 16/07
Kak Aisyah ~ 28/02

Photobucket

Photobucket

Photobucket
dekat cake ni tadak nama wafiq. Mak ngah luper.

Masa nih nenek buat kenduri (16/07) jadi kite skali harung saje lah. Gmbr2 kenduri bole view dkt FB

Friday, July 08, 2011

30 Jalan Utama Di Kuala Lumpur Ditutup

"30 kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Selain itu, Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara, sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru juga ditutup.

Turut terlibat dalam penutupan itu ialah Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran. – mynewshub.my"

erm...nice kan...esok aku ade EXAM PUKUL 9 PAGI DKT UKM. Dari Batu Caves nak ke UKM aku nak ikut jln mane kalau dah sume jln nak ditutupnyer. TERIMA KASIH byk2 la kepada pihak yg nakkkk sgt anjurkan perhimpunan jalanan tu. Sebabkan kamu2 ni la....polis nak buat sekatan. Menyusahkan rakyat mmg pandai.

Ok, let me be straight. I HATE POLITIC. Very much. Ooo ade yg claim ini bukan sebab politik, well it's obvious. If it is does not mean for politic purposes then do select the NGO's channel. And yes, the chairman for the organizer is from NGO body. Ur trick was done so well.

I had my own perception for this matter. After reading all kind of material which regards to this event, I could assume that this 'perhimpunan jalanan' can be resolve in other way instead of doing that. Negotiation is the best way butttt it was done before. Then why they are still want to organize this 'perhimpunan jalanan' and is that relevance?

Tujuan asal dah terpesong nih. Adakah rakyat sgt-sgt rela berhimpun pada satu2 perhimpunan yg haram (tiada permit). Read this, perhimpunan dah kategori haram (illegal) mmg salah dah la, kendian sapa2 yg ikut serta consider dah lakukan kesalahan am, kemudian sekiranya anda2 melakukan rusuhan, kerosakan ke atas harta bende awam anda2 sume dah jatuh pada kategori melakukan jenayah kecil. Tambah lagi kalau ingkar perintah pihak berkuasa (polis la kan) kene tahan masuk lokap. Nak kuar lokap kene jamin pakai DUIT.

Tolong letak akal didepan ye, ape perjuangan anda smp sanggup melokapkan diri sendiri, berkorban duit dan masa. Adakah pihak2 terbabit paham tujuan anda mengikuti perhimpunan tersebut, atas dasar ape dan ape kapasiti anda? Adakah undi yang anda buang dulu tidak tepat? Tau tak sapa nama ADUN/DUN tempat anda buang undi dulu?

Aku tak sokong mane2 pihak kerajaan ataupun pembangkang. Yang aku tau sok aku tanak sangkut dkt jammed bodoh sbbkan tindakan kamu2 yg kununnya nak carik keadilan sejagat, keamanan didunia (akhirat cemane?) dan ketelusan pihak2 terbabit. Seriously aku tak kesah pun. Bukan la lgsg tak. Sekadar memerhati isu2 dan buat penilaian rasional dah memadai. Lainla kalau aku duk kat parlimen tu kan.

Nak cite pasal isu2 panas ni agak bahaya sket. Kene perati luar dalam, kiri kanan. Entry ni sekadar meluahkan rasa ketidakpuashatian aku sbb aktiviti2 macam ni memang mengganggu ketenteram rakyat. Setuju je lah..korang merelakan ke bila terpaksa sangkut dlm jammed sbb sekatan jln, korang terpaksa revise jadual sbb masalah delayed etc, korang terpaksa cancel aturcara yg dah dirancang, korang terpaksa berpuas ati bilamana rancangan yg dah dirancang berbulan2 dulu tak berjalan lancar.

I never ask for this. I want justice and I do need justice. But a real justice is no longer produce where the responsible bodies can't be transparent enough.

Cukup la dulu...later2 smbg pulak.

Tuesday, July 05, 2011

YouTube

Salma Mentor 5 ~ Aku Permata

Masa final mmg tak tgk pun. Mula2 dgr dkt radio (hot.fm la kan). Rasanyer mcm Milla Af, pastu dah dgr suara tinggi2 aku rasa cam Dina M.I plak. Dah nak ujung2 baru teringat...Salma kot. Hhahaha betui la. Oke nak kate minat mmg takde la sgt. Tp melodi lagu ni yg buat aku nak dgr smp abih. Mcm terjerit2 la sikit tp me ok je. Acceptable lagi di telinga aku. Yg compose lagu ni Taja - Meet Uncle Hussin. Not bad lah. Masa final mentor tu aku dgr si Salma ni nyanyi lagu Listen je. Ok...lulus. Ade org bole terima cara nyanyi yg jenih terjerit2 nih, ade yg tak. Mcm Fina AF9 tu pun gini jgk lah. Sape lagik...Farah AF2 pun ginih pastu Farah Asyikin OIAM. Haaa diaorg ni sume kategori nyanyi mcm terjerit tp benor nyer itu la style deme nih. Ini kalau nak karaoke lagu nih mau terkeluar anak tekak. Confirm....tetiba feeling nyanyi cam ning baizura je lah. Hahahah

Monday, July 04, 2011

*crazy madness*

Eh ade ke perkataan mcm tu??? hentam saje lah. anyhow....it is a perfect mean to describe me at this moment. YESSSSS...not stand for Year End Sale yet but just yessss. Dah biol kot nih. Hahahaha. Tell you, I was observing the Fella Design Warehouse Sale since long ago. Yesss u heard me. It's Fella Design. Tiap kali ade cerita pasal sale depa dok buat nih, aku mampu tgk je lah. Satu sebabnyer that time belum ade kemampuan sebenar nak beli pakai jenama fella nih. Dan satu lagi, aku tak tau dkt mane Bukit Subang tu. Jauhhhhhhhhhhhhhh. Rasanya kalau ikut kepong lagi dekat kot. Tetiba aku rasa subang sebelah dgn sg. buloh je. Betul ke???

Aku punyer target satu je...wingchair depa. Nak target mende lain bole. Tu kene tgg duit berkepuk dlm poket dulu. Hehehe. Yang buat aku duk kenan nau dgn fella ni ape je tau. Design die dannn jugak material kain die. kdg2 mmg bole jumpe material yg turn out stunning, or even sometimes just turn out non ordinary look je. Skrg ni mane2 kedai perabot pun ade jgk jual mcm cavenzi etc. Last 2 years kot aku dah tgk dkt cavenzi. Kurang berkenan. Dan material die herm....just so so je.

Aku tak tau lah org lain, tp me personally rasa cam ade perangai mak2, makcik2 sket. Hahahahha. Obvious kot. Interest aku more to pinggan mangkuk, crystal, perabot2 jati la, perhiasan rumah, utensil etc. Yang tak mampu beli lagik skrg ni adalah rumah. Aiyohhhh.

So skrg ni pala akak tgh penin, tang mane aku nak susun kerusi ni nnt. Owh...penin jugak nak re-arrange cash flow aku balik. Hahahahaha padan muke. Ni la ghupe wing chair yang bertahun2 aku duk mimpi2 kan tu.


*gmbr adalah di google saje
**mine is exactly like the first one. corak kain je lain. Malam ni bole tdo dkt kerusi je hehehe.

Friday, July 01, 2011

Gatal Tangan

Pagi ni gatal tangan menukar2 layout, background blog nih. Ok kotttt. Not too fancy. If too fancy aku plak yg penin. Less is more bak kate org putih. Tgk kan je lah bape lama aku bertahan dgn background kaler nih.

Tuesday, June 21, 2011

Ayat Cliche

*Hasrat seorang blablabla untuk blablabla tidak kesampaian apabila blablabla*

Letih benor bile jumpe ayat ginih dlm paperr. Tak kire la paper ape pun mesti ade. Eh paper english, tamil, cina tu takde la. Kadang2 ade yg kene dgn situasi cerita. Kadang tu lgsg cam...nape ko letak intro camginih. Editor ko tak baca ke. Cliche gile. Ayat ni start biler tah. Tak hingat plak. Tapi lepas je dari saat itu bole la katakan dlm paper melayu mesti ade punyer. Bukan niat nak kondem wartawan yg dah susah payah buat story kasi masyarakat baca. Tapi seigt aku la, sblom2 ni takde plak mcm ni. Maksudnyer bile paper A guna ayat gitu, paper B pun guna jgk. Paham tak? Ye ler ai pun phm jgk, ayat mesti nak meraih tumpuan pembaca. Tapi kalau dah terlalu kerap ayat tu direcycle je. Adoiiiiyaiiii. Sendiri mau igt lah. Aku kalau baca paper jumpe ayat2 gitu mmg aku terus pegi point bwh. Read my lips, MUAK lerrr.

Syarikat2 paper sekalian di Malaysia, sila jgn banned sy ye. Ni komen terbaik dari loyal reader kamu-kamu nih. Aku penah gak berterima kasih dgn sorang writer tu. Tuk akhbar ttteeettttttt sbb die telah menulis pasal Baitulmaqdis. Coincident nyer bile aku pun mmg tgh carik article pasal kesah tu. Sangat2 menarik. Terjawab jgk soalan2 yg aku ade. Consider itu pun macam info tambahan untuk sejarah Islam.

Cume aku ade question sket dkt wartawan hiburan nih...betul ke dlm etika wartawan boleh tanya ape jenih soalan pun dkt artis? Tak kire la dlm scope atau luar scope? Hurm....itu ke etika nya....question mark.

Sunday, June 19, 2011

BBQ

Hoittt ni mmg dah berjaman punyer kesah. Sekarang dah bulan bape? bulan nam kan. Haaa ni gambar2 masa bulan dua ritu. Hahahahha giler punyer peram smp jadik pekasam. Tak bole jgk nak makan. Ad-hoc plan. Memandangkan ade sorang budak ni cancel nak buat operation maka kite jalankan aktiviti bakar2 smp rentung. Kalau budak nak operate tu takde susah gak. Pasai die la nnt yg tlg beli arang etc sume. Ai jadik mandor je hahhahaa. Ni time cuti taun baru cina ritu lah. Tak berjalan ke mane pun. Tu yg rasa cam boring rasa nak langgar dinding je kan. Poyo betul. Memane sedara mara yg ade dijemput skali lah menghabih kan bahan bakar. Takde la nampak cam kami2 ni je yg buruk lantok kan. Pandai cover kan hehehe. Wokeh tgk gmbr je lah. Sikit je nih. Nak lebey bole click dkt link facebook yeh.

budak kuat melompat
ni asik la nak muka die jeeeee
jemaah
jemaah
jemaah
jemaah
jemaah
jemaah

Tuesday, June 14, 2011

Good Morning....

Take a break sat.....Adoiiiii. Bersawang dah tmpt nih. Takdak masa nak mengarang bait2 ayat. Ecehhh...baik aku karang ayat assignment kan. Heh poyo jer.

Ni nak letak gmbr berhantu nih
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

* gmbr di google saje

hehehe berhantu la sgt kan. Tp mmg ye pun. Pasai pa...pasainyer sebabkan ini lah duit melayang membayor saman ye. Heh. Selama ni aku mmg mengekalkan rekod takdak saman selama nak dkt 10 thn pegang lesen memandu. Opsss mcm dah tua sgt je aku kan. Owh tidakkk. Tapi....tapi ye.....rekod tu tak valid dah sebabbbbbbbbb taun lepas aku kene dan ade saman. Ciesssssssss. Bukan la tak penah hade langsung. Takat 30 hengget...pejam mata je ai bayor (berlagakkksss). Tapi ni bukan takat 30 hengget je dah. Dah jadik 300 hengget ye. Kalau main ratus2 nih...speed trap la ape lagikkkann. Padahal takde la laju mane pun. Aku rasa la. Ke perasaan aku je. Asam keping betul.

Taun 2010 ade 2 saman, taun ni ade 1 saman. Yang tak bole blahnyerrrrrr...3-3 saman tu dkt tempat yg sama. Mangkuk betul. Dah salah lagi mau argue kan. Biasa la manusia mmg gini. Tak bole terima kenyataan. Hahahaha. Meh cek kasitau dkt mane spot fofular tue. Puas carik gmbr tmpt kejadian tapi tak jumpe.

K.M 6.2 KL-SEREMBAN HADLAJU 80KM/J

Haaaa familiar tak. To be exact, bwh bridge highway Kesas (Bukit Jalil) towards Toll Sg. Besi, Seblom Mint Hotel dan selepas exit pi MRR2 (cheras/ampang) kalau dtg dari KL. Kalau dari Toll Sg. Besi adalah bertentangan je lepas petronas station. Ramai tau dkt situ mmg ade speed trap. Aku pun tau dari dulu. Bukan la skema nau bwk below 80km/j je. Tapi lately ni asik duk kene je. Tak bole jadik nihhh. Dari review2 org yg aku baca, katenyer during weekday je. Heh takleh caya ok. Aku kene both weekend n weekday. Siap nampak en polis tu duduk in between lagik. Mmg sahih la aku kene kan. Nampak je en polis meter aku dah over 80. Camno? Tgg je la surat sampai. Kadang2 en polis tu duduk dekat pillar2 blah kiri. Tgk la mane yg die kenan nak duduk pd hari itu.

Satu perkara yg aku rasa cam doesn't make sense dgn lokasi speed trap ni bile....tak strategik. Owh kalau ikut istilah polis sumenyer possible and make sense. Ciessss. Skrg ni aku buat eksperimen. Tiap kali lalu tmpt tu aku try maintain 80km/j je. Hasilnyer....Adoiyaiiii rasa macam kete aku gerak 40km/j je. Bole? Iskhhhh mane bole tahan beb. Kenapa ye....sbb nyerr jalan tu adalah menurun bukit. Bole phm tak perasaan aku bile bawak kete yg keadaan jalan nyer menurun dan ade 3 lane dannnn clear. Ptt tak aku dok maintain 80km/j je which is kalau aku tak speed sket blakang aku sume kete cam nak melanggar je. Bengong kan. Conclusionnyer... aku rasa dkt situ je la tmpt polis bole kaut saman secara pukal. Lagi satu...speed limit 80km/j...hermmmm. Tiap kali dpt surat saman aku mesti nak tgk bape speed aku kene dkt tmpt tu...sumenye over 100km/j. Mmg puas ati jgk la. Tapi member aku lagi sadis (Pn. Juliana) ko kene bape? 80 ++ km je kan. Mmg terbakor je rasa. Sikit je tue. Kalau aku sure dah meroyan. Hahahaha.

Tempat lain mmg takde masalah setakat nih. Tmpt yg hok ataih nih je berhantu. Even aku dpt 50% discount pun rasa cam....eiii geram nyerrr. Tmpt yg sama je pulak tue. Adoiiiii. To all, lopeh nih cube la bwk maintain 80 je dkt tmpt nih. Then u'll know how i feel. Hahaha. Tapi kalau jammed jgn nak feel2. Ngado je.

Bulan ni tanak cek saman lagik. Tgg next punyer next punyer next smp la aku rasa tak confident yg aku takde saman baru nak cek balik.

Sekian.


Friday, April 15, 2011

*no title*

Much thing to do, but none of it could be on the list. Due to my over-rated laziness ++ (i tell you) Got tonne of articles, slides and books to read. If i could ask my eyes, would you like to read some, they rather to close and rest for the whole day. So not helping me. I just couldn't dare to rest my mind from thinking the assignment load. My body ask to go somewhere. Chill myself before facing all the hectic later. Can I?

Do ignore the photos below hehehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2nd touch


the store behind closed permanently.........buttttttttttttt
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

can I have one item from the store behind dear????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dush dush
in your dream perhaps
hahahhahhahahahahahahhahaha

Thursday, March 24, 2011

Publish Muka Sendiri | Gile Glamour Dah Niiii

Gambar di 2 tempat yg berlainan, tapi baju sama (ulang tayang). Yang nak dihighlightkan bukan setakat baju ye tuan2 dan puan....tapi seluarnya juge. Kenapa?? Gambar ke-2 itu bezanya dgn gambar pertama tak smp sebulan pun. Tapi....ya saudara saudari sekalian (iskhhh pengaruh raja lawak zizan la nih) suar nyer udah ketat! Ciesssss. Dah la suar favourite. Sentap terus akakkk.

Gambor Pertama - 1

Gambar kedua -2

Adoyaiiiiiii.....ape-ape punn saya cuba eeee utk memakai suar ini juga pun....hahhaahaa aku penin lah baca ayat pun pun nih.

Berat ni berat....tak smp sebulan aku dah gain weight nih. Gambar pertama tu nampak baju tak gedobos. Gambar kedua cam ketara gile gedobos. Baju itu pun mmg besar ya punnnn. Pakai ulang2 sbb akak sukaaaaaa baju itu. So obvious la kannn aku dah naik nihhh. Aiyaaaaaa!

Tetapi...bf ku kata...'eh takde la, baju tu kan mmg besar...perasaan je tu' gitu kate die. Sok2 kalau aku claim takde suar dah mmg aku mtk kat en. don la ek. Hehehehe...'nak suar baru...levis je tau Lee tanak'. Dan2 ckp aku maintain je kan.

Ni mcm musuh tradisi la...asal bulan 3 je naik. Naik je bulan 3. Apeke selera benor aku makan nyer....(hishhh otak ku ligat pk makanan je punnn) Haitttt.

Mcm terbau2 KFC lah...oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii fullstop

Tuesday, March 22, 2011

Kasik Pose Mcm Model [Verangan]

*dearest cousins and sisters, tolong jgn muntah...muahahahhahahahah*
[kasik le chance...berbakat jgk perrr]

Pose 1
Description : Gaya sandar kepenatan

Pose 2
Description : Gaya Pinggang Patah (Take 1~tak bape menjadik)

Pose 3
Description : Gaya Pinggang Patah (Take 2 ~ Baru jadik)



Pose 4
Description : Gaya Tak Tercapai Pintu Mu


Undian anda tidak diperlukan buat masa ini. Sekian............................

Tuesday, March 15, 2011

| Hobi |

*entry ini panjang

Lame doh nak cite pasai hobi nih. Tak byk pun...satu je. Apo tuh, hobi sy adalah ngamik gambor. Bole kate hobi ke. Mcm dah common je kan. Takpe, ai tetap nak kate hobi. Hobi ni kan berlaku ketika masa lapang sahaja. Owh...hobi aku ade byk lah. Tapi yg permenant atau dipanggil top 3 adalah:
  1. Baca novel
  2. Ngamik gmbr
  3. Tgk movie (download/wayang)
Haaa...tapi yg no. 1 tu dah ala2 suam2 kuku sket pasainyerrr buku skolah kene menelaah dulu. Kalau tak jgn ngarap ler. Ni skrg ni nak cite yg no. 2 tu. Ginih, sesejak teman kecik idok la lahir dalam keluarga senang lenang. Average je lah (time tu). Mmg tak kenai lah dgn mende alah panggil kamera. Tp pakcik aku ade kamera pasai ade lagik gmbr kami2 time kecik2 dulu (bukti). Bile dah besar sket, dah sekolah baru la tau pasai mende2 tu sume. Tapi nak ade kamera sendirik mmg tak la kan. Taun 90-an consider camera adalah item mahal. Pakai filem je pun tp still mahai. Bukan calang2 orang je la yg ade (yeke?) Yg aku igt taun bile tah, family kiteorg ade camera, kalau tak silap lah sbb kakak aku nak pi rombongan ke mane tah sanggup beli semata. Sapa beli, utk sapa, duit sape idok la teman tau iye dok. Kecik lagik. Bole kate camera tu balun tuk aktiviti family lah (most of the time).

Bile teman masuk blaja kolej (tak haggak2 kan kolej), one of my kawan baik aka pn jue ade membawak sebijik camera (pakai filem time tu). Uishhh syok wooo. Belasah die punyer je. Filem, duit cuci dan bateri sila maklum beli la sendiri kalau nak guna kan. Adat org berbudi. Kalau selak balik gmbr2 lama....mmgggg byk oke. Dah la kawan ade kamera, sporting kasik pinjam, suke bergambar, kwn lain pun 2x5....pendek kate ramuan tu sgt sebatilahhh. Mmg syok sbb asik bergambarrrrrrrrrrrr je. Feeling muka cantik2 la kununnyer. Hahahah tak bole blah.

Bile dah abih zaman blaja, kembali ke alam nyata (takde camera hahaha). Start situ la aku ni dah berniat kalau cukup la duit simpanan 1st thing nak beli camera. Masa tu dah kuar digital plak. Rege makin mahallah. Dan aku looking forward to have digital also. Puas guna yg filem dah (walaupun compact je). Bile tiba nak kenduri kakak aku kawin, aku dah ding dong ding dong samada beli hp baru yg ade camera atauuu beli camera je sbb lagipun hp aku elok lagi. Tetiba dpt ilham (hahahaha) terus nak kamera, kamera, kamera.

Cek duit saving dah lebih seribu ke tak dan mula la aku survey rege. Kamera pertama yg berjaya dibeli hasil duit simpanan adalah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebuah kamera compact
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*gmbr adalah google - ade watermark steve's digicams

kecik comel je...smp skrg ade lagi. Tapi aku dah tak guna dah. Makcik ai yg guna sekrg. Condition masih baik cume ade body camera ade retak sket (ganas tul aku) kendian batery dah ting tong. Tp bole guna lagik. Taun bile ni ek...tak silap dlm taun 2005. Gigil gak la tgn nak membayor nyer. Ye lah...teman mane penah beli barang memahai ye dok. Haaa kesahnyer.

Quality wise oke. Kalau mlm standard la. Kamera dulu function masih terhad. Tak mcm skrg. Dan jangan compare la kan. Tp dah syukur sgt lah sbb mampu milik sesuatu setelah bekerja hampir 2-3 taun (ketika itu) Paling aku suke bile outdoor camera ni kasik output yg cantikkkk (do remind, pixel at 4.0 only) Probnyer bile amik gmbr malam. Kene guna flash (which is aku kurang gemar) or else gmbr jadik shaking.

Lama gak jodoh aku dgn coolpix nih smp lah satu masa bile aku dah berkenalan dgn keluarga DSLR (wahhhhhhh tak menahan betul). Masa guna coolpix dah byk explore2 sana sini. Tgk gmbr org nape gmbr org tu cantik. Dah tu aku down sbb gmbr aku tak cantik. Eh??? Hahahhaha. Hok mula situ lah dah pandai kenen2 dgn kamera dempak ni. Fulak tu...bf aku dlm diam2 aku dpt tau sedang blaja operate DSLR ayahnya. Vavavavaaaa. Lagi la teman suke ye dok. Bole ty2 kan. Bile dah kukuh sket, duit simpanan ado makanyer aku pun dah gatai2 nak beli jgk DSLR nih. And my very 1st (wahhh 1st ko kate, nak ado 2nd, 3rd keeee...insyaAllah)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DSLR adalahhhhh
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*gmbr adalah google

Syok tak terkate2 wa ckp luuuuu. Walaupun zaman aku beli ni, camera ni bole la kate sgt cikai, amatuer bla bla bla, tp wa bangga siottt. Nerves sepanjang hari kottt. Belum abih nervous nak beli, tambah gigil nak pi bayar....aku kene dera dgn bf sendirik amik gmbr guna kamera baru terus. Huwaaaa mmg nervous + gigil + malu2. Takleh bayang ler perasaan tu cemane. Sblom ni mmg tak penah pun guna adik badik DSLR ni (biasa compact je). 1st time guna.....mmg tangan aku gigil. Hahahahha aku dukung budak umo 3 bulan pun tak gigil. Pulak dgn byk2 function lagik. Akak penin dik. Nak sgt kannnn hambikkkk. Fulakkkk lagi nervous bertambah2 bile bf aku paksa aku guna MANUAL mode.....diulang MANUAL yeh. Lagi nangis akuuuu. Adoiiii blank terus depan Tugu Negara. Huwaaaa. Nak tengok cemane rupe aku 1st time pegang....click NIH.

Haaa gitu la lebih kurang sejarah awal aku jadikan ngamik gmbr sbg hobi. Aku beli D40x taun 2008. Rege bole tahan. Sesuai lah dgn bajet aku. Masa tu org kate rugi beli, tp aku insist jgk. Even tukang jual tu racun2 beli jenis lain, aku tetap nak beli D40x. Kenapa ek...mungkin satu sebabnyer bajet aku sgt2 tight. Dan itu je la yg aku mampu. Satu lagik....aku tanak go for pro camera sbb....terasa diriku ini belum layak lagik nak pegang camera jenis itu. Betapa rendahnyer confident level aku kan. Hehehe. As long as i got kamera cap DSLR pun dah sgt memuaskan ati ku. Masa tu....jenis yg aku beli ni standard budak 'u' guna tuk project paper diaorg je. Nampak mcm kamera aku nih low grade kategori kan. Hahahha dulik lahhh. Kepuasan mampu milik dgn duit sendiri tu tak dapek nak digambarkan. Rasanya....camera lah mende yg paling mahal aku penah beli.

Quality wise....huh ade ke yg nak pertikaikan. Cer citer??? Hehehe....aku dah guna sehabis baik, guna pun baik2 je. Mmg sgt like dkt camera sendiri. Kalau compare dgn latest camera mcm D3000 etc.....byk beza. Of course lah upgrading tu mesti ade. Paling obvious....fokus point. Kamera aku ade 3 je kotttt. Hahahaha takpe. Kekangan itu mampu diatasi. Dah dokek 3 thn dgn camera nih, hati ade gak rasa nak tukar body baru. Tapi tanak letgo yg lama. Trade in pun tanak. Sayang kotttt. For time being......i'll use d40x to de max. Outcome/output mmg tak penah mengecewakan. Kalau ade kecewa pun mesti sbb aku yg tak reti guna kamera hahahha.

Panjang betul lah cite salahsilah ko nih kamera. Harap2 bertahan tuk 10 thn lagik ek. Kamera ni je dah jauh jalan nyer, ke sabah, sarawak, johor....etc lagik. Akan terus dikendung kemane2 sahaja. Walaupun dempak. Dempak for good takpe. Ai masih sanggup. Heehehehe.....ptt nye aku nak story pasal hobi. Pesal aku cite pasal camera plak nih???? Takpa, sok2 ai smbg kay.

Tuesday, March 08, 2011

Maybank2u.com

Dapat email dari maybank pasal kene update.


nak percaya mmg tak la sbb maybank dah remind awal2 pun.


Cube tgk betul2 dkt email tu...mcm real punyer kan. Email sender pun letak maybank jgk. Soooo convincing. Rasa cam nak click LOGIN tu je. I did!


Left one yg dari above email link, right one dari Maybank2u itself. Nampak URL atas tu lain mcm je kan tuk left one. So true lah mmg fake. And somemore aku tak penah reveal email add yg depa guna tuk anta email tue.

Nice try btw.....hahahhahaha

Wednesday, February 23, 2011

Camera Trick




This pictures have been taken at Avillion Admiral Cove, Port Dickson at end January this year. Looks like nice isn't it. It is actually a camera trick with no any technique or skills apply on it. Yes it is. And yes...the place is in one of resort in Port Dickson. Will not discuss in further on how the trick was.

Wednesday, February 16, 2011

Prosperity

Prosperity beef single medium, air tukar nak coffee, pastu dik burger taknak bawang yeh. Bungkus pastu kasik sy ketchup ye TQ.

Regular customer kene layan je. Tokleh byk bunyik. Hahahahha. Haaa...hingat beli burger tepi jalan je bole mtk takmo bawang. Dkt McDonald pun bole buat jgk. Dulik la kan. Tapi aku buat tuk prosperity je. Burger lain tak la. Over kot. Hahahaha. Sebelum promosi prosperity abih, nak kene tunggu tahun depan aku kasik ngap dulu la. Minggu depan dah takde kot. Katenyerlah. Td pun itu twister fries takde. Dpt yg biasa je. Cissss.

Nak ikutkan dulu aku tak suke nak mkn prosperity nih. Tah cemane dgn hasil paksaan En. Don aku terminat plak. Dulu mmg aku tak heran lgsg. Skali pekena rasa cam eh sedap pulak. Hahahah kantoiii. Tu la dulu pakat2 buat sombong lagik kan. Dapat plak dkt MK nih. Black pepper die meleleh2 wa ckp luuu. Mmg tak dpt la nak bajet makan secara sopan kan. Tempat lain mungkin kedekut sikit dgn sos blackpepper die. Kottttt.

Owh....pasal itu bawang...i dun like onion. Dlm prosperity tu mmg aku sah2 nampak kan. Tapiiii baru2 ni la aku sedar yg double cheese pun ade bawang. Selamba je ngap. Cemane pulak itu bawang lulus tapisan. Mungkin dari hasil pemotongan yg telah dipyscho. Cehh poyo je. Yg aku tak mkn...jeruk timun. Tu pun aku telah mencampakkannyer dgn jayanyer. Lain2...chicken mcdeluxe belum penah cube...tk minat kot sbb bun die nampak tak cun dan takde bijan. Big Nasty pun belum penah cube. Sbb aku tgk burger besar dari roti. Tak balance maka aku tanak. Paling aku suke.....ayam goreng regular tanak drumstik ye dik. Hehehe sedap kalau dpt part byk kerak.

Memang mcm2 sungguh kakak ni kan. Ade budak cashier yg dah biasa tgk muka aku, tak payah tunggu aku mtk depa dah siap2 kasik ketchup. Sangat memahami dik. Bagussss. Kalau dulu aku suke jgk beli breakfast McD. Tapi sesejak takde benjo, aku pun tak beli lah. Kdg2 je, itu pun bubur kosong tanak daun sup, bawang goreng dan cili. Hehehehe. Ikutkan bole je beli yg biasa punyer tp mention kat budak tu tanak chicken slice. Buat masa ni tgg dulu lah. Kot dah tebiat nau baru aku suh.

Wahhh tertiba je nak cite pasal McD. Mcm dibyr2 je. Nope....nak highlight dkt sini yg seminggu sekali confirm aku akan order McD. Ater dah bwh opis je doh Mcd nak buat cemane. Dkt area opis ni pun takde kedai mkn melayu. Sume ala2 mahai2 belaka selain mamak. Pilihan takde terpakse la ngap ape yg ade. Kalau dulu masa opis dkt 'x' byk sikit pilihan nak mkn. Ari2 mkn asam pedas, ikan tenggiri sambal dgn tauge goreng pun sanggup. Owh lupe tambah, limau suam. Perghhhh kenygggg. Dan skrg sy membesar sebagai johan......sekian.

Wednesday, February 09, 2011

MARA

Haaa ade baca paper harini. PADAH HUTANG MARA. Tu la die. Bapak punyer hal, anak jadik mangsa. Tak tau lah pinjaman ape sibapak nyer buat. Atleast bayor ler. MARA terima walau serendah RM50 sebulan ansuran pun tau. Dalam byk2 tempat pinjam duit, aku rasa MARA la paling boleh tolerate. Kalau pinjaman perniagaan chek tak tau. Kite skrg cakap pasal pinjaman pelajaran ye tuan2 dan puan sekalian. Tolerate maksudnyer....MARA takde interest. Takde caj yg bukan2. Ape yg ko pinjam tu la yg ko byr balik. Lagi tu plak bole buat pengurangan bayaran pinjaman. Haaa part tu paling syok. Kalau pinjam bank ade dpt? PTPTN bole ke? So far takde sapa bole lawan kot. Kalau ckp JPA haaa tu lain cite yeh. Susah sket kalau takat blaja dlm negeri nak mtk JPA. Tapi konsep mcm lebih kurang MARA je (tak silap aku ler)

Dulu blaja pinjam MARA, la ni pun pinjam MARA lagik. Tapi itu dulu punyer sudah abih bayar yer (hahahha bongkak). Elok cantik aku abih, smbg plak dgn pinjaman baru. Yang tak sanggupnyer satu je, procedure die ya ampun....leceh kot. Pada aku la. Kalau kite buat loan bank pun tak leceh camginih kan. Haaa ni mmg aku dah komplen berjela2 dkt pengarah die. Zaman skrg sumenyer guna sistem je. Tapi dokkkkk tetap kasik borang panjang berjela2. Ok tu takpe lah. Tapi yg aku agak2 tak kenan tu kan...aku kan dulu penah pinjam, kenapa la kene duk ulang step balik. Permudahkan lah. Kite skrg kejar masa. Zaman IT. Wah ayattt mcm dibayar2 kerajaan je.

Diaorg tak serik kot, penah dgr dulu katenyer ade file pelajar yg missing. Maksudnyerrrr rekod pinjaman pelajar tu takde. Selamat di dunia la tak kene bayor. Tp kalau la student tu insist nak bayor pun problem jgk. Nanti MARA kate rekod takde. Haru lerrr. Contoh dah ade, tetap lah nak kekalkan sistem lama. Tak efisien kot pada aku. Panjang kesah aku nak dpt kelulusan pinjaman kali ke-2. Setengah taun sangkut. Sumenyer pasal internal problem. Dapat chance aku komplen cukup2. Mana2 staff die yg tak co-operate ke kerek ke sume kene. Bukan nak kate aku buat keje perfect, tapi itu lah cara keje aku yg terdidik skrg. Dan bukan jgk nak kate cara keje diaorg tak bagus, pelaksanaan je agak kurengggg sket. Beza kot dgn keje swasta nih. Sume kene cepat, alert, on the dot. Sorry lah kepada yg terkene dgn aku dulu. Bukan aku tak pk pasal kemanusian ke hape, kadang2 teguran tu penting supaya tak leka. Haaa gitu lah lebih kurang. Paling aku igt, aku dpt reply email dgn sume CAPS LOCK oke.....dari sapa ai takmo reveal lah. Ni soal profesionalisme. Sebab rasanya teguran aku berasas. Smp sekrg aku monitor keluar masuk duit. Silap sikit je mmg naik komplen aku. Hahahaha. On top of that, pinjaman pertama aku dulu dah langsai tanpa ade masalah sikit pun. Ptt ke tak aku cerewet gitu. Yes patut!

Dengarnyer MARA pun dah buat senarai hitam peminjam. Tak bole keluar negara katenyer. Ptt buat dari dulu lagik. Kalau buat mesti dpt balik duit atleast kan. Lagi satu....rasanya ptt link kan dgn bank negara skali lah. Baru betul2 terduduk org nnt. Hahahhaa kejam betul idea aku. Ye lah...hutang lain bole bayar, hutang blaja liat nak mampus....elloooo ilmu tu bawak mati jgk yeh. Dekat mane keberkatannyer nnt. Tak kene skrg, sok2 kene kat keturunan sendiri. Baru la sedar time tu langit tinggi ke rendah.

Kepada sesiapa yg mau cek baki bole click gmbr bwh nih. Bulan lepas rasanya under maintenance lagik. Nak update 2010 punyer account katenyer. Silalah.....

Friday, January 28, 2011

Konversional atau Islamic

Tajuk sangat ilmiah ye. Tapi isi cerita biasa2 je (tipikal). Sebelum2 ni mmg dah dengar ape tu Islamic dan konvensional tapiiii tak amik kesah pun. Takat ade saving account je mane aku nak heran mende2 lain pun kan (tipikal jgk). Makin dah lama keje, development pun kene lah menaik. Maksudnyerr, takkan ko nak tau satu perkara je walhal byk lagi perkara ptt diamik tau (bedah). Haaa mcm tu la lebih kurangnya.

Mula2 tau pasal akaun saving yg dah turn into Islamic system. Al-wadiah etc sume lah. Lepas tu tau plak pasal loan rumah samada Islamic atau konvensional. Kendian bile Al-Rajhi Bank muncul, baru tau kaedah Islamic di bank konvensional dan solely Islamic Bank. Padahal.....itu Bank Islam lama dah tercongok aku tak penah heran pun kan. Ok2 my bad. Dulu penah ade account Bank Islam. Bile keje dah merata2 sume main bukak bank baru je. Lebur la balance aku dkt situ. Tapi tak banyak pun. Hehehe anggap la sedekah jariah.

Meh sini ai cite ape beza diantara Islamic Bank dan Perbankan Islam. Jgn konfius sbb dkt Malaysia sekrg 2-2 ade. Islamic Bank sebagai contoh, Al-Rajhi, Bank Islam, Kuwait Finance House, Asian Finance Bank dan etc. Further list bole click NIH. Maksudnyer....teras dan asal usul bank tersebut didasari oleh sistem syariah yang tidak terikat dengan bank konvensional. Itu bole panggil solely Islamic Bank. Kalau perbankan Islam pula...contohnyer Maybank Islamic, CIMB Islamic, AmIslamic. Mmg dlm list atas tu bank negara letak sebagai Islamic Bank. Tapi perasankah kedudukan bank2 tersebut masih dibawah bank konvensional. Nampak beza? Bagus, bagus. Cepat pickup yeh.

Basically kite rasa mmg takde beza, tapi sebenarnyer ada. Mula2 dulu aku pun confius nih. Ape ke beza bank2 Islam dgn bank2 konvensional yg ade bank Islam. Rupenyer dari segi pengurusan mereka sendiri. Ni aku baca dari interview CEO KFH formerly die di RHB Islamic sebagai COO ke ape tah igt dah. Link interview tu tah mane letak. Kalau tak bole letak sinih. Berdasarkan interview itu, dpt disimpulkan bahawa kewujudan Islamic Bank yang berteraskan syariah pada awal penubuhan disifatkan lebih telus dan mencapai objektif. Oleh kerana akar umbi telah diarahkan kepada jalan yg benar (hahaha lawak plak ayat aku nih). Manakala perbankan Islam yang dijalankan oleh bank2 konvensional pula bukanlah tak telus dan tidak mencapai objektif syariah sebaliknya kedudukan mereka ade sedikit terkongkong kerana masih berpaksikan bank utama yg menjalankan sistem konvensional. Haaaa paham?

Konsep penubuhan kedua-duanya sama, kene ikut sistem syariah dan apply lesen dari bank negara. Tapi dari segi pelaksanaannya terpulang. Maksudnyer....katekan RHB Islamic, a part of RHB Bank Berhad kan. Ok, sesetengah keputusan pengurusan adakalanya kene mengikut bank asal la which is conventional bank. Jadi percanggahan isu dari segi ketelusan tu timbul. Sebab conventional bank is doing their business and to gain more profit and Islamic bank do the same thing. However, the term of where the fund should go and should come from. And where the money should been spending (investment) to. Kadang2 itu yg tak dpt nak identify. Kalau asing2 yes lah no doubt at all. Tapi kalau disekalikan. Di situlah maksud telus itu.

Cakap pasal mende ni tak bole main2, satgi aku kene saman kang. Dari temubual dgn CEO KFH tu, itulah kesimpulannya. Lain2 tu sebagai contoh saje. Mungkin pada ketika temubual itu, kebanyakkan bank konvensional yg ade perbankan Islam masih terikat. Akan dtg kite tak tau. Mungkin skrg mereka dah telus. Jadi persepsi kite sendiri jangan silap. Bukan tak halal. Cume mereka masih mengambil masa nak pecahkan kedudukan itu. Itu saja. As long as they do the syariah practise, no issue of halal or haram. Yang halal mmg tetap halal, cume yg haram tidak bole dihalalkan.

Bercakap pasal pelaksanaan sistem syariah, ni kalau masuk term....aku pun pening nak igt. To tell you the truth, mmg banyak such as bai al inah, ijarah, mudharabah, bai salam and etc. Tapi sebagai pengguna, kite tau maksud dan paham cukuplah. Tapi as for me yg jawab exam, hahahaha lintang pukang maksud dah bercampur2 pulak.

Lagi satu yg sangat2 sinonim bila sebut islamic bank. Kadar faedah, keuntungan dll yg tinggi. Islamic bank takde kadar faedah sbb......faedah related to bunga, interest which is riba. Yang hanya wujud adalah kadar keuntungan, upah perkhidmatan (ar-rahn) dll. Kalau nak cerita bab ni pun panjang. Tgg aku master bab ni nnt bole cerita lagik.

Haaa kenapa aku duk cite mende nih, sebabnyerrr aku dulu tak amik kesah pun pasal nih. Sikit pun tak kesah. Bile dah kene blaja subjek ni dkt uni, kendian inisiatif sendiri carik bahan utk baca, maka terbukak la mata dan minda ni sikit. Aku rasa ramai lagi yg blur2 (ke aku je?) pasal nih. Secara tak lgsg, aku pun buat rujukan utk aku sendiri nnt. Di masa akan dtg. Sapa tau kan.

Ikutkan ni baru surface punyer cerita je pasal Islamic dan conventional. Nak cerita detail sgt, ni bukan bidang aku. Setakat paham dan tahu bole la. Dan itulah yg bole dikongsikan. Buat permulaan....kite paham ape itu konsep Islamic Bank dan Konvensional Bank yg kite gunakan sehari2 ni dulu. Kalau ade info, aku cite lagik lah. Later mungkin pasal kredit kad Islamic.

Sekian.

*to those who are reading, kalau ade kesalahan atau kesilapan info di atas sila inform utk pembetulan ye . TQ