Monday, January 18, 2010

Harry Potter

Baru semlm tgk latest Harry Potter ~ Half Blood Prince. Sungguh ketinggalan betul. Xpe2 itu tak jadik hal pun. Memula dulu nak tgk dkt wayang. But knowing me....buat rugi je tgk dkt wayang nnt pasal byk tutup muka dari tgk screen wayang tue. Last2 carik dwd dvd punyer jgk. Takde maknenyer. Better duit tu perabih pi mkn. Nak kate ralat sgt tak tgk cepat2...sket je la. Byk dgr review kate tak best! Haaa tu sbb tu kenapa semlm baru tgk citernyer. Bile dah start tgk, mulalah maraton balik dari 1st movie. Tetiba plak jadi tak sabar nak tgg next 2 sequel depa. Masalah pulak...google punyer google...jumpe nih

Harry Potter and the Deathly Hallows is an upcoming two-part fantasy film adapted from the novel of the same name by J.K. Rowling and scheduled to be released on 19 November 2010 (Part I) and 15 July 2011 (Part II)

Tu dia.....sampai produce part I ngan part II. Dah tak lama dah tue. Ujung taun ni je. Masa berjalan pantas skrg nih. Confirm rasa kejab je.

Die hard fan harry potter ke. Nope.....(amirul kate) Takde la smp fan gile dgn cite nih. Start tau kewujudan budak nih pun bile cerita difilemkan. Kalau tak mmg tak amik port lgsg pun. Novel die yg tebal2 tu....dah sah2 le tak baca kan. Bile tgk 1st movie harry potter nih dah jadik mcm...nak tau ape lepas tue plak. Tu yg melarat2 smp tertgk setiap movie die. Minat cite yg ber sequel? Tak jgk. Certain2 movie je. Mcm dulu org sgt excited dgn Lord of the Rings. Ape lagi...Pirate of the Carribean. Byk lagi...tp tah kenapa tak bape nak suke tgk lord of the rings tue. Smp skrg tak tgk pun. Pirate of the carribean....kureng sket nak tgk..pasal nampak mcm cite tu serabut mabut je.

Serabut mabut pun...cite Star Wars bole plak tgk. Hahaha felik...X-Men pun bole tahan jgk. Tapi aritu cite wolverine...tak minat nak tgk. Cite yg tak rasa nak tgk...James Bond...tp tah cemane sesejak Daniel Craig jadik James Bond...bole tahan tgk fulak...hahaha. Satu sebab kerana....die kene blasah dlm cite tue. Hahahaha. Kalau James Bond dodulu takat posing pegang senapang baik tak payah. Tak thrill lgsg. Cite omputih nih kekadang diaorg bole reverse balik. Mcm James Bond dgn Star Wars. Pening2 pala nak paham balik. Adoii la.

Yang penting skrg...sinopsis tuk Deathly Hallows dah baca. Dah tau ujung pangkal nyer cemane. Nak nunggu kan movie die je. Copek la November. Hahaha poyo!



pix taken from google, link taken from wikipedia

Friday, January 15, 2010

Bukit Tinggi

Menghabiskan masa dihujung minggu ke Bukit Tinggi. Actual itinerary adalah outdoor photoshoot pengantin. Im expecting pengantin with their pengantin outfit. Rupanya bukan....ke Bukit Tinggi pun atas request pengantin. Hari kawin aritu tak dpt nak folo ngamik gmbr sbb...EXAM. Takpe...itu lagik penting.


Bukit Tinggi basically....xde ape sgt. Kecuali bangunan yg dibina mirip seperti bangunan dioversea. Dekat mane tu tak brapa pastipulak. Lain2 tarikan kalau ke Bukit Tinggi adalah Japanese Village. Ok...dekat situ pun takde ape sgt. Yg ado cume spa je la. Nak bermalam di Bukit Tinggi, hotel ade je. In fact bangunan dkt situ semata2 hotel saje. Owh..padang golf ade jgk. Rasa2 nya kalu nak bermalam dkt situ confirm cepat mati akal. Kalau nak mkn, arapkan cafe dkt bangunan2 tu je la. Iskh...payah2. Memang tak besar mane pun. Genting lagi besar walaupun tanah sekangkang kera je. Cuaca...tak bape sejuk mcm Cameron Highlands. Jalan tak smp satu ari mungkin dah khatam satu Bukit Tinggi kot. Nampak nau takde ape nyer tue. Short trip atau daytrip mungkin lagik berbaloi. Ptt la cadangan kene tolak aritu. Hahaha.

Meh tgk2 gmbr tingkap umah org nih. Kaler dinding terang betul.
xde....
eh ade pulak....

Tuesday, January 12, 2010

Teluk Intan & Ipoh

Harini nak letak gmbr ape fulak ek...hehehe takde2. Bukan gmbr makan semata...ni nak habaq kesah pi teluk intan sama ipoh tempoh hari (seldom use this word). Ade buat cite dah sikit. Tapi sikit je dkt entry ini. Ni mau smbg kasik panjang sket.

Ke Teluk Intan kerana nak ngambik gmbr bangunan ini! Semata-mata ini!
(gmbr terover kerana iso adalah 200..what i was thinking??? bright sunny day???)

Asal2 menara ini adalah tangki air untuk kawasan teluk intan. Nak kate tinggi...tak bape la sgt dlm 25.5 m je. Visitor bole naik smp tingkat ke 3/4 je, selebihnya tak boleh naik. Faktor keselamatan mungkin. Masih dimaintain dgn baik cume persoalannya....cemane bole condong? Struktur tanah ke...struktur binaan. Ini namanyer sy tidak membuat h/work dgn baik. Pi carik sendirik la ek.
(struktur menara)

Dari dalam, kayu binaan masih nampak kukuh....dan design menara ni ala-ala pagoda je kan. Sebab yg membinanya pun org cina. Nak baca detail lagi bole click sini je. Kawasan sekitar menara ni dah jadik dataran. Feeling dataran merdeka nih. Owh tepi menara ni ada nampak satu kedai biskut kacang yg mcm terkenal je. Memandangkan ari panas, tgk dari jauh je. Malas nak menapak ke situ. Lopeh ngabihkan masa dokek dlm satu jam jgk la, semata2 nak ngamik kecondong menara nih kami, berlepas ke ipoh pulak. Ipoh ape ade???? Ni haaaa tmpt blaja masa muda2 dulu. Hahahha sekrg dah tua dah la kan. Dah takde AIM disitu, dah jadik Giat MARA plak sekrg. Tmpt baru....tah...ade aku kesah.

Gambar-gambar lain yg sempat diambil sekitar "Bandar Ipoh"
jalan besar depan AIM
pasar besar ipoh...
tmpt kegemaran student2 AIM ketika itu
'TKK' tmpt utk lunch. Jauh jgk menapak dari AIM
bangunan AIM adalah diujungggggg jln ini
transport bile takde duit nak naik cab..hahaha
kalau rajin sket lagi..jalan la smp sini. Mmg jauh sekali ye!

Gmbr yg tak amik...hostel aka apartment tmpt tinggal student AIM known as Cherry Apartment. Tapi xsure la skrg nih student duk situ ke tak. Dan.....akhir skali sy dpt mkn di restoran maxwell depan mahkamah syariah ipoh. Nasi paprik kaler itam. Tmpt lain kaler merah kan. Ilang la rasa terkenang2 tue. Kuew tiaw sup je tak sempat order. Dah kenyang sbb mkn nasik kan. Ater buruk lantok la namanyer kalau order skali. Ape lagi yg nak diteroka dkt ipoh? Rasanya xde kot. Puas ati dah.

Ipoh xde la besar sgt. Shopping Complex yg gah pun cume 1-2-3 je. Nak kate happening tue...penting sgt ke? Hahahaha...Night life definately not me. So ade aku heran nak happening ke fening ke. Yg penting setiap 2 minggu mesti mau balik KL. Nak sedut udara tak bape bersih di KL adalah wajib. Pepatah kate ape...hujan emas di negeri org, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Sy mempraktikkan kate2 tersebut. Keterujaan bile masuk ipoh adalah untuk dikenang sebagai tempat pertama blaja berdikari. Blaja idop sendiri dan pertama kali jauh dari family untuk tempoh yg agak lama. Pengalaman pahit manis tu biasa la kan. Kalau takde tu sume mcm tak lengkap pulak.

Owh..tetiba teringat satu kes......aku pun confuse kenapa kene panggil tindakan disiplin? Konspirasi betul. Hahahaha ok mouth shut! Kesah pondok telefon 26C....cik jamaliah do take note okeh. Ai tak lupe nih. Hehehehe. Ooo mcm2 lagik cerita terkandung. Most of student lepas grade AIM ade yg smbg MMU, KUTPM (betul ke lia?), IPTA...dan sy memilih utk terus bekerja. Infact, sy still continue to further stadi tapi...moment masa diploma adalah tidak sama dgn stadi skrg (of course la kan). Sekurang-kurangnya dapat jgk merasai pengalaman berada jauh dari family. Experience appreciated!

So ipoh dah bole close case. The case is dismiss (hahahhaa)

Thursday, January 07, 2010

Asam Pedas Fulak

Nafsu makan mencanak2 lagi. Tekak sakit dek kerana semalam duk bantai minum ais. Lupe plak nak ngorder air biasa. Tapi....ape2 pun hari ni tekak rasa nak mkn asam pedas ikan tenggiri dan.......
gambar adalah di google

side kick kepada asam pedas tak lain dan tak bukan.....telor dadar
gmbr adalah di google

Sedapnyer la haiii. Mak dah ade bole la mtk mak masakkan asam podas nih. Aritu masa mak outstation (outstation katenyer...) try la jgk masak sendiri. Kesudahannya kali pertama asam pedas ku bertukar menjadi asam SERAI! ciesssss. Nampak mcm dah sama dah mcm mak selalu masak. Ater tang rasa je....ok la.....terima je la seadanya. Kelaut sungguh! Percubaan kali ke-2 nampak berjaya, tang kaler je tak brape nak besh. Pudar jer.....Kire ok la tue. Asam pedas nih kalau sekali dgn bendi...fuhhh terangkat. Tp terung tak gemar lgsg. Memula masak semangat carik ikan dgn bendi. Kali ke-2 bendi dah kehabisan pulak. Tu pun pesan ikan dgn cik endon...hehehe. Owh...kalau bukan ikan tenggiri adalah tidak brape gemar. Mkn tu mkn jgk, tp ngambik kuah je la. Haishhh lapor!

Wednesday, January 06, 2010

Lapar Ikan....Lapar Ayam

Haiyooo....cemane mau diet nih. Mengidam sana mengidam sini. Ngalahkan org pregnant. Kak Lat! makan nandos jom. Lepaih tu aku pinjam tali skipping ko.
(gmbr amik dari google)

Bukan takat nandos je, ikan bakar....cicah kuah asam. Fuhhh marvelous. Dah terkenang2 ikan bakar umbai (pesal jauh sgt????)
(gambar dari google juge)

Makin menjadi2 selera makan nih. Haishhh! Xsedor diri lagik tue....tekak sakit, kepala fening, panas badan on/off...ini petanda2 demam. Dah dapat makan 2-2 kat atas nih terus baik kot hehehe.

Tuesday, January 05, 2010

Kadang-kadang

Kadang-kadang bile berkehendakkan sesuatu, kite berusaha dan berdoa. Tapi setelah berusaha dan berdoa masih gagal nak capai. Kerana gagal itu kite berputus asa. Putus asa untuk berusaha, putus asa utk terus berdoa. Ok...ini kisah benar ye. It happened. Proses pemulihan mmg mengambil masa yang lama, bergantung kepada individu. Pengalaman sendiri....kejab je. Terjumpe dengan cebisan ini.

"kadang2 apa yang kita doa, Allah tak makbulkan terus. Kadang2 Allah beri dalam bentuk yang lain. Kadang2 Allah simpan utk akhirat. Kadang2 Allah tahan dulu sbb nak suruh kita terus berdoa & berharap padaNya. Kadang2 Dia bg terus untuk uji samada kita bersyukur atau tak. Apa2 pun, Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. Bila kita sebut saja nama Allah, Allah akan palingkan perhatianNya pada kita seolah2 Allah bertanya, 'wahai hamba, apa yang kamu mahu, mintalah akan Kukabulkan'. Jadi, jangan la kita berputus harap pada rahmatNya"

Manusia hanya mampu merancang. Ya mmg benar. Manusia jg kadang2 terlalu angkuh dan tidak mahu berdoa. Dan ujian Allah adalah sebahagian rahmatNya. Dan Allah tidak akan menguji umatNya sekiranya Dia mengetahui umatNya tidak mampu menghadapinya. Bersyukurlah sekiranya kita antara yang terpilih didalam ujianNya. Baik atau buruk sekalipun, rahmat tetap ada disebaliknya. Wallahualam....

Monday, January 04, 2010

Two Thousand and Ten

Celebrate new year eve? Nope...better duk umah lagik besh. Percentage org yg berada di rumah dan di luar rumah hampir menyamai apabila ada sambutan yg dianjurkan. Cth...tahun baru, merdeka, krismas etc. Kalau yg duduk bujang time blaja lagik la semcam tiket utk balik rumah lmbt. Tahun 2006/2007 tak sure bile...tujuan asal bukan utk menyambut hari merdeka....hajat nak tgk firework show je. Dekat putrajaya. Selalu start acara kul 10 mlm...skali depa buat jamak terus..kul 12tgh malam hishhhh siot je. Tgk buat api besar2 mmg syok. Tp nak balik tu yg tak syok. Lepas putar sana putar sini stereng...putar bang halim takde ye...kul 3 pagi baru smp umah. Ok...itu la yg pertama dan terakhir kalinya. Tak kose nak ngadap jammed2 sume ni lagik.

Tahun nih...cuti pjg ujung minggu kene berkepit dgn buku saje. Sabtu/Ahad jadual adalah exam sesaje tak kasik chance lgsg. Jadual exam kali ni pun tak syok...tp syok gap antara paper jauh. Tapi tak syok jgk. Sebabkan gap yg jauh itu buat terasa malas nak stadi. Dan ade gap cume 24jam je. Haa...tu paper baru lepas. Gigih bgn awal pagi nak stadi. Hahaha dah lama tak buat keje itu. Termakbul jgk hajat nak bgn kul 3 pagi utk stadi. Sabtu nih adalah last paper. Lepas tu bole cucuk langit. Paper ahad lepas...sgt tak besh utk dikenang. Mimpi ngeri bile dpt soalan...oke rasa mcm nak pukui2 itu lecturer. Hahahah tetiba? Lecturer yg salah ke?? Mmg rasa tak syok gile...separuh jalan buat...dah rasa mcm...eeee rasa nak kuar takmo smbg jawab lagi dah la. Hahaha bole? nak kelentong jawapan konar putar alam pun tak dapat. Sebab tak tau nak jawab ape! Puas la duk tunggu kot2 kepala tingtong tetiba bole buat. Punnnn tak jadik jgk. Aduhaiii. Awat bagi soalan senang nau??? Hint lecturer bagi pun suku2 je yg boleh guna.

Akak yg terer pointer 3.5 over tu pun tak kuar dewan awal. Mmg soheh la soalan susah. Kalau tak sokmo kakak tu kuar awai je.

Confirm la grade turun..dan nasib le baik tak jumpe lecturer tu dah. Kalau dak mau die membebel tuk 1 jam pertama kelas. Sib baik...sib baik...hehehe...

Anyway...Selamat Tahun Baru 2010 + Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Sabda Rasulullah s.a.w

"sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu cintai dan dia mencintaimu, dan kamu doakan dan ia mendoakanmu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah yang kamu benci dan membenci kamu..."