Kadang-kadang bile berkehendakkan sesuatu, kite berusaha dan berdoa. Tapi setelah berusaha dan berdoa masih gagal nak capai. Kerana gagal itu kite berputus asa. Putus asa untuk berusaha, putus asa utk terus berdoa. Ok...ini kisah benar ye. It happened. Proses pemulihan mmg mengambil masa yang lama, bergantung kepada individu. Pengalaman sendiri....kejab je. Terjumpe dengan cebisan ini.
"kadang2 apa yang kita doa, Allah tak makbulkan terus. Kadang2 Allah beri dalam bentuk yang lain. Kadang2 Allah simpan utk akhirat. Kadang2 Allah tahan dulu sbb nak suruh kita terus berdoa & berharap padaNya. Kadang2 Dia bg terus untuk uji samada kita bersyukur atau tak. Apa2 pun, Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. Bila kita sebut saja nama Allah, Allah akan palingkan perhatianNya pada kita seolah2 Allah bertanya, 'wahai hamba, apa yang kamu mahu, mintalah akan Kukabulkan'. Jadi, jangan la kita berputus harap pada rahmatNya"
Manusia hanya mampu merancang. Ya mmg benar. Manusia jg kadang2 terlalu angkuh dan tidak mahu berdoa. Dan ujian Allah adalah sebahagian rahmatNya. Dan Allah tidak akan menguji umatNya sekiranya Dia mengetahui umatNya tidak mampu menghadapinya. Bersyukurlah sekiranya kita antara yang terpilih didalam ujianNya. Baik atau buruk sekalipun, rahmat tetap ada disebaliknya. Wallahualam....
No comments:
Post a Comment