Tuesday, July 26, 2011

Toll


*gmbr adalah digoogle

Hari2 pegi keje aku lalu toll. Toll mane lagi kalau tak toll berDUKE nestapa kannnn. Kalau tak jammed maka DUKE adalah terbaik. Tapi kalau jammed mcm tetttttttttt DUKE adalah mcm haram jadah jer. Eh perlu ke marah2 DUKE. Hahahaha biasala. Emosi tu memainkan peranan yg teramat penting.

Dulu2 masa DUKE belum ade, hari2 la aku meredah nasib ikut jln kuching nun. Takde pape masalah pun. Jalan tu straighttt je. Ikut kan bole smp opis aku dlm kadar 15 minit je. Tapi....kalau kete dah menimbun...15 minit jadik 50 minit okeh. Dulu jln kuching ade toll jgk. Toll 50 sen. Tapi dah distopkan. Jadik toll pertama yg tamat konsesi. Kalau tak silap la...toll tu pun kire toll pertama yang dibina (dlm kawasan lembah kelang) kotttt lah.

Penah jgk aku terkena, lepas bayar toll je jammed nak masuk kl. Ya ampunnnnn time tu aku baru pass test jpj. Gigil2 kaki aku nih nak balance clutch dgn minyak. Tu dulu...sekrang ni, dkt pasar borong nun dah start jammed. Adoiiii.

Nak cite kesah benor pasai toll nih. Aku rasa kelakar tp pada budak toll tu aku rasa die menyumpah2 kot. Kesahnyer.....kalau ari sabtu aku keje, pas tu straight akan pegi kelas terus. Dari Hartamas aku masuk jln depan pusat sains nun terusss ke kerinchi link. Kuar la dkt seputeh baru masuk jln sg. besi. Kene toll pun takde hal. Kekadang dkt jln parlimen tu jammed. Kebiasaannya, aku akan masuk lorong TUNAI/TNGO. Tapi aku byr TUNAI la. Sebab dah biasa kan...maka pada suatu harinya aku dgn confident masuk lorong tu. Sesambil kalut carik duit ni. Elok aku smp dkt booth toll tu aku KENE MARAH *$#@+#%@&)? hahahahhaha aku rasa kelakar kot. Tak penah hayat aku ni...kene marah dgn budak toll. Bole? Lebih kurang camginih la

Budak toll : Cikkkkk kenapa masuk sini!!!!!
Aku : Terkesima terus (aku salah masuk lorong smart tag keee)
BT : Cik tak nampak ke lorong ni tutup td. Tgk skrg dah ramai masuk sini!!!!
Aku : Tercangak2 lagi aku nih tak phm ape cerita. Duk terjenguk2....laaaa lampu merah ke. Hahahahha ptt la ko marah dikk.
Aku : Sorry la ye...tak perasan td. Igtkan hijau.

Dah blah tu aku gelak je laaa. Tak penah betul aku lalai camgitu. Mane nak perasan lampu merah ke hijau dikkkkk. Selalu kalau toll tu tutup, depa buh palang skali. Kannnn dah hari ini dalam sejarah. Aku kene marah dgn budak toll. Hahahahah. La niii kalau aku nak masuk lorong toll mmg aku dok perati lampu je lah. Tanak kene marah lagik oiiiiii. Hahahahha

Kalau lalu toll DUKE pepagi, ade jgk yg slow melow buat keje. Hangin je aku. Dah la nak cepat. Cergas2 la sikit dikkkk. Pagi kot. Tapi pelik kan....Lorong TnGo dgn SMART TAG laaa yg paling slow skali tau. Baik lerrr aku byr TUNAI je. Satu booth tutup pun bole jadik pjgggggg Q oke. Tak phm tull aku.

Selalu jgk kalau aku tak sure nak ikut jln mane...aku akan ty dgn budak toll. Tapi aku make sure la blakang aku kete takde baru bole nak ty2. Ni nnt duk ty itu ini org belakang berapiiii je tunggu. Eh aku penah kot. Kalau gaya ty jalan kite bole agak kan. Ni mcm nak berkenalan jeee. Siap bagi kertas...no tel kot. Hadoiiii. Jadik je kan....

Dalam byk2 highway...MRR2 takde sebijik toll pun. Cuba la telek. Mmg takde lgsg. Hahaha kenapa ek????

Thursday, July 21, 2011

twice for each two

Ni sume sebab obsesssssss. Oleh kerana itu 2-2 cite kat bwh ni aku tgk 2KALI (TWICE). Lucky me, kali ni takyah berperang perasaan dengan exam dan intention yg sgt meluap2 nak tgk wayang. Exam aku kali ni gap panjanggggggggg betul. In between aku sempat tgk Trans 3. Abih exam dpt tgk HP7 pulak. Exam kalau gap pjg nau pun tak besh jgk. Momentum ade kurang dan aku pun lemauuu. Eh bukan nak cerita pasal exam kan. Ni nak cite ke-excitedness-san aku tgk 2 movies nih.

Photobucket

Utk Trans 3, i dont put my expectation that high. Average je. Sbb tah...megan fox takde kot. Hahahahhah. Kalau pelakon asal bertukar tetiba2 mesti mcm kureng sket. So itu yg aku set dlm kepala. Tp takpe...kite kasik tgk dulu. Nak cite pasal tiket punnnnn perghhhh. Lenguh jari2 aku asik refresh GSC nak check available seat. 1st day tayangan ari rabu. Non ado tiket murah nyer pun. Rege biasa. Even biasa punn tetap penuh dari hari sabtu. Aku pasrah je. Last2 decide tgk ari khamis. Dokek TGV Capsquare.

Basically cite diee OK. Yang WOW adalah part gaduh2. Tu mmg awesome. Tapiiiii pjg betul sequel kalini. 2 jam 30 minit. Sib la tak tgk 3D. Pada aku ade cam kelam kabut sket. Mcm semuanya nak diceritakan dlm satu masa. Byk sgt input bla tu bla ni. At the end of the day, one shall rise one shall fall. Eh...tu ayat filemm hahahha.

Lepas dari ni takde sequel dah kan. Aku puas ati sbb Starscream mampus jgk. Megatron pun mati utk kali ke-2. The rest....under my rating was ok. Owh...another part yg awesome, bile diaorg terjun bangunan dan bile bangunan ape tu tah kene serang dgn shockwave (kot) main selamba terjun dari tingkap menggelungsor dkt cermin bangunan....wahhhh hebat. Mmg brani mati punyerr.

Ok tu je la utk Trans 3. Kalau nak baca plot cerita ni bole click SINI. Now move to HP7 Part 2

Photobucket

Honestly, aku tak penah folo cite yg mcm ni punyer byk sequel die. But it's worth it. Punyer la lama aku tgg dari satu siri ke satu siri. It teach me to be patient as well. Well done! Chopppp, part 1 aku tak review pun kan. Dont bother lah. Part 1 ade slow sket jln cerita die. Overall utk part 2 nih cite die sebenarnyer simple (jln cerita yg mudah). Sblom masuk wayang aku dah baca sinopsis, try carik plot. Ade tu ade la jumpe. Tp sbbkan aku tgk tayangan 1st day (yeay) nan ado la nak jumpe plot detail.

Yg bagusnyer....cite ni betul2 abih. Meaning that the ending was done nicely. Ape jgk question mark yg aku penah ade dulu diexplain dkt part 2 nih. No more question mark. Puas ati sbb si harry ni betul2 bertarung dgn tom. Cume...sama mcm trans 3, sbbkan last part sume bende nak sumbat. Again...cite ni amik masa 2jam 10minit. Aku ade baca review pasal HP7 nih, katenyer kali ni mcm tak challenging compare to previous series. I agreed. Satu sbb mungkin watak dah semakin membesar...they can overcome easily. Lagi satu cerita die cepat. Like I said...sume nak sumbat. Total horcrux nak kene musnahkan....6 (correct me if wrong) dlm part 2 ni je die jumpe 2. Lagi 2 tu takyah carik.

Mmg agak laju banding part 1 yg slow sket jalan citenyer. In overall, the movie was great. Including the previous series. My favorite series was...Sorcerer's Stone. Sad to say yg lepas ni takde HP dah. Tp kalau smbg...relevance ke? No need lah. Yg buat aku bertahan tgk cite ni pasal....sume pelakon bertutur dgn accent british. Sodap eh. Kalau tgk movie lain pun...ade guna accent british...kemungkinan aku repeat tgk mmg ade....bile aku nak pi U.K ni ek. Eh verangan pulakkkk. Aku teringin nak tgk muzium die lah. Adoiiii mmg obsess dah nih.

Lepas ni nak carik buku die plak la. Aritu terjumpe kedai buku dkt bangi nun. Bole pinjam. Menarik...menarik....

Nak review detail plot HP Part 2 ni bole click SINI.

This is the end of our story. Brilliant!

Wednesday, July 20, 2011

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi

Sebelom2 ni mmg penah bersolat dkt masjid nih. Cumenyerrrr aku tak bwk kamera sendiri lah. Mmg takde la nak ngambik gmbr pun. Masa awal2 baru bukak dulu aku dah smp doh. Amik berkat masjid baru. Mmg time tu tak siap sepenuhnyer. Berdebu berpasir lagik. Signboard pun tak fully letak n complete. Melilau nak carik tmpt wuduk perempuan. Skrg dah oke kot. Tapi dkt kolam still under maintenance. Dulu dpt gak la aku tgk ayor penuh kat tepi. Sekrg kering kontang dah.

Latest pi masa ada Pesta Flora Putrajaya. Sempat la menyinggah masjid nih. Dekat je pun. Tapi kalau diberi pilihan aku mmg prefer masjid besi dari masjid satu lagik. Sbb kekadang attire aku mmg tak suit nak masuk masjid yg satu tu. T-Shirt short sleeve/blouse quarter. Mmg kene la pakai jubah merahh jambu tu kan. Tp kekadang aku hangin jgk...lengan quarter aku lagi elok dr yg pakai long sleeve tp ketat. Camno? Okeh fullstop.

Dah alang2 bwk kamera, aku pun ngamik sekeping dua gmbr kat masjid nih. Interior cun. Tang kubah tu aku takleh amik full. Nak full kene baring gamaknyer. Kurang sopan la kan sbb aku perempuan. Apekejadahnyer nak baring2 dkt tempat ruangan solat kan. Lens aku pun tak cukup wide lagi (kelip2 mata dkt en don...nak pinjammmm hehee)

For those yg tak berkesempatan singgah utk bersolat dkt masjid nih, tempat amik wujud ade dkt tingkat satu, kendian nak ke ruangan solat ke tingkat dua pulak. Parking ada dibasement (kot la...sbb tak penah tau exact tingkat2 pun)
Photobucket
dari ruang solat....bole tembus terus ke pejabat kerajaan (tak tau pejabat ape ujung nun)Photobucket
ruang bersolat.....

Utk lelaki di hadapan, perempuan dibelakang. Takde tirai utk bezakan cume pihak pengurusan masjid ada letak border utk bahagian2 tertentu membezakan kawasan solat utk lelaki dan perempuan. *ruangan solat perempuan mmg open, semcm mane ruang yg nampak dlm gmbr atas nih.

Satu perkara yg aku sgt gemar bile singgah masjid2 besar nih...tgk interior dan architecture binaan (ptt buat solat sunat byk2 kan...dah terpesong dah hehehe). Bole kate, takde masjid yg tak indah melainkan indah2 belaka je. Satu lagi masjid yang aku suke singgah, masjid wilayah. In and out mmg superb. Indah dan cantikkkk. Tak penah singgah bile dgn kamera, mmg tak dpt la aku nak amik gmbr pun. On day maybe. Harapan nihhhh. Heheehe.

Bigger view bole click flickr je yeh. Maceh....

Monday, July 18, 2011

Borned in July

Wafiq ~ 02/07
Che Mah ~ 15/07
Kak Lat ~ 16/07
Kak Aisyah ~ 28/02

Photobucket

Photobucket

Photobucket
dekat cake ni tadak nama wafiq. Mak ngah luper.

Masa nih nenek buat kenduri (16/07) jadi kite skali harung saje lah. Gmbr2 kenduri bole view dkt FB

Friday, July 08, 2011

30 Jalan Utama Di Kuala Lumpur Ditutup

"30 kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Selain itu, Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara, sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru juga ditutup.

Turut terlibat dalam penutupan itu ialah Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran. – mynewshub.my"

erm...nice kan...esok aku ade EXAM PUKUL 9 PAGI DKT UKM. Dari Batu Caves nak ke UKM aku nak ikut jln mane kalau dah sume jln nak ditutupnyer. TERIMA KASIH byk2 la kepada pihak yg nakkkk sgt anjurkan perhimpunan jalanan tu. Sebabkan kamu2 ni la....polis nak buat sekatan. Menyusahkan rakyat mmg pandai.

Ok, let me be straight. I HATE POLITIC. Very much. Ooo ade yg claim ini bukan sebab politik, well it's obvious. If it is does not mean for politic purposes then do select the NGO's channel. And yes, the chairman for the organizer is from NGO body. Ur trick was done so well.

I had my own perception for this matter. After reading all kind of material which regards to this event, I could assume that this 'perhimpunan jalanan' can be resolve in other way instead of doing that. Negotiation is the best way butttt it was done before. Then why they are still want to organize this 'perhimpunan jalanan' and is that relevance?

Tujuan asal dah terpesong nih. Adakah rakyat sgt-sgt rela berhimpun pada satu2 perhimpunan yg haram (tiada permit). Read this, perhimpunan dah kategori haram (illegal) mmg salah dah la, kendian sapa2 yg ikut serta consider dah lakukan kesalahan am, kemudian sekiranya anda2 melakukan rusuhan, kerosakan ke atas harta bende awam anda2 sume dah jatuh pada kategori melakukan jenayah kecil. Tambah lagi kalau ingkar perintah pihak berkuasa (polis la kan) kene tahan masuk lokap. Nak kuar lokap kene jamin pakai DUIT.

Tolong letak akal didepan ye, ape perjuangan anda smp sanggup melokapkan diri sendiri, berkorban duit dan masa. Adakah pihak2 terbabit paham tujuan anda mengikuti perhimpunan tersebut, atas dasar ape dan ape kapasiti anda? Adakah undi yang anda buang dulu tidak tepat? Tau tak sapa nama ADUN/DUN tempat anda buang undi dulu?

Aku tak sokong mane2 pihak kerajaan ataupun pembangkang. Yang aku tau sok aku tanak sangkut dkt jammed bodoh sbbkan tindakan kamu2 yg kununnya nak carik keadilan sejagat, keamanan didunia (akhirat cemane?) dan ketelusan pihak2 terbabit. Seriously aku tak kesah pun. Bukan la lgsg tak. Sekadar memerhati isu2 dan buat penilaian rasional dah memadai. Lainla kalau aku duk kat parlimen tu kan.

Nak cite pasal isu2 panas ni agak bahaya sket. Kene perati luar dalam, kiri kanan. Entry ni sekadar meluahkan rasa ketidakpuashatian aku sbb aktiviti2 macam ni memang mengganggu ketenteram rakyat. Setuju je lah..korang merelakan ke bila terpaksa sangkut dlm jammed sbb sekatan jln, korang terpaksa revise jadual sbb masalah delayed etc, korang terpaksa cancel aturcara yg dah dirancang, korang terpaksa berpuas ati bilamana rancangan yg dah dirancang berbulan2 dulu tak berjalan lancar.

I never ask for this. I want justice and I do need justice. But a real justice is no longer produce where the responsible bodies can't be transparent enough.

Cukup la dulu...later2 smbg pulak.

Tuesday, July 05, 2011

YouTube

Salma Mentor 5 ~ Aku Permata

Masa final mmg tak tgk pun. Mula2 dgr dkt radio (hot.fm la kan). Rasanyer mcm Milla Af, pastu dah dgr suara tinggi2 aku rasa cam Dina M.I plak. Dah nak ujung2 baru teringat...Salma kot. Hhahaha betui la. Oke nak kate minat mmg takde la sgt. Tp melodi lagu ni yg buat aku nak dgr smp abih. Mcm terjerit2 la sikit tp me ok je. Acceptable lagi di telinga aku. Yg compose lagu ni Taja - Meet Uncle Hussin. Not bad lah. Masa final mentor tu aku dgr si Salma ni nyanyi lagu Listen je. Ok...lulus. Ade org bole terima cara nyanyi yg jenih terjerit2 nih, ade yg tak. Mcm Fina AF9 tu pun gini jgk lah. Sape lagik...Farah AF2 pun ginih pastu Farah Asyikin OIAM. Haaa diaorg ni sume kategori nyanyi mcm terjerit tp benor nyer itu la style deme nih. Ini kalau nak karaoke lagu nih mau terkeluar anak tekak. Confirm....tetiba feeling nyanyi cam ning baizura je lah. Hahahah

Monday, July 04, 2011

*crazy madness*

Eh ade ke perkataan mcm tu??? hentam saje lah. anyhow....it is a perfect mean to describe me at this moment. YESSSSS...not stand for Year End Sale yet but just yessss. Dah biol kot nih. Hahahaha. Tell you, I was observing the Fella Design Warehouse Sale since long ago. Yesss u heard me. It's Fella Design. Tiap kali ade cerita pasal sale depa dok buat nih, aku mampu tgk je lah. Satu sebabnyer that time belum ade kemampuan sebenar nak beli pakai jenama fella nih. Dan satu lagi, aku tak tau dkt mane Bukit Subang tu. Jauhhhhhhhhhhhhhh. Rasanya kalau ikut kepong lagi dekat kot. Tetiba aku rasa subang sebelah dgn sg. buloh je. Betul ke???

Aku punyer target satu je...wingchair depa. Nak target mende lain bole. Tu kene tgg duit berkepuk dlm poket dulu. Hehehe. Yang buat aku duk kenan nau dgn fella ni ape je tau. Design die dannn jugak material kain die. kdg2 mmg bole jumpe material yg turn out stunning, or even sometimes just turn out non ordinary look je. Skrg ni mane2 kedai perabot pun ade jgk jual mcm cavenzi etc. Last 2 years kot aku dah tgk dkt cavenzi. Kurang berkenan. Dan material die herm....just so so je.

Aku tak tau lah org lain, tp me personally rasa cam ade perangai mak2, makcik2 sket. Hahahahha. Obvious kot. Interest aku more to pinggan mangkuk, crystal, perabot2 jati la, perhiasan rumah, utensil etc. Yang tak mampu beli lagik skrg ni adalah rumah. Aiyohhhh.

So skrg ni pala akak tgh penin, tang mane aku nak susun kerusi ni nnt. Owh...penin jugak nak re-arrange cash flow aku balik. Hahahahaha padan muke. Ni la ghupe wing chair yang bertahun2 aku duk mimpi2 kan tu.


*gmbr adalah di google saje
**mine is exactly like the first one. corak kain je lain. Malam ni bole tdo dkt kerusi je hehehe.

Friday, July 01, 2011

Gatal Tangan

Pagi ni gatal tangan menukar2 layout, background blog nih. Ok kotttt. Not too fancy. If too fancy aku plak yg penin. Less is more bak kate org putih. Tgk kan je lah bape lama aku bertahan dgn background kaler nih.