I do hate WAR or what so ever happened regards to the matter. I can't recall everything since i was only born on nineteen eighties but as far as i concern, WAR happened for so long time ago and not to forget it still happened until now.
Take a short break and think about this comment, taken from one of Tun Chedet reader.
Apa yang Tok Det cakap pada Rob itu betul. Saya nak bagi pandangan sedikit tok Det , Harap Maaf kalau salah. Saya berpendapat istilah perang ialah apa bila kita berperang kita berhak membuat apa sahaja keatas tawanan kita, cuma israel itu macam Hitler juga seperti mana bangsa mereka pernah diperlakukan begitu pada perang dunia pertama. Semasa itu semua orang islam bersorak kerana mereka golongan yahudi iaitu musuh Islam. Dan hari ini golongan bangsa yahudi bangkit setelah bangsa mereka menumpang dinegara-negara lain selama ini, Kerana mereka golongan takut mati pada ketika itu, dan Kebangkitan Yahudi akan membuka lembaran baru untuk dunia pada satu hari nanti. Cuma apa yang saya kesal kan, sikap orang Islam di Gaza sendiri. Saya melihat didalam Tv, golongan muda yang tidak berjuang untuk negara sendiri, mereka lebih sayangkan ibubapa mereka, sayang kan anak isteri mereka, mereka sanggup memeluk ibu mereka atau menangis atas kematian keluarga mereka, dan yang paling menarik mereka membaling batu, adakah itu menunjukkan kebijaksanaan orang islam bukankah ianya menampakkan kelemaham orang islam, adakah itu sifat seorang Islam, dan bagaimana tuhan mengajar solat diwaktu berperang malah didalam Al - Quran telah menyebut musuh kamu suka kamu berada dalam keadaan leka lalu mereka akan mengambil kesempatan untuk membunuh kamu. seperti mana yang tuhan mengajar kita. Kalau lah orang Islam dibumi Gaza benar - benar bersatu hati, saya percaya dengan tuhan saya, Tuhan saya pasti menolong mereka dengan bala tentera yang tidak nampak. Percayalah kalau kita diberikan kemudahan atau kelengkapan yang cukup sekali mana pun untuk berperang. Orang Islam di Gaza tidak akan menang dibumi sendiri kerana sebahagian dari mereka berjuang untuk keluarga tercinta bukan untuk Negara mereka dan bukan untuk Tuhan mereka. Sebab itu apabila tuhan jadikan Adam, malaikat berkata, mengapa kau jadikan manusia tuhan, bukankah akan berlaku pertempuran darah diantara satu sama lain diantara merekaLalu tuhan mejawab. Aku lebih tahu dari apa segenap yang ada dimuka bumi ini. Pada pandangan saya hakikat yang sebenarnya, Tuhan menguji keimanan orang Islam serta orang yang benar - benar berjuang diantara mereka. Orang yahudi buat apa tuhan nak uji mereka musuh orang islam."
3 comments:
aku plg takut satu hari nnti bnde cmni jadik kt negara kite..sbbnye ini xmustahil...n i do hateeee war!!! nape la ade manusia yg zalim
errrr
ieda ~ iye..tidak mustahil...
kak elin ~ itu ape maksudnyer???
Post a Comment