Sekarang ni macam-macam isu yang naik dkt akhbar, blog, internet, FB etc. Sume hangat2 belaka. So now I try to be one of them. Cuba jgk menahan diri dari bercakap dan komen dan tutup telinga terhadap isu2 yang ada skrang tapi.....TAK BOLEH! Daripada aku stress sorang diri meh ler aku share dkt sini. Lagipun I don't expect any of my concern will take to others attention. Maybe....ok now let me try.
- Kisah Palestin - 1 Muharram aritu sume org tau Israel skali lagik membedil Palestine di Gaza. Aku xde isu disitu sbb tahu perkara ini mmg sejak dulu lagik. Berikutan isu itu, timbul berbagai2 kempen yg mmg ade, baru naik dsb. Itu pun aku takde masalah. Aku juge menyokong kempen2 yg dirasakan patut dilakukan spt Aman Palestine (sekadar mengambil 1 contoh). Kempen-kempen ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di sana. InsyaAllah dgn izin-Nya. Cume aku rasa sedikit annoying atau dlm bahasa malaysia....menjengkelkan bagi satu2 perkara. Let me be straight. Kite berkempen di FB/Blog/Internet tidak ade salah. Tapi aku juga perati penglibatan 'mereka' secara keseluruhannya. Tak nampak lagik? Ramai member/friendlist aku yg pro pakatan instead of kerajaan. Tidak ada salah, ini mmg pilihan masing2. Cume yang menjadi my biggest concern adalah aku berharap ketua mereka dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam sepertimana yg diharap2kan oleh penyokong2 mereka. Mereka berkempen meminta agar menyelamatkan Palestin sbagai seorang Islam kepada saudara seIslam, jadi aku expect akan ada impak daripada ketua mereka juga yang telah mengeluarkan statement "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" sebelom ini. Niat aku bukan minta perkara ini berbangkit pun. Tapi masa isu tersebut diperkatakan di seluruh Malaysia, ketua tersebut aka Anwar Ibrahim telah memberi penjelasan yang aku paham berbunyi seperti ini there is no support for Palestinian attacks. Jadi jika itu yang dipertahankan oleh Anwar, mungkin beliau adalah yang terbaik untuk kita semua meminta tlg agar serangan Israel terhadap Palestin dihentikan (dia tidak menyokong Israel/Yahudi la kan). Suara kite semua mungkin tidak se-gah seperti Anwar yang dapat diterima oleh kuasa2 besar diluar sana. Jadi....lakukan sesuatu untuk saudara seIslam-mu. Pemimpin negara yang sedia ada ni pun tak dpt menandingi kehebatan Anwar untuk mengekang kekejaman Israel. Walaupun pemimpin kerajaan sediada ni berusaha membantu warga Palestine, impaknya tak sama kot. Kerana Anwar berani mengeluarkan statement itu diluar sana, aku expect die juga berani untuk mengeluarkan statement tentang Palestine di serang lagi. Aku pun bukan nak membangkitkan cerita-cerita lama tetapi sekadar memberi penjelasan yang konkrit. Kalau nak bercakap kene ade bukti dulu. Kene ade fakta...baru boleh ckp....gituuuu. Setakat pembacaan aku yg tak byk ni, rasa2nya Tun Mahathir satu-satunya pemimpin negara yang konsisten membantu rakyat Palestine. Sehingga hari ini pun beliau tidak pernah berhenti mengutuk rejim Israel dan yahudi yang kabarnya tak suka dgn Tun Mahathir. Dan aku rasa suara beliau mewakili seluruh umat Islam di Malaysia semasa atau selepas beliau masih berkuasa dahulu. Beliau tidak menghiraukan kutukan dari kuasa2 besar barat yang melabelkan beliau sebagai anti barat, diktator dsb. Beliau tetap lantang bersuara demi rakan seIslam dan rakyat Palestine. Dari legasi beliau, diteruskan oleh pemimpin2 skrg ni. Cume.....ketegasan beliau mengatasi segalanya lah. Mcm ape tau....'lantak la US nak hentam ape pun, tugas sebagai orang islam membantu sedara islam yang dianiya'. Lebih kurang mcm tu la aku rasa. Aku cuma harapkan Anwar lakukan sesuatu tindakan sejajar dgn ape yg die pertahankan selama ni. Aku nak sgt percaya yg Anwar nothing to with Israel/Yahudi. Ape jugak tohmahan2 umum yg ade skrg ni dibuktikan dgn tindakan beliau (Anwar). Buatla ape pun i.e phone call/kempen/hantar bantuan/press statement/press conference yang menunjukkan Anwar tidak menyokong ape jua tindakan dari Israel atau tidak bersekongkol dgn mereka. Biler lagi nak bertindak dan meraih kepercayaan orang muda (muda ke) mcm aku nih???? Jgn pulak nnt keluar statement, "ini patut kerja kerajaan lah....kenapa pulak nak libatkan pakatan" LOL.
- Kisah Doa - ini isu sensitif bile mane ramai yg menyokong parti Pas yg menjadikan Islam sebagai asas utama parti. Aku....cemane nak ckp ek. Kalau pemimpin tu betul, adil aku akan sokong. Terutama skali kalau Islam. Cume....aku rasional memilih kalauuuuuu situasinya betul. Kalau tak sokong Pas tak islam ke? no comment. Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Rasanya mana2 parti politik mesti menjaga kesucian agama dan tidak melangkaui perlembagaan Malaysia. Apabila ade statement mendoakan kehancuran Umno/BN. Aku lihat disitu tidak ade kewajarannya. Ade penyokong pas kata doa itu hak individu.... Bagi PAS, umno itu zalim dan mereka tak tertanggung azab dengan kezaliman UMNO ke atas mereka.. so itulah mereka berdoa....full statement click here ya...itu mmg benar. Tetapi...dlm umno tu ade saudara Islam mereka jgk kan.....ptt ker mendoakan sesuatu yg tidak baik kepada sesama saudara? Byk persepsi2 yg keluar dari statement doa tu. Perdana Menteri, Timb. Pedana Menteri, bahkan menteri2 lain pun dah bagi komen. Aku tidak mengiakan mana2 komen pemimpin pun. Ni persepsi aku sendiri. Pertama, walaupun lain pahaman politik, tapi agama tetap sama. Islam. Mmg BN ade MIC/MCA. Tetapi....tetap ade yang berugama Islam kan. Ketua UMNO/BN pun berugama Islam. Belum tahap dajal lagi nak doakan kehancuran mereka. Lain lah Israel/Yahudi yang terang2 kejam dan.............. Mende lain mungkin aku boleh bertahan kot...sbb rasionalnya ada. Tapi bile tahap doa gini2....aku rasa ade melampau sikit lah. Sedang umno berusaha pertahankan agama islam sebagai agama rasmi di malaysia daripada dipertikai oleh DAP....pas nak suruh umno mampus (ni dlm link atas ye). Sedang umno cume carik jln keluar utk sekat kekejaman Israel terhadap Palestine, (Anwar takde buat apa2 pun)....mereka doakan kehancuran umno. Come on.....takkan xde satuuuu pun kebaikann yg umno dah buat utk semua rakyat di malaysia smp begitu skali mtknya......masyaAllah. Aku ni nak menetapkan pendirian kepada PAS pun dah berbelah bagi. Pemimpin yang baik akan tunjuk teladan yg baik untuk diikuti oleh rakyatnya. Adakah dgn mengajak mendoakan bala sesama umat itu perkara baik tuan2 sekalian? Aku ni tak kire la ko ni PAS ke PKR ke UMNO ke...aku doa random je...seluruh umat Islam supaya selamat dan dilindungi. Lepas ni kene mention parti pulak ke? Adoiii peninnn! Nak politik tu politik je lah....takyah la smp naik isu bermusuh dgn saudara seIslam. Ade ke patut? Tak de isu...siapa mkn cili die terasa pedas dkt sini yeh. Kedua, daripada PAS highlightkan perkara2 tak rasional mcm nih...cube perjelaskan hukum hudud yang nak dipraktikkan. Cube stresskan kerajaan (UMNO/BN) dgn cara nak bendung isu murtad, LGBT (kotttt), rasuah etc. Kerana PAS membawa nama Islam secara dasarnya....dan sekrg Malaysia ade bykkkkk isu pasal Murtad, LGBT, Rasuah, ancaman terhadap agama Islam dari DAP - mansuhkan agama rasmi etc perlembagaan.....kenapa tidak itu semua. Soalannya...adakah PAS terima semua isu ni dan tidak berminat nak bendung masalah ini. Owh.... tak, ini patut kerja kerajaan yg settle....nothing to with PAS. Begitu ker????? Seriously....aku tak tau cemane nak letak kepercayaan pada PAS bile Hassan Ali kene pecat sebab pertahankan agama Islam. Pertahankan tindakan yang dilakukan oleh JAIS utk menyiasat kejadian murtad. Hellooooo????? That was a big thing you know....Sikit2 kepercayaan aku terhakis dgn hala tuju PAS yg semakin songsang -_-
Baiklah....aku bukan dari kalangan bijak pandai nak bercakap pasal agama, dan tanak nnt tersilap menterjemah ayat al-quran. Tapi setidak pandai aku ni...masih bijak nak menilai, menerima mane yang patut. Aku takkan menerima sesuatu statement tanpa menilai baik buruknya. Tak pasti dgn sesuatu statement aku research dulu. Bak kate Tun Mahathir....ape buktinya? Cebisan pandangan2 yg aku taip berjela2 dkt atas nih berdasarkan pemahaman aku, pembacaan, pemerhatian dan sedikit kajian. Mungkin tidak ada betulnya...tapi aku tegas mengatakan....jika aku nampak hala tuju yg betul, pemimpin yg adil dan menjaga Islamnya...aku sokong.
Status *ataspagar
No comments:
Post a Comment