Friday, January 28, 2011

Konversional atau Islamic

Tajuk sangat ilmiah ye. Tapi isi cerita biasa2 je (tipikal). Sebelum2 ni mmg dah dengar ape tu Islamic dan konvensional tapiiii tak amik kesah pun. Takat ade saving account je mane aku nak heran mende2 lain pun kan (tipikal jgk). Makin dah lama keje, development pun kene lah menaik. Maksudnyerr, takkan ko nak tau satu perkara je walhal byk lagi perkara ptt diamik tau (bedah). Haaa mcm tu la lebih kurangnya.

Mula2 tau pasal akaun saving yg dah turn into Islamic system. Al-wadiah etc sume lah. Lepas tu tau plak pasal loan rumah samada Islamic atau konvensional. Kendian bile Al-Rajhi Bank muncul, baru tau kaedah Islamic di bank konvensional dan solely Islamic Bank. Padahal.....itu Bank Islam lama dah tercongok aku tak penah heran pun kan. Ok2 my bad. Dulu penah ade account Bank Islam. Bile keje dah merata2 sume main bukak bank baru je. Lebur la balance aku dkt situ. Tapi tak banyak pun. Hehehe anggap la sedekah jariah.

Meh sini ai cite ape beza diantara Islamic Bank dan Perbankan Islam. Jgn konfius sbb dkt Malaysia sekrg 2-2 ade. Islamic Bank sebagai contoh, Al-Rajhi, Bank Islam, Kuwait Finance House, Asian Finance Bank dan etc. Further list bole click NIH. Maksudnyer....teras dan asal usul bank tersebut didasari oleh sistem syariah yang tidak terikat dengan bank konvensional. Itu bole panggil solely Islamic Bank. Kalau perbankan Islam pula...contohnyer Maybank Islamic, CIMB Islamic, AmIslamic. Mmg dlm list atas tu bank negara letak sebagai Islamic Bank. Tapi perasankah kedudukan bank2 tersebut masih dibawah bank konvensional. Nampak beza? Bagus, bagus. Cepat pickup yeh.

Basically kite rasa mmg takde beza, tapi sebenarnyer ada. Mula2 dulu aku pun confius nih. Ape ke beza bank2 Islam dgn bank2 konvensional yg ade bank Islam. Rupenyer dari segi pengurusan mereka sendiri. Ni aku baca dari interview CEO KFH formerly die di RHB Islamic sebagai COO ke ape tah igt dah. Link interview tu tah mane letak. Kalau tak bole letak sinih. Berdasarkan interview itu, dpt disimpulkan bahawa kewujudan Islamic Bank yang berteraskan syariah pada awal penubuhan disifatkan lebih telus dan mencapai objektif. Oleh kerana akar umbi telah diarahkan kepada jalan yg benar (hahaha lawak plak ayat aku nih). Manakala perbankan Islam yang dijalankan oleh bank2 konvensional pula bukanlah tak telus dan tidak mencapai objektif syariah sebaliknya kedudukan mereka ade sedikit terkongkong kerana masih berpaksikan bank utama yg menjalankan sistem konvensional. Haaaa paham?

Konsep penubuhan kedua-duanya sama, kene ikut sistem syariah dan apply lesen dari bank negara. Tapi dari segi pelaksanaannya terpulang. Maksudnyer....katekan RHB Islamic, a part of RHB Bank Berhad kan. Ok, sesetengah keputusan pengurusan adakalanya kene mengikut bank asal la which is conventional bank. Jadi percanggahan isu dari segi ketelusan tu timbul. Sebab conventional bank is doing their business and to gain more profit and Islamic bank do the same thing. However, the term of where the fund should go and should come from. And where the money should been spending (investment) to. Kadang2 itu yg tak dpt nak identify. Kalau asing2 yes lah no doubt at all. Tapi kalau disekalikan. Di situlah maksud telus itu.

Cakap pasal mende ni tak bole main2, satgi aku kene saman kang. Dari temubual dgn CEO KFH tu, itulah kesimpulannya. Lain2 tu sebagai contoh saje. Mungkin pada ketika temubual itu, kebanyakkan bank konvensional yg ade perbankan Islam masih terikat. Akan dtg kite tak tau. Mungkin skrg mereka dah telus. Jadi persepsi kite sendiri jangan silap. Bukan tak halal. Cume mereka masih mengambil masa nak pecahkan kedudukan itu. Itu saja. As long as they do the syariah practise, no issue of halal or haram. Yang halal mmg tetap halal, cume yg haram tidak bole dihalalkan.

Bercakap pasal pelaksanaan sistem syariah, ni kalau masuk term....aku pun pening nak igt. To tell you the truth, mmg banyak such as bai al inah, ijarah, mudharabah, bai salam and etc. Tapi sebagai pengguna, kite tau maksud dan paham cukuplah. Tapi as for me yg jawab exam, hahahaha lintang pukang maksud dah bercampur2 pulak.

Lagi satu yg sangat2 sinonim bila sebut islamic bank. Kadar faedah, keuntungan dll yg tinggi. Islamic bank takde kadar faedah sbb......faedah related to bunga, interest which is riba. Yang hanya wujud adalah kadar keuntungan, upah perkhidmatan (ar-rahn) dll. Kalau nak cerita bab ni pun panjang. Tgg aku master bab ni nnt bole cerita lagik.

Haaa kenapa aku duk cite mende nih, sebabnyerrr aku dulu tak amik kesah pun pasal nih. Sikit pun tak kesah. Bile dah kene blaja subjek ni dkt uni, kendian inisiatif sendiri carik bahan utk baca, maka terbukak la mata dan minda ni sikit. Aku rasa ramai lagi yg blur2 (ke aku je?) pasal nih. Secara tak lgsg, aku pun buat rujukan utk aku sendiri nnt. Di masa akan dtg. Sapa tau kan.

Ikutkan ni baru surface punyer cerita je pasal Islamic dan conventional. Nak cerita detail sgt, ni bukan bidang aku. Setakat paham dan tahu bole la. Dan itulah yg bole dikongsikan. Buat permulaan....kite paham ape itu konsep Islamic Bank dan Konvensional Bank yg kite gunakan sehari2 ni dulu. Kalau ade info, aku cite lagik lah. Later mungkin pasal kredit kad Islamic.

Sekian.

*to those who are reading, kalau ade kesalahan atau kesilapan info di atas sila inform utk pembetulan ye . TQ

Tuesday, January 25, 2011

Badarsila

Badar Sila = Kain putih yang halus
(kamus dewan edisi keempat)

Bagaikan di lentur sutera, Mentari meminjam sinarnya, Bagaikan di suluh hatinya, Menetap di persada
Bagaikan diseru rindunya, Di awan tersembunyi wajahnya, Bagaikan di risik malunya, Tersingkap di hamparan... (indahnya)
Cahaya, Melingkar singgahsana, Badarsila, Bagaikan angin syurgawi, Melindungi cinta suci
Sampai keresahan, Dari jiwaku keliru, Moga dilimpahi, Rindumu selalu
Sinar menerangi, Terasa dingin bak salju, Lamaran nurani, Menyentuh hatiku
Suara kau bisikkanlah, Di langit tujuh ku berdiri, Rindumu menggamit jua, Merentang bagaikan pelangi
Suara kau dengarkanlah, Kesumaku merintih duka, Wasilah mu menyentuh jiwa, Restu mu bagaiku bermimpi, Resah... terungkai...
Titisan embun tersusun, Berangkai emas bertitik, Jalanan gundah gulana, Menghemburkan hujan
Naluri tersentuh, Dipandang ke langit nan ringan, (Sejambak) kasih menguntum, Genderang kehidupan
Kasih... melingkar keresahan, Cinta suci... bagaikan angin syurgawi...
Cahaya, Limpahkanlah sentuhan sinarnya, Seluruh alam
Kan kudaki merentasi menyusuri, Kepadamu tuan... indahnya
Cahaya, Melingkar singgahsana, Badarsila, Bagaikan angin syurgawi, Melindungi cinta suci
Sinarkan... Badarsila


tempo asal lagu ni adalah tradisional malay tapi dah dimasukkan elemen pop, jazz sume jadik menarik jgk. no offense....2-2 jenis tempo arrangement aku suke. on top of that, lirik lagu ni bg aku puitis. try jgk nak interpret maksud biasa masih gagal. ada sapa2 terror? kasi translate bole?

owh....aku mmg peminat siti nurhaliza (dayang nurfaizah juge), lagu lah. personal life die aku tak eran. time kasih.

Bila dah abis exam ape yang aku suke buat

Sila baca dlm senapas....phewwww. Bole tegang perut kejab. Yeke???

Kunun2 nyer aktiviti merelease tension bole dijalankanlah. Release lah sgt. Biasa je takde ape yg extraordinary pun. Bile dah terbiasa sibuk time weekend mesti rasa sangap plak. Pala otak aku ni dah byk pk ape nak buat. Padahal cuti bukan lama mane pun. Sebulan je pun yg bersamaan dgn 4 minggu dan 4 kali ahad dan sabtu. Lepas tu masuk balik rutin biasa yg hectic. Eh chop...bulan februari mane dpt 4 minggu....dah short 1 minggu. Verangan sgt nak buat mcm2 kan.

Okeh, lepas abih je last paper ahad lepas terus balik rumah konker pc. Aku nak melalak aka karaoke. Hahahhaha...nak pi red box ke green box ke hape nama sume tak minat. Layan dkt umah je pun dah best. Sesambil tu carik movie ape yg best tuk didownload. Aktiviti berlarutan smp ke malam. Bile dah bosan main game FB, nampak satu buku nih. Ohooooo buku tu aku baca separuh jalan. Belinyer taun lepas. Tak abih2 lagi aku baca. Hishhhh. Tu tak kire lagik buku yg ade dkt k.jana. Taun lepas gak aku ade beli buku cerita. Pun tak berusik. Takyah gado2 rebut2 dgn aku. Kalau bz stadi mmg le aku tak usik buku2 cerita tu sume.

Owh dah melalut. Ni nak cite buku yg aku baca separuh jalan tu lah. Nape aku baca separuh jln? sebab tu buku omputih. Hahahahha. Standard la kan. Nama aku sah2 melayu tidak ada mana2 kacukan malah keturunan banjar lagik...mane pulak fasih berbahasa omputih kan. Bile tak smbg baca, nak continue balik mcm bercinta je. Aku rasa bercinta lagi menarik kot. Haaa tu pasal lah. Hahahah gatal! Sebelum2 ni aku kurang ade minat nak membaca novel omputih sebab tebal satu hal, dah tu kene ade fokus. Bukan mcm baca buku melayu bole skip2. Dah le vocab aku kategori lemah jgk. Kene le baca betul2 baru ada paham. Tapi memandangkan aku gemar dgn cerita wayang nyer maka bulatkan jgk la membeli nyer (baca:tahun lepas) dan gigih membaca.

Sebelum2 ni takat baca paper omputih, gagah lagik. Artikel2 ke majalah ke. Gagah la jgk. Ade je buku dlm kereta aku dah standby. Kot2 bosan ke bole la baca. Tapi mmg sungguh...kalau dah tak terpupuk baca bahan selain bahasa melayu, adalah sukar nak mula sesuatu yg lain. Takpa demi Amirul dan Aris.....eh tetiba? Hahahaha owh tu 2 org anak buah aku lupe diri sket. Ari2 tgk mickey, spongebob, pocoyo, korang dah tergeliat lidah. A forrrrr Apple. Gilosss slang nak mampus. Huahahhaa umi budak2 ni confirm baca. Alaaa mak teh tak heran pun. Hehehehe. Paling tak bole blah bile amirul mengeducate kan mak ngah die. Hahahhaha lawak.

Ok sambung balik, ptt nyer aku start beli siri pertama. Tapi cam...dah kuar movie kot. So nak lah baca sambungan die. Rupenyer buku tu ade berseries. Setakat taun lepas dah ade 6 kotttt. Aku terhegeh2 lagik nak ngabih buku no. 2. Sangat lmbt oke. Dah la makan taun nak abihkan. Lagi hampeh. Org lain dah khatam kot. Takpa...biar lmbt asal abih. Hehehe. I promise myself if i could finish reading this book, maybe someday i will make a collection of shopaholic series and perhaps harry potter too. Tinggi betui cita2 aku kan. Takpe semangat tu penting. Ada sapa2 yg murah ati nak bg birthday present buku harry potter? shopaholic? U're most welcome and thank you so much (sambil lambai feeling miss universe kooo=bengong).

Kalau filem cume ade 1 je takat nih. Taktau lah siri lain nak ke tak difilemkan. Tapi....mmg kelakar. Isla Fisher mmg kalut, shopaholic tegar (baru aku phm perasaan org mcm nih). Honestly, aku bukan suke nau shopping2 nih. Nak membeli satu2 brg pun berkira. Tapi window shopping ai like.

So...wish me luck!

by Sophie Kinsella

Monday, January 24, 2011

Cantik tapi Kotor

Refer kepada ape tu....Malaysia lah ape lagi. Nak baca cerita pasal tajuk tu sila2 la selak berita harian online dan yang sewaktu dengannyer. Kalau ade lah.

Nak kata salah siapa? PBT, pihak berkuasa (eh PBT dgn pihak berkuasa tu samakan), majlis perbandaran? kerajaan negeri? kerajaan Malaysia. Heh yang paling penting sebenarnya individu itu sendiri. Canang la kempen sebesar manepun kalau inisiatif diri sendiri takdak. Nan ado jalan. Mungkin jugak dari cara didikan. Kenapa? sebab, kalau dah terdidik, terpupuk akal takkan nak buat kan. Mcm ketam mengajar anaknya jalan. Kalau salah ajar terkepit sendiri. Betul tak. Mcm len macam je peribahasa aku. Takpa...korang yg baca mesti google yg betul punyer. Hehehe.

Sambung balik, kenapa aku menyalahkan kepada individu. Kerana...kalau kerajaan anto pi kursus kebersihan pun, terjaminkah pelaksanaan tu berkesan. Baik, mende ni nak jadik kene ada 2 hala. Kalau satu pihak bertindak, satu lagik buat dekkkkkkk je. Mmg smp ke sudah le ghupe camgitu jgk. Betul ke tak. Kendiannya, sikap masyarakat yang ditakuk lama. Dannnn tanak berubah. Kalau ade yg condemn malas, tau marah kan. Tapi tulah hakikatnya. Lagi satu perangai org mesia nih...."alah org lain pun buat jgk, buang merata-rata bole je". Betulkan. Ramai yang ckp mcm tu, jadi persepsi sy adalah....kalau org yg membuang sampah tu tak sekolah, sama jgk la yg mengiyakan ckp org tu tak sekolah sama. Deal or not deal?

Payahkan nak educate org bende2 yg basic mcm nih. Kalau ditegur nnt kate...alah ko tu pembersih sgt ke. Dah tak pasal2 org yg menegur tu plak kene maki. Smp bile mcm nih? Sampai bila2 kot. Smp bila2 jgk la tak jadi bersih. Masalah ni pun berkait dgn budaya. Budaya adalah merujuk kepada kaum. Bila ckp pasal kaum, kene tally dgn agama jgk. Cuba bgtau...ade tak agama yang tak mengunjurkan kebersihan? Tang ni mmg takleh tipu oke. Ty lah mane2 org bijak pandai agama apa skalipun....kebersihan adalah dituntut. Meh la aku kasik pukui rata, semua bangsa ape pun tak terkecuali dlm hal nih. Baik melayu, india, cina, kadazan, melanau, pendatang asing, pelancong asing.....sume ade kecendurungan menjadi pembersih atau pengkotor (baca : membuat kotor). Jadik perkara ni dah jadi satu masalah global. Wahhh international koo. Alahh mane2 negara membangun mmg ade masalah nih. Tapi setakat yg didengar, Singapore bersih rasuah....dan Australia ada sistem sampah yang baik. Eh chop...ape kene bersih rasuh? Hahhahhahaha.

Jadi arini yg benornyer aku bising2 adalah, pagi ni lalu batu caves penuh dgn sampah kiri kanan jalan. TERUK OKE. Dah tu plakkkk, tgh drive ni lalu jln kg ternampak pulak sorang mamat ni selamba je campak sampah dlm longkang. Adoiiiiiiiiiii ade lagi org perangai mcm nih? Mmg tarak baca punyer org. Dah tu plak...ni pasal sikap ye, sampah rumah die pi letak kat rumah org. Kalau letak elok2 kemas berikat molek2 takpe la bole ampun. Ni tak ko pakai campak je. Ko buat depan rumah org kotor tp rumah ko kunun bersih. Mmg mangkuk t****** betul. Lori sampah tak lalu depan rumah ko ke??? Adoyaiii tak phm betul. Ade skali paling aku hot (time mak pi haji dulu) balik keje ko tgk depan rumah ko sampah bersepah2 bertabur2. Haram jadah betulllllll. Ni tak lain ade mangkuk yg buang sampah campak dari kereta lepas tu berterabur. Takpe2.....ko buat perangai gitu, sok2 kene batang idung ko sendirik. Nak cakap cemane lagik? Mentaliti dan masalah sikap je nih. Satu lagik, takde rasa tanggungjawab. Betul tak.

Bole tak buat perangai molek2 sikit. Kalau pi keje pakai nak cun2 hensem2 tapi attitude ko tak serupa pun tarak guna. Sendiri pk la. Tapi tak guna jgk. Org gini mane reti pk mcm tak penah sekolah je. Uishhh ni kalau mau cerita mau tak abih satu ari kot. Baik aku stop. Hahahhaahha. Eh nnt...mau smbg sikit lagi. Ni ape yg jadik sehari2, dkt floor opis aku ni majoritinya bukan melayu. Kalau tgk memasing bergaya2 sesuai dgn status executive lah manager lah etc. Tapiiiii bile ko tgk diaorg guna toilet...adushhhhh. Status ke lautttt. Nampak tak? Bertapa tak tallynyer sikap, cara pemakaian, tahap pendidikan. The basic thing masih hancur. Baik...aku takde lah perfect dan terlalu pembersih. Cleaner mmg ade...sehari 2 kali pusing kot. Jgn mengada bole tak. Agak2 ko masuk toilet bersih, lepas ko kuar kotor? Apeke????

Tu opis lah. Ni cerita dkt uni. Aku igtkan golongan terpelajar ni perkara asas adalah no problem rupenyer nan ado jgk. Dlm bilik kuliah (hall to be exact) lepas ko melantak makan minum, sosek2 bersin selsema sume. Selamba badak je tinggal tak berangkat/kutip balik? ape ko byr yuran sekali dgn upah makcik angkat sampah ko ke? Kalau mcm tu sila byr lebih sikit. Huh! Dkt mane lah silap sebenarnyer? Nak kate tak pandai...terlebih dah kot. Tu yg jadi gitu kotttt. Ape la salahnye kutip balik sampah yang ko sendirik buat. Mcm takde tanggungjawab je.

Wohoooo...panjang dah aku membebel nih. Tak larat nak baca balik je kang. Tapi belum abis lagik la. Sebabkan isu dah kuar, tu yg jadik berkobar2 nak menghasilkan cetusan rasa. Haaaaa amik nafas jab. Tgk gmbr nih.

*foto kredit mr don

Gmbr atas ni amik dari FB Don. Tak mtk pun. Main rembat sukatik mak je. Kire halal la ek. Cume nak highlight dkt sini, picture would not lie. Exactly.

Ada lagi nak smbg, tapi cukup la dulu kot. Simpan tuk ari2 esok plak.

Sekian.

Friday, January 21, 2011

Interlok

Ini adalah satu isu yg sensitif. Makin hari makin hebat diperkatakan umum. Sampai masuk ke kabinet. Ye lah bile naik je isu perkauman automatik dah jadi masalah negara. Persoalannya kenapa baru sekarang isu ini timbul.

To be honest, aku pun tak baca buku nih. Nak2 lagik buku ni tuk student kelas sastera. Bukan nak komen dari segi isi kandungan ke hape. Rasanya buku tu perfectly made for student tanpa ade isu2 yg hendak dipolitikkan. Penulis telah menulis buku tersebut 40 tahun dulu kerana semangat kemerdekaannya. Paham tak? Tak paham pi google lagik.

Sedihkan bile karya sasterawan diperkotak-katikkan. Dipolitikkan untuk kepentingan tertentu. Macam melampau kan. Cuba la kaji balik akan ada lagi ke penulis-penulis buku ilmiah yang hebat2. Karya yang jujur dan memberi pendidikan secara tak langsung. Kualiti seseorg untuk melahirkan karya sebegitu tak ada pada semua org. Jadi hargailah.

Mcm mane tertimbulnye isu ni tak pulak aku terperasaan sebab tau2 je dalam paper ade kesah buku ini dibakar. Hellooo sgt tak educated betul. Sesukahati je nak bakar2kan. Buku majalah yang TEEETTTT tak plak nak bakar kan. Terang2 majalah tu sume takde unsur ilmiah lagi bg pengaruh buruk punnnn nan ado yg heran.

Chop2 aku ni benor nak cakap pasal ape. Lebih kepada kecewa dgn masyarakat sekarang yg takde pertimbangan yang rasional. Sume mengikut hati tolak akal. Haaa lebih kurang mcm tu lah. Frust jgk bile isu ni timbul. Buku tu dah lama kot dkt student. Agaknyer ade individu ni baru terbaca kot. Pulak tak paham atau baca separuh jalan je. Terus buat persepsi negatif. Excuse me.....buku sastera, u have to read like ur mind into it. Deeply understand. Sebab tu buku itu was made for student sastera. Not a student from science or etc class. Interpretation would be different according to their understanding. Kalau shakespeare bole phm, takkan takat buku dalam bahasa Melayu tak bole kott. Mengada namanya!

Lagipun, bile isu ni naik ape yang cube kumpulan atau individu ni highlightkan. Kononnya penulis bersifat rasis. Aiyooo...kdg2 penulis yang bukan dari keturunan tersebut lebih memahami dari bangsa itu sendiri kerana mereka mengkaji. Tidak seperti orang2 yang bercakap ibarat tin kosong. Kumpulan atau individu ini cuba nak mencetuskan ketegangan perkauman walhal isu ini nyata direka-reka oleh mereka sendiri. Lagi satu, adakah dgn mencetuskan isu nih nak menunjukkan kepincangan dikementerian tersebut. Okey...ni nampak nau nak attack kerajaan kan. Aku tak pro memane tp percayalah isu ni dibangkitkan bukan dgn tujuan mencungkil secara berilmu dan berakal. Kalau nak perkatakan tentang kandungan yang mempunyai unsur2 menjatuhkan sesetengah kaum, kenapa tidak pergi kepada saluran yang lebih tepat. Ye...cara yg telah dilakukan mmg cepat dapat perhatian. Tapi penilaian umum kepada mereka....kesian mereka. Ini cara org tidak berilmu, tidak berpelajaran dan tidak bertamadun layaknya.

Sepertimana kata penulis, "mereka salah faham". Betul. Mereka membaca dgn mata hati yang tertutup. Menolak kebenaran fakta dan menidakkan akal dari terus memahami keseluruhan isi.

Penulis kesal, dan aku pun turut terkesan. Walaupun aku bukan dari kelas sastera, tak membaca buku sastera, sekurang2nya kajilah sebelum bertindak melulu.

Sekian.

*rimas kot asyik dgr isu yg remeh-temeh diperbesar2kan. Byk buang masa betul. Dah mcm 'org indonesia protes dkt malaysia je gayanya. Haaa sama la tu, cetek pengetahuan'.

**yang aku teremo ni pesal. hahaha frust kot, balik2 salahkan org melayu.

Wednesday, January 12, 2011

110111

Nice number kan. What happen to me on that day....i was sitting for my exam lorrr. Duk menulis tarikh kat kertas jawapan baru ler perasan oooo arini dah 11hb yek.

Takde citer nak citer. Citer exam kang bosan pulak. Officially ended on 23rd nnt. Lepas tu baru bole meronggeng. Tekak aku terasa gatal nak mkn ikan bakar lah. Wahhh terbayang2 umbai dah ni huahahahah

Ni satu lagik kesah......bile exam je cite wayang best2. By the time aku abih peksa, cite ni pun dah abih kot. Mendownload je la nnt.

Kepala otak ade ringan sikit bile sume assignment dah antor. Last one adalah semlm. Phewwww