Ini adalah satu isu yg sensitif. Makin hari makin hebat diperkatakan umum. Sampai masuk ke kabinet. Ye lah bile naik je isu perkauman automatik dah jadi masalah negara. Persoalannya kenapa baru sekarang isu ini timbul.
To be honest, aku pun tak baca buku nih. Nak2 lagik buku ni tuk student kelas sastera. Bukan nak komen dari segi isi kandungan ke hape. Rasanya buku tu perfectly made for student tanpa ade isu2 yg hendak dipolitikkan. Penulis telah menulis buku tersebut 40 tahun dulu kerana semangat kemerdekaannya. Paham tak? Tak paham pi google lagik.
Sedihkan bile karya sasterawan diperkotak-katikkan. Dipolitikkan untuk kepentingan tertentu. Macam melampau kan. Cuba la kaji balik akan ada lagi ke penulis-penulis buku ilmiah yang hebat2. Karya yang jujur dan memberi pendidikan secara tak langsung. Kualiti seseorg untuk melahirkan karya sebegitu tak ada pada semua org. Jadi hargailah.
Mcm mane tertimbulnye isu ni tak pulak aku terperasaan sebab tau2 je dalam paper ade kesah buku ini dibakar. Hellooo sgt tak educated betul. Sesukahati je nak bakar2kan. Buku majalah yang TEEETTTT tak plak nak bakar kan. Terang2 majalah tu sume takde unsur ilmiah lagi bg pengaruh buruk punnnn nan ado yg heran.
Chop2 aku ni benor nak cakap pasal ape. Lebih kepada kecewa dgn masyarakat sekarang yg takde pertimbangan yang rasional. Sume mengikut hati tolak akal. Haaa lebih kurang mcm tu lah. Frust jgk bile isu ni timbul. Buku tu dah lama kot dkt student. Agaknyer ade individu ni baru terbaca kot. Pulak tak paham atau baca separuh jalan je. Terus buat persepsi negatif. Excuse me.....buku sastera, u have to read like ur mind into it. Deeply understand. Sebab tu buku itu was made for student sastera. Not a student from science or etc class. Interpretation would be different according to their understanding. Kalau shakespeare bole phm, takkan takat buku dalam bahasa Melayu tak bole kott. Mengada namanya!
Lagipun, bile isu ni naik ape yang cube kumpulan atau individu ni highlightkan. Kononnya penulis bersifat rasis. Aiyooo...kdg2 penulis yang bukan dari keturunan tersebut lebih memahami dari bangsa itu sendiri kerana mereka mengkaji. Tidak seperti orang2 yang bercakap ibarat tin kosong. Kumpulan atau individu ini cuba nak mencetuskan ketegangan perkauman walhal isu ini nyata direka-reka oleh mereka sendiri. Lagi satu, adakah dgn mencetuskan isu nih nak menunjukkan kepincangan dikementerian tersebut. Okey...ni nampak nau nak attack kerajaan kan. Aku tak pro memane tp percayalah isu ni dibangkitkan bukan dgn tujuan mencungkil secara berilmu dan berakal. Kalau nak perkatakan tentang kandungan yang mempunyai unsur2 menjatuhkan sesetengah kaum, kenapa tidak pergi kepada saluran yang lebih tepat. Ye...cara yg telah dilakukan mmg cepat dapat perhatian. Tapi penilaian umum kepada mereka....kesian mereka. Ini cara org tidak berilmu, tidak berpelajaran dan tidak bertamadun layaknya.
Sepertimana kata penulis, "mereka salah faham". Betul. Mereka membaca dgn mata hati yang tertutup. Menolak kebenaran fakta dan menidakkan akal dari terus memahami keseluruhan isi.
Penulis kesal, dan aku pun turut terkesan. Walaupun aku bukan dari kelas sastera, tak membaca buku sastera, sekurang2nya kajilah sebelum bertindak melulu.
Sekian.
*rimas kot asyik dgr isu yg remeh-temeh diperbesar2kan. Byk buang masa betul. Dah mcm 'org indonesia protes dkt malaysia je gayanya. Haaa sama la tu, cetek pengetahuan'.
**yang aku teremo ni pesal. hahaha frust kot, balik2 salahkan org melayu.
1 comment:
Ini benar-benar menarik. Aku suka membacanya.
Post a Comment